Proton (syarikat)
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Jenis | Awam (Bursa Malaysia: Proton) |
|---|---|
| Industri | Automotif |
| Ditubuhkan | 7 Mei 1983 |
| Ibu pejabat | |
| Perancang utama | Mohd Khamil Bin Jamil |
| Produk | Kereta |
| Pekerja | 12,000 |
| Anak syarikat | Lotus |
| Laman web | www.proton.com |
Proton Prevé, sebuah kereta bertaraf dunia dan keluaran yang terbaharu daripada Proton.
PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.
Isi kandungan |
Produk [sunting]
Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON adalah seperti berikut:
- Proton Arena: Sebuah trak utiliti mini yang juga dipanggil sebagai Proton Jumbuck di UK dan Australia).
- Proton Exora: MPV pertama Proton ini dilancarkan pada 15 April 2009. Pembangunan model ini bermula daripada sifar dan ia merupakan MPV pertama yang dihasilkan oleh Malaysia.
- Proton Gen-2: Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya (termasuk chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untuk Proton Wira; dilancarkan pada 8 Februari 2004.
- Proton Inspira: Sebuah model yang berasaskan Mitsubishi Lancer GT.
- Proton Iswara: Merupakan perubahan rupa bagi Proton Saga; dilancarkan pada 1992.
- Proton Juara: Sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box.
- Proton Persona: Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta sedan 1.6 liter ini berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback.
- Proton Perdana: Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah pada 1994.
- Proton PERT: Mempunyai ciri yang sama seperti Mitsubishi Lancer Evolution. Model ini hanya digunakan pada Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC).
- Proton Prevé: Kereta sedan bertaraf dunia yang dihasilkan oleh Proton sebagai model pengganti kepada Proton Persona. Model ini dilancarkan pada 16 April 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Proton Prevé merupakan kereta buatan Malaysia pertama yang berjaya mencapai 5/5 bintang daripada ujian ANCAP di Australia.[1]
- Proton Putra: Sport coupé dua-pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Asti/Lancer.
- Proton Saga: Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke-100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Model generasi kedua Proton Saga dikeluarkan pada Januari 2008 dengan reka bentuk serba baru rekaan Proton sendiri serta menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L.
- Proton Satria: Hatchback 3-pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Colt.
- Proton Satria Neo: Merupakan rekaan asli Proton yang menggantikan Proton Satria generasi pertama. Ia dilancarkan pada 16 Jun 2006 dan dilengkapi dengan enjin Campro 1.6L dan 1.3L.
- Proton Savvy: Dilancarkan pada 8 Jun 2005. Merupakan kereta kompak 5-pintu, model gantian untuk Proton Tiara. Kereta ini menerima enjin dan kotak gear semi-otomatik dari Renault.
- Proton Tiara: Merupakan kereta kompak berasaskan Citroën AX, direka di bawah lesen Proton dari 1996 hingga 2000.
- Proton Waja: Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta Proton yang pertama direka sendiri. Chasis kereta diambil dan direka berpandukan chasis daripada Mitsubishi dan Volvo serta dibekalkan dengan enjin Renault. Asalnya model Proton Waja 1.6 menggunakan enjin Mitsubishi model tahun 2000 tetapi kemudian ia mula menggunakan enjin Campro pada tahun 2006. Pada tahun 2008, enjin Campro pada Proton Waja turut dilengkapi teknologi pemasaan injap boleh laras Campro CPS.
- Proton Wira: Juga dikenali sebagai Proton Persona di beberapa pasaran luar negara; ia telah diperkenalkan pada 1993 berasaskan Mitsubishi Mirage/Asti/Lancer. Telah terjual sebanyak 220,000 unit di antara 1996 dan 1998. Model ini amat popular di Malaysia.
Garis masa [sunting]
- 7 Mei 1983: Penubuhan PROTON.
- 27 Jun 1984: Pengumumam nama model bagi kereta nasional (Proton Saga).
- 1 Ogos 1984: Pemasangan peralatan/jentera bermula.
- 29 Oktober 1984: Penilaian bersama prototaip pengeluaran untuk mendapat pengesahan dan persetujuan.
- 1 Disember 1984: Berpindah ke pejabat baru di Loji, Shah Alam.
- 26 Januari 1985: Pemasangan mesin pembentuk dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
- 18 April 1985: Percubaan pengeluaran kereta pertama selesai.
- 1 Julai 1985: Permulaan pengeluaran komersial Proton Saga.
- 9 Julai 1985: Pembukaan rasmi kilang kereta nasional dan pelancaran Proton Saga oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.
- 1 September 1985: Pelancaran pasaran oleh Edaran Otomobil Nasional Sdn Bhd (EON).
- 15 Januari 1986: Pengeluaran ke-10,000 unit Proton Saga.
- 26 Februari 2005: Perasmian kilang Proton kedua di Tanjung Malim oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
- 25 Julai 2005: Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff ditamatkan kontrak sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.
- 29 November 2005: Proton Holdings Bhd. melantik Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir sebagai Pengarah Urusan baharu.
- 2 Ogos 2008: Pengeluaran kereta Proton yang ke-3 juta.
- 17 April 2012: Kereta Proton Prevé dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Rujukan [sunting]
- ↑ "ANCAP Safety Rating - Proton Prevé (From 2013) (Inggeris)". ancap.com.au. http://www.ancap.com.au/pdf/516.PDF. Capaian 18 Mac 2013.
Pautan luar [sunting]
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Jenis | 1980an | 1990an | 2000an | 2010an | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | |||||||||||||||||||||||||||||||||
| Supermini | Tiara | Savvy | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Subpadat | Satria / Compact / Siri 300 | Satria Neo | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Sedan kompak |
Saga / MPi / Knight / Aeroback / Saga Iswara | Saga | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Wira / Persona / Siri 400 | Persona / Gen-2 Persona | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Gen-2 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Waja / Impian | Inspira | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pertengahan | Perdana | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Coupe | Putra / Coupe / M21 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pikap | Arena / Jumbuck | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Van | Juara | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| MPV | Exora | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Kereta konsep | Proton EMAS · Proton MPX · Proton PM 5 · Proton Tuah · Proton Kasturi · Proton Lekiu · Proton Lekir · Proton Satria Neo R3 Concept | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Edisi terhad | Proton Satria R3 · Proton Satria Neo R3 Lotus Racing | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||