Jalan raya tunggal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Salah satu contoh jalan raya tunggal yang lazim iaitu Pintasan Ashby-de-la Zouch di United Kingdom.
Gambar rajah jenis jalan raya.

Jalan raya tunggal merupakan sejenis jalan raya yang tidak mempunyai pembahagi jalan bagi mengasingkan kedua-dua arah aliran lalu lintas. Ia merupakan jenis jalan raya yang paling lazim di dunia. Ia biasanya terdiri daripada dua atau lebih lorong yang ditandakan, dengan sekurang-kurangnya selorong bagi setiap hala. Jalan raya kampung yang sempit serta jalan perumahan mungkin tidak ditandakan. Jalan sehala juga merupakan sejenis jalan raya tunggal. Jalan raya tunggal dengan hanya selorong bagi setiap hala boleh juga dipanggil sebagai jalan raya dua lorong atau jalan raya biasa. Jalan raya tanpa pembahagi tetap dikategorikan sebagai jalan raya tunggal tanpa mengira bilangan lorong bagi setiap hala.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]