Jawatankuasa Pendidikan Negeri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

'Jawatankuasa Pendidikan Negeri' merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan pendidikan termasuk pengajian tinggi terletak di bawah bidang kuasa persekutuan[1].

Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri juga mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi membantu pengurusan portfolio pendidikan di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri. Sesetengah negeri menggabungkan semua aspek pendidikan dalam satu portfolio, sebaliknya ada juga yang memisahkan pendidikan sebelum universiti dalam satu portfolio, manakala pengajian tinggi dalam satu portfolio lain. Ada juga negeri yang tidak mempunyai portfolio pendidikan, dan menyerahkan urusan pendidikan di bawah tanggungjawab Persekutuan sepenuhnya[2].

Senarai[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai jawatankuasa dan pengerusinya,

Bil Negeri Portfolio Pengerusi Parti politik Dilantik pada
Persekutuan Kementerian Pendidikan Fadhlina Sidek PH (Keadilan) 2 Disember 2022[3]
Kementerian Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir BN (UMNO) 12 Disember 2023
1 Sarawak Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Roland Sagah Wee Inn GPS (PBB) 30 Disember 2021[4]
2 Johor Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Norlizah Noh BN (UMNO) 26 Mac 2022[5]
3 Perak Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Khairudin Abu Hanipah BN (UMNO) 24 November 2022[6]
4 Perlis Jawatankuasa Pendidikan Muhammad Azmir Azizan PN (PAS) 25 November 2022[7]
5 Pahang Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Mohd Soffi Abd Razak BN (UMNO) 14 Disember 2022[8]
6 Sabah Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi[9] Mohd Ariffin Mohd Arif GRS (Gagasan) 11 Januari 2023[10]
7 Melaka Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Rahmad Mariman BN (UMNO) 5 April 2023[11]
8 Terengganu Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Satiful Bahri Mamat PN (PAS) 16 Ogos 2023
9 Pulau Pinang Jawatankuasa Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat Mohamad Abdul Hamid PH (Keadilan) 16 Ogos 2023
10 Kedah Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Mohd Azam Abd Samat PN (PAS) 21 Ogos 2023[12]
Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi; Sains, Teknologi dan Inovasi Haim Hilman Abdullah PN (PAS)
11 Kelantan Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Wan Roslan Wan Hamat PN (PAS) 23 Ogos 2023[13]
12 Selangor Jawatankuasa Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Amirudin Shari PH (Keadilan) 23 Ogos 2023[14]
13 Negeri Sembilan Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan Ismail Lasim BN (UMNO) 24 Ogos 2023[15]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.
  2. ^ Ng Xiang Yi (10 Oktober 2020). "Tiada portfolio kesihatan dalam kabinet Sabah". Malaysiakini. Dicapai pada 2 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "Kabinet: Anwar umum Zahid, Fadillah Timbalan PM [METROTV]". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2022-12-02. Dicapai pada 2023-08-11.
  4. ^ "Kabinet Abang Jo ada 10 menteri, 26 menteri muda". Malaysiakini. 2021-12-30. Dicapai pada 2023-08-11.
  5. ^ "Senarai portfolio Exco Johor". Harian Metro. 26 Mac 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  6. ^ IDRIS, SAYED HESHAM (2022-11-24). "Saarani umum senarai portfolio Exco Perak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
  7. ^ JAMALUDIN, SITI NURAZLINA (2022-11-25). "Perlis kecilkan saiz Exco". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-11.
  8. ^ "Portfolio EXCO Pahang diumum". Berita Harian. 14 Disember 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  9. ^ ASMIN, ASYIKIN (2023-01-17). "Rombakan kabinet: Arifin kekal Exco Pendidikan, Agama Islam". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-11.
  10. ^ ROSLAN, SURAIDAH (2023-01-11). "Bung Moktar digugurkan, tiga menteri baharu dilantik, Shahelmey timbalan ketua menteri baharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
  11. ^ "10 EXCO angkat sumpah, Kerajaan Perpaduan di Melaka". Berita Harian. 5 April 2023. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  12. ^ AZIMI, MOHD RAFIE (2023-08-21). "10 ADUN Kedah selesai angkat sumpah Exco". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-21.
  13. ^ "MB Kelantan pegang lima portfolio Exco". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-08-23.
  14. ^ JAAFAR, NORAFIZA (2023-08-23). "Amirudin pegang lima, umum portfolio 10 Exco Selangor". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-23.
  15. ^ "Senarai penuh EXCO Negeri Sembilan, Aminuddin terajui 3 portfolio". Berita Harian. 24 Ogos 2023. Dicapai pada 24 Ogos 2023.