Persimpangan bertingkat
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Persimpangan bertingkat berkapasiti tinggi antara Lebuhraya Interstate 105 dan 110 di Los Angeles, California, USA.
Persimpangan High Five di Dallas, Texas, USA: contoh keterlaluan reka bentuk persimpangan. Persimpangan bertenggek lima aras kompleks ini dibina kerana berdekatan beberapa jalan depan.
Di dalam bidang pengangkutan jalan raya, persimpangan bertingkat adalah sejenis simpang jalan yang mengaplikasikan prinsip pengasingan aras melalui penggunaan jejambat serta penggunaan beberapa jalan susur untuk membolehkan pemandu melintasi persimpangan tanpa melangkau aliran trafik yang lain. Pembinaan persimpangan bertingkat dapat mengurangkan kejadian kemalangan jalan raya yang mudah berlaku di simpang jalan konvensional memandangkan pemandu terpaksa melangkau aliran trafik bertentangan untuk memasuki sesuatu simpang.
Persimpangan bertingkat sering digunakan di lebuh raya serta sesetengah jalan raya yang sibuk di bandar raya besar.
Isi kandungan |
Jenis persimpangan bertingkat [sunting]
Menghubungkan 2 lebuh raya [sunting]
- Persimpangan bunga cengkih, contohnya di Persimpangan Skudai 30px di Lebuhraya Utara Selatan, Johor Bahru.
- Persimpangan bertenggek, contohnya di Persimpangan Bukit Kiara 30px di Lebuhraya Sprint.
- Persimpangan halaan T (directional-T) seperti di Persimpangan Jalan Duta 30px di Lebuhraya Baru Lembah Klang, Kuala Lumpur.
- Persimpangan bulatan bertingkat seperti Bulatan Kampung Pandan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
- Persimpangan trompet seperti di Persimpangan Shah Alam 30px di Lebuhraya Baru Lembah Klang.
Menghubungkan lebuh raya dan jalan perbandaran [sunting]
- Persimpangan berlian
- Persimpangan bunga cengkih
- Persimpangan parclo (separa bunga cengkih)
- Persimpangan perbandaran titik tunggal (SPUI)
Lihat juga [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Persimpangan bertingkat |
|
||||||||||||||||||||||||||||||