Tol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tol di Malaysia.
Hongkong

Tol merujuk kepada bayaran yang dikenakan bagi sesebuah kenderaan yang melalui sesuatu jalan raya. Biasanya bayaran tersebut digunakan bagi membiayai pembinaan dan penyelenggaraan jalan tersebut. Jumlah tol yang dikutip bergantung kepada jumlah kenderaan yang melalui jalan tersebut, tetapi biasanya pulangannya amat tinggi. Tempat tol dikutip disebut pondok tol atau plaza tol. Selain jalan raya, tol juga mungkin dikenakan untuk melalui jambatan dan terowong.

Terdapat dua jenis jalan tol: sistem terbuka dan sistem tertutup. Dalam sistem tertutup, semua pemandu perlu mengambil tiket di plaza masuk, dan menjelaskan bayaran di plaza keluar. Kadar bayaran adalah mengikut jarak perjalanan. Sekiranya tiket hilang atau rosak, biasanya bayaran maksimum akan dikenakan. Sistem ini sesuai digunakan untuk lebuh raya antara bandar. Dalam sistem terbuka, plaza tol diletakkan di beberapa tempat strategik dan semua kenderaan yang melaluinya dikenakan suatu bayaran tetap. Walaupun menjimatkan duit kerana tidak perlu membina plaza tol yang banyak, ia mungkin menyebabkan kesesakan, dan para pemandu mungkin boleh mengelakkannya. Ini kerana mereka boleh masuk dan keluar dari jalan di mana-mana persimpangan. Sistem ini sesuai digunakan pada jalan di sekeliling bandar, jambatan dan terowong.

Kritikan jalan tol[sunting | sunting sumber]

Jalan tol telah dikritik sebagai tidak cekap dalam tiga cara:[1]

  1. Mereka memerlukan kenderaan untuk berhenti atau perlahan-lahan, kutipan tol kasar membuang masa dan menambahkan kos operasi kenderaan.
  2. Kos kutipan dapat menyerap sebanyak satu pertiga hasil, dan kecurian hasil dianggapkan secara perbandingan mudah.
  3. Di mana jalan-jalan tol adalah lebih sesak daripada jalan-jalan "percuma" selari, pengubahan haluan kenderaan diakibatkan dari tol menambahkan kesesakan pada sistem jalan dan mengurangkan kebergunaannya.

Teknologi kutipan tol[sunting | sunting sumber]

Sebagai adaptasi kepada konsep ketenteraan "pengenalan kawan atau lawan" atau teknologi RFID, kutipan tol elektronik mengurangkan masa menunggu yang sering dikaitkan dengan kutipan tol tunai. Sistem tol elektronik menentukan sama ada kereta yang melaluinya menyertai program tersebut serta memberi amaran kepada pihak berkuasa sekiranya ia tidak menyertainya. Akaun kereta berdaftar kemudiannya didebitkan secara automatik tanpa memerlukan pengguna untuk berhenti atau membuka tingkap. Buat masa sekarang, DSRC menggunakan protokol tanpa wayar. Sistem lain adalah berasaskan teknologi GPRS/GSM dan GPS. Sistem tersebut (untuk lori sahaja) di Jerman telah dilancarkan dengan jayanya[petikan diperlukan] pada Januari 2005 dan menjelang penghujung tahun pertama pengendaliannya ia akan mengutip tol untuk pemanduan sekitar 22 bilion kilometer. Satu kelebihan sistem berasaskan GPS ialah keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan perubahan parameter (kelas jalan, jenis kenderaan, tahap pelepasan asap, slot masa, dsb.). Satu lagi kelebihannya ialah keupayaan sistem tersebut untuk menyokong perkhidmatan nilai tambah lain yang berasaskan pelantar teknologi yang sama. Perkhidmatan tersebut termasuklah fleet dan sistem pengurusan enjin kenderaan, sistem tindak balas kecemasan, perkhidmatan insurans "bayar sambil pandu" serta keupayaan navigasi.

Pelaksanaan utama terawal bagi sistem kutipan tol elektronik RFID di Amerika Syarikat adalah di Lebuhraya Tol Dallas Utara pada tahun 1989 oleh Amtech. Teknologi RFID Amtech yang digunakan di lebuh raya tersebut asalnya dibangunkan di Makmal Sandia untuk menanda dan menjejak ternakan. Pada tahun yang sama, sistem transponder RFID aktif Telepass diperkenalkan di serata Itali.

Lebuhraya 407 di wilayah Ontario, Kanada tiada plaza tol, sebaliknya ia membaca transponder yang dipasang pada cermin hadapan kenderaan yang menggunakannya (gambar nombor pendaftaran kenderaan yang tiada transponder akan diambil semasa memasuki dan meninggalkan lebuh raya). Ia menjadikannya lebuh raya tol automatik pertama di dunia. Bil penggunaan tol akan diposkan setiap bulan bagi penggunaan Lebuhraya 407. Kadar tol yang lebih rendah dikenakan pada pengguna yang kerap menggunakan Lebuhraya 407 serta memasang transponder elektronik di dalam kenderaan mereka. Kaedah yang sama digunakan pada Lebuhraya 6 di Israel serta lorong laluan kontra pada Lebuhraya Lee Roy Selmon Crosstown di Kounti Hillsborough, Florida (sistem membaca transponder SunPass pada Lebuhraya Lee Roy Selmon).

Dengan mereka bentuk plaza tol khas untuk kutipan tol elektronik, kutipan tol jalan terbuka boleh dilaksanakan, di mana pengguna tidak perlu memperlahankan kereta langsung semasa melalui plaza tol. Negeri Texas di AS sedang menguji sistem tersebut pada jajalan Laluan Negeri Texas 121 yang tiada plaza tol. Pemandu tanpa TollTag akan diambil gambar nombor pendaftaran kenderaannya secara automatik dan pengguna berdaftar akan menerima bil bulanan yang lebih tinggi daripada pengguna TollTags.[2]

Salah satu ciri kebanyakan sistem tol elektronik ialah keupayaan untuk dikendalikan merentasi agensi, di mana transponder yang sama boleh diterima di kebanyakan syarikat konsesi tol. Contohnya, sistem SmartTAG dan Touch 'n Go boleh digunakan di kesemua lebuh raya di Malaysia. SmartTAG beroperasi dengan memasukkan kad Touch 'n Go di dalam transpondernya, membolehkan kutipan tol dilakukan di plaza tol yang tiada lorong SmartTAG dengan hanya menanggalkan kad Tounch 'n Go untuk digunakan di lorong Touch 'n Go.

Sistem kutipan tol elektronik juga ada kelemahannya. Gangguan sistem komputer boleh menyebabkan kesesakan sehingga berbatu-batu jauhnya. Beberapa syarikat konsesi lebuh raya tol negeri AS turut mempersoalkan pelaksanaan E-ZPass tetapi mendapati sistem tersebut kurang berkesan kerana kebanyakan pengguna lebuh raya tol tersebut tidak berulang-alik, dari negeri yang tiada sistem ETS pada lebuh raya tol mereka, ataupun dari negeri yang tiada lebuh raya tol langsung. Plaza tol di beberapa lebuh raya tol juga terbiar kerana ia asalnya dibina untuk pengguna berhenti untuk membayar tol atau mengambil tiket.

Teknologi tersebut juga ada limitasinya. Contohnya, teknologi pengenalan nombor pendaftaran automatik di Lebuhraya 407 dikenali kerana beberapa kali tersalah membaca nombor plet, menyebabkan bil dihantar ke pemandu di kawasan pedalaman Ontario yang tidak pernah menghampiri lebuh raya tol tersebut.[3]

Sistem tertutup[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sistem tiket

Bagi lebuh raya tol, "sistem tertutup" merujuk kepada lebuh raya di mana pemandu mengambil tiket ketika memasuki lebuh raya, dan kemudian membayar tol semasa meninggalkan lebuh raya. Kadar tol dikira mengikut jarak yang dilalui pemandu. Di Malaysia, sebahagian besar jajaran Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur melaksanakan sistem tertutup. Sebaliknya, lebuh raya tol yang menggunakan "sistem terbuka" terdiri daripada plaza tol laluan utama ditempatkan pada jarak tertentu; pemandu boleh memasuki lebuh raya tol terbuka selepas satu plaza tol utama dan keluar sebelum melalui plaza tol yang seterusnya, menjadikan perjalanan di lebuh raya tersebut bebas tol. Kebanyakan lebuh raya tol terbuka mempunyai plaza tol jalan susur ataupun persimpangan capaian separa untuk mengelakkan keadaan tersebut.

Galeri tol[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Roth, Gabriel (1998). Roads in a market economy. Ashgate Publishing Company. ms. 122. ISBN 0 291 39814 6 (HB) Check |isbn= value (bantuan). 
  2. Texas 121
  3. http://www.407etr.com/Documents/OmbudsmanReport2006.pdf