Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pagelaran Kraton Ngayogyakarta
Sri Sultan Hamengkubuwono X

Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat diasaskan oleh Pangeran Mangkubumi pada tahun 1755, dengan baginda digelar Sri Sultan Hamengkubuwono I. Pemerintah Hindia Belanda mengiktiraf Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat melalui kontrak politik sebagai kerajaan dengan hak pemerintahan sendiri. Akhirnya, kontrak politik kesultanan tersebut tercantum dalam Staatsblad 1941 No. 47.

Pada saat Pengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia, Sri Sultan Hamengku Buwono IX dan Sri Paku Alam VIII menghantar sebuah telegram kepada Sukarno selaku Presiden Republik Indonesia. Telegram tersebut mencadangkan penggabungan Daerah Kesultanan Yogyakarta dan Daerah Pakualaman menjadi Daerah Istimewa Yogyakarta serta penggabungan entiti baru itu ke dalam negara Republik Indonesia yang baru. Sri Sultan Hamengku Buwono IX dan Sri Paku Alam VIII kemudian masing-masing menjadi Ketua Daerah dan Timbalan Ketua Daerah yang bertanggungjawab langsung kepada Presiden Republik Indonesia.

Kesultanan Yogyakarta kini terletak di pusat Kota Yogyakarta.


Garis masa pembentukan kesultanan[sunting | sunting sumber]

  • 1584 - Ki Ageng Pemanahan mangkat dan dimakamkan di sebelah barat Masjid Kotagede. Sultan Pajang Adiwijaya kemudian melantik Sutawijaya, putera Ki Ageng Pemanahan, sebagai penguasa baru di Mataram. Kerana rumahnya terletak di sebelah utara pasar, Sutawijaya juga digelar "Ngabehi Loring Pasar". Bagaimanapun berbeza dengan ayahnya, Sutawijaya tidak hendak tunduk kepada Sultan Pajang Adiwijaya. Beliau ingin memiliki daerah kekuasaan sendiri, bahkan berhasrat menjadi raja di seluruh Pulau Jawa.
  • 1588 - Sutawijaya menjadi sultan Kerajaan Mataram. Baginda digelar "Senapati Ingalaga Sayidin Panatagama" yang membawa pengertian Panglima Perang dan Ulama Pengatur Kehidupan Beragama. Sebagai dalih kewajaran kekuasaannya, Senapati berpendirian bahawa Mataram mewarisi tradisi Kesultanan Pajang yang bererti bahawa Mataram berkewajiban melanjutkan tradisi penguasaan ke atas seluruh wilayah Pulau Jawa.
  • 1645 - 1677 - Selepas kemangkatan Sultan Agung, kerajaan Mataram mengalami kemerosotan yang luar biasa. Kemerosotan ini pada dasarnya diakibatkan oleh pertikaian dan perpecahan dalam keluarga Kerajaan Mataram sendiri yang dimanfaatkan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Kerajaan di Jawa