Jawatankuasa Pertanian Negeri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jawatankuasa Pertanian Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan pertanian terletak di bawah bidang kuasa negeri[1].

Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi pertanian di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri.

Senarai[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai jawatankuasa dan pengerusinya,

Bil Negeri Portfolio Pengerusi Parti politik Dilantik pada
Persekutuan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu PH (Amanah) 2 Disember 2022[2]
1 Sarawak Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Stephen Rundi Utom GPS (PBB) 30 Disember 2021[3]
2 Johor Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Zahari Sarip BN (UMNO) 26 Mac 2022[4]
3 Perak Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Mohd Zolkafly Harun BN (UMNO) 24 November 2022[5]
4 Perlis Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Razali Saad PN (PAS) 25 November 2022[6]
5 Pahang Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Mohd Soffi Abd Razak BN (UMNO) 14 Disember 2022[7]
6 Sabah Kementerian Pertanian dan Perikanan Jeffrey Kitingan GRS (STAR) 11 Januari 2023[8]
7 Melaka Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Muhamad Akmal Saleh BN (UMNO) 5 April 2023[9]
8 Terengganu Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Azman Ibrahim PN (PAS) 16 Ogos 2023
9 Pulau Pinang Jawatankuasa Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Fahmi Zainol PH (Keadilan) 16 Ogos 2023
10 Kedah Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Dzowahir Abdul Ghani PN (Bersatu) 21 Ogos 2023[10]
11 Kelantan Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komiditi Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail PN (PAS) 23 Ogos 2023[11]
12 Selangor Jawatankuasa Pemodenan Pertanian dan Perladangan Izham Hashim PH (Amanah) 23 Ogos 2023[12]
13 Negeri Sembilan Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Jalaluddin Alias BN (UMNO) 24 Ogos 2023[13]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.
  2. ^ "Kabinet: Anwar umum Zahid, Fadillah Timbalan PM [METROTV]". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2022-12-02. Dicapai pada 2023-08-11.
  3. ^ "Kabinet Abang Jo ada 10 menteri, 26 menteri muda". Malaysiakini. 2021-12-30. Dicapai pada 2023-08-11.
  4. ^ "Senarai portfolio Exco Johor". Harian Metro. 26 Mac 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  5. ^ IDRIS, SAYED HESHAM (2022-11-24). "Saarani umum senarai portfolio Exco Perak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
  6. ^ JAMALUDIN, SITI NURAZLINA (2022-11-25). "Perlis kecilkan saiz Exco". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-11.
  7. ^ "Portfolio EXCO Pahang diumum". Berita Harian. 14 Disember 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  8. ^ ROSLAN, SURAIDAH (2023-01-11). "Bung Moktar digugurkan, tiga menteri baharu dilantik, Shahelmey timbalan ketua menteri baharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
  9. ^ "10 EXCO angkat sumpah, Kerajaan Perpaduan di Melaka". Berita Harian. 5 April 2023. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  10. ^ AZIMI, MOHD RAFIE (2023-08-21). "10 ADUN Kedah selesai angkat sumpah Exco". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-21.
  11. ^ "MB Kelantan pegang lima portfolio Exco". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-08-23.
  12. ^ JAAFAR, NORAFIZA (2023-08-23). "Amirudin pegang lima, umum portfolio 10 Exco Selangor". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-23.
  13. ^ "Senarai penuh EXCO Negeri Sembilan, Aminuddin terajui 3 portfolio". Berita Harian. 24 Ogos 2023. Dicapai pada 24 Ogos 2023.