Kaki lima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebatang kaki lima di sepanjang deretan rumah kedai di Ampang, Selangor, Malaysia.

Kaki lima ialah laluan pejalan kaki yang dilekukkan di aras bawah sesebuah bangunan dari jalan, agar aras-aras yang menganjur di atas boleh meneduh pejalan kaki dari cuaca buruk. Ciri-ciri ini terdapat di rumah kedai (dan binaan-binaan yang bereka bentuk struktur seumpamanya) di merata dunia, dan juga di sesetengah bangunan pejabat (misalnya, yang di sepanjang Shenton Way di Singapura). Memandangkan aras bawah binaan dihuni oleh perniagaan kedai runcit atau kedai makan, maka kaki lima juga berguna sebagai koridor di mana orang ramai boleh menengok-nengok atau berehat sejenak untuk berjamuan ringan.

Kaki lima meminjam namanya daripada hendaknya memastikan ruang dari hadapan mutlak ke dinding dan pintu masuk sentiasa lima kaki lebarnya, tetapi ada kaki lima tertentu yang lebih luas atau sempit daripada lima kaki, bergantung pada usia, saiz dan fungsi binaan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.