Kereta rasmi kerajaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kereta rasmi kerajaan merupakan kereta rasmi yang digunakan oleh sesebuah kerajaan untuk pengangkutan ketua negara atau negeri, serta ada kalanya turut digunakan untuk mengangkut pegawai tinggi kerajaan yang lain ataupun diplomat asing. Semasa lawatan rasmi kerajaan, kereta rasmi kerajaan berkemungkinan diangkut untuk kegunaan rasmi ketua negara atau negeri semasa ketibaannya. Ia turut berfungsi sebagai simbol automotif bagi ketua negara dan negara masing-masing, manakala sebahagian kriteria penting bagi sesebuah kereta rasmi kerajaan termasuklah ciri-ciri keselamatan yang tinggi, keupayaannya serta penampilannya yang menggambarkan tugasnya. Biasanya, kereta rasmi kerajaan dipilih dari kalangan kereta limousin, kereta eksekutif atau kenderaan utiliti sukan.

Berikutan risiko keselamatan yang tinggi bagi penumpangnya, kenderaan tersebut dilengkapi ciri-ciri perlindungan dan keselamatan yang sangat ketat. Kenderaan tersebut boleh jadi kalis peluru hasil pengubahsuaian oleh pengeluar atau pembekal luar. Biasanya, kereta rasmi kerajaan akan diiringi kenderaan polis dan / atau tentera bagi menjamin keselamatan pegawai yang menaiki kereta tersebut. Pemandu kereta rasmi kerajaan juga boeh jadi dari kalangan pegawai penguatkuasa atau tentera, contohnya pemandu kereta Presiden Amerika Syarikat adalah dari kalangan ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat yang berpengalaman.

Kereta rasmi kerajaan biasanya dikeluarkan oleh pengeluar kereta tempatan, membolehkan ketua negara masing-masing menunjukkan keyakinan terhadap industri automotif tempatan, serta memberikan pengeluar kenderaan masing-masing peluang untuk menunjukkan teknologi dan kemahiran masing-masing dengan menghasilkan kereta khas bagi tujuan rasmi.[1] Contohnya, Presiden Amerika Syarikat menggunakan kereta Cadillac, Maharaja Jepun menggunakan kereta Toyota, raja atau ratu British menggunakan kereta Bentley, [1] manakala Perdana Menteri Itali menggunakan kereta Maserati. Sesetengah negara bergilir-gilir menggunakan kereta keluaran beberapa syarikat automotif masing-masing, maka adalah merupakan satu penghormatan besar bagi pengeluar kereta yang dipilih untuk menyediakan kereta rasmi kerajaan masing-masing.[1]

Bagi negara yang tiada pengeluar kereta, kereta rasmi boleh dibeli daripada pengeluar kereta bersesuaian dari kalangan negara yang mempunyai ikatan ekonomi dan diplomatik yang kuat. Contohnya, Kanada menggunakan kereta rasmi yang dikeluarkan oleh Tiga Gergasi Automotif, kebanyakannya dikeluarkan oleh kilang di Kanasa, kerana Amerika Syarikat serta pengeluar kereta Amerika mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan kerajaan Kanada sejak dahulu. Sebagai tambaha, kerajaan Kanada juga memegang saham dalam General Motors dan Chrysler hasil penstrukturan semula syarikat terbabit kesan krisis automotif 2008.

Kereta rasmi kerajaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Raja-raja Melayu[sunting | sunting sumber]

Yang di-Pertuan Agong sekarang selalunya dibawa dengan menggunakan kereta Bentley Arnage merah kalis peluru yang dipanjangkan, kereeta Bentley Continental Flying Spur biru gelap, atau kereta Mercedes-Benz S-Class biru gelap (bagi Raja Permaisuri Agong) dengan lambang diraja pada nombor plet. Kesemua raja-raja Melayu turut dibawa menggunakan kereta rasmi dengan lambang diraja masing-masing; pilihan paling utama termasuklah Rolls Royce Phantom, Mercedes-Benz S-Class, BMW 7 Series dan Maybach 62.

Kerajaan persekutuan dan negeri[sunting | sunting sumber]

Di bawah garis panduan Dasar Automotif Negara Malaysia, kereta rasmi bagi kegunaan kerajaan persekutuan dan negeri mestilah dari kalangan kereta nasional[2] (terutamanya Proton dan Perodua). Perdana Menteri menggunakan kereta Proton Chancellor dengan nombor pendaftaran Chancellor 13, walaupun ada kalanya beliau menggunakan kereta BMW 740Li dengan nombor pendaftaran Perdana Menteri. Beliau kadang-kadang dibawa menggunakan kereta Proton Perdana Executive hitam, kereta sedan bersaiz sederhana yang dipanjangkan serta lebih besar daripada Proton Chancellor, juga dengan nombor pendaftaran bernombor "13".[3] Kereta beliau biasanya diiringi kenderaan polis trafik serta kereta keselamatan Volvo XC90.

Pegawai kerajaan berpangkat lebih rendah biasanya menggunakan kereta Proton Perdana. Seperti Perdana Menteri, menteri kabinet serta kerajaan negeri diwajibkan untuk menggunakan kereta Proton Perdana Executive. Satu-satunya pengecualian ialah Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud, yang dibawa menaiki kereta Rolls-Royce kalis peluru dengan nombor pendaftaran Ketua Menteri Sarawak. Kereta Mercedes S-Class dan BMW 7 Series juga sering kelihatan sebagai kereta pilihan bagi pengangkutan Menteri Besar dan Ketua Menteri. Pada Julai 2008, timbul pertikaian mengenai kebolehpercayaan kereta Perdana oleh kerajaan negeri Terengganu, yang memilih untuk menggantikan barisan kereta Proton Perdana dengan Mercedes-Benz E200K, dengan dakwaan yang mengatakan bahawa kereta Perdana tersebut mudah rosak, tetapi kemudian mempertimbangkan untuk melelong kereta tersebut. Kerajaan negeri Perak mengikut jejak Terengganu pada Disember 2008 dengan membeli 16 buah kereta Toyota Camry bagi menggantikan barisan kereta Perdana, dan baru-baru ini kerajaan Sabah telah membeli 12 buah kereta Volvo S80, tetapi kereta Perdana masih digunakan oleh pegawai berpangkat rendah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]