Kesusasteraan Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kesusasteraan Jepun (日本文学 Nihon Bungaku?) adalah karya sastera dalam bahasa Jepun, atau kajian mengenai karya sastera tersebut dan pengarangnya. Karya awal sastera Jepun banyak dipengaruhi kesusasteraan China dan hingga kini agama Buddha di Jepun.

Secara kasar, sastera Jepun dibahagikan menjadi 5 zaman: sastera kuno (zaman Nara), sastera klasik (zaman Heian), sastera pertengahan (zaman Kamakura, zaman Namboku-cho, zaman Muromachi), sastera moden (zaman Azuchi-Momoyama, zaman Edo), dan sastera kontemporari (karya sastera mulai zaman Meiji hingga sekarang). Meskipun demikian, sastera kuno dan sastera klasik sering dijadikan satu menjadi sastera klasik. Sastera zaman Azuchi-Momoyama juga sering digolongkan ke dalam sastera abad pertengahan. Sementara itu, sastera moden sering hanya bererti karya sastera zaman Meiji hingga zaman Taisho, dan sastera kontemporari hanya mencakup karya sastera zaman Showa hingga sekarang.

Zaman[sunting | sunting sumber]

Sastera kuno[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sastera Jepun kuno

sastera kuno Jepun mencakup karya-karya hingga zaman Nara. Aksara kanji diperkenalkan di Jepun dari daratan Cina melalui Semenanjung Korea. Aksara Tionghoa dipakai orang Jepun untuk menulis dengan sistem kanbun, dan sebagai aksara manyōgana untuk melambangkan bunyi bahasa Jepun. Karya sastera dari periode kuno di antaranya buku sejarah seperti Kojiki (712) dan Nihon Shoki (720), serta kumpulan puisi Manyōshū.

Sastera klasik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sastera Jepun klasik

sastera klasik mencakup karya sastera yang dihasilkan sekitar zaman Heian. Bersamaan dengan puncak keemasaan kanbun dan kanshi, kompilasi waka yang pertama, Kokin Wakashū selesai disusun, dan kedudukan waka sederajat dengan kanshi. Walaupun sistem penulisan resmi waktu itu adalah sistem kanbun, hiragana mulai populer untuk menulis bahasa Jepun, dimulai dari Ki no Tsurayuki dengan Tosa Nikki, Sei Shōnagon dengan esai Makura no Sōshi, dan Murasaki Shikibu dengan Hikayat Genji senbagai karya-karya sastera yang mewakili sastera klasik Jepun.

Sastera abad pertengahan[sunting | sunting sumber]

sastera abad pertengahan mencakup karya sastera mulai dari zaman Kamakura hingga zaman Azuchi-Momoyama. Fujiwara no Teika menyusun antologi waka Shin Kokin Wakashū. Sebagian besar karya sastera memakai sistem penulisan wakan konkōbun yang merupakan bentuk awal bahasa Jepun modern. Di antara karya yang mewakili sastera abad pertengahan misalnya Hōjōki karya Kamo no Chōmei, Tsurezuregusa karya Yoshida Kenkō, dan Hikayat Heike. Teater sarugaku juga mulai berkembang pada periode ini.

Sastera moden[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sastera Jepun moden

sastera modern awal mencakup karya sastera asal zaman Edo. Karya sastera yang mewakili periode ini adalah Ukiyozōshi karya Ihara Saikaku dan Kanazōshi yang keduanya dipengaruhi oleh Otogizōshi. Pada zaman Edo, kabuki dan jōruri mencapai zaman keemasan. Haikai mencapai puncak kepopuleran dengan penyair-penyair seperti Matsuo Basho dan Kobayashi Issa.

Sastera kontemporari[sunting | sunting sumber]

sastera kontemporari mencakup karya sastera mulai zaman Meiji. Setelah berakhirnya sakoku, budaya Eropa dan Amerika mulai mengalir masuk ke Jepun hingga terjadi Bunmei-kaika. sastera Jepun juga mendapat pengaruh yang besar. Prinsip-prinsip novel modern dari Eropa dan Amerika mulai dikenal di Jepun. Tsubouchi Shoyo dengan kritik sastera Shōsetsu Shinzui, serta Futabatei Shimei dengan Shōsetsu Sōron dan Ukigumo mengawali periode sastera kontemporari Jepun.

Bentuk sastera[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Orikuchi, Shinobu. Kodai Kenkyū (3) Kokubungaku no Hassei (古代研究〈3〉国文学の発生). Chuokoron Shinsha. ISBN 4-1216-0056-8. 
  • Fujii, Sadakazu. Kokubungaku no Tanjō (国文学の誕生). ISBN 4-8830-3066-0. 
  • Sasanuma, Toshiaki. "Kokubungaku" no Shisō: Sono Hanei to Shūen (「国文学」の思想 : その繁栄と終焉). Gakujutsu Shuppankai. ISBN 4-8205-2093-8. 
  • Yasuda, Toshiaki (2002). Kokubungaku no Jikū: Hisamatsu Seninchi to Nihon Bunkaron (国文学の時空』久松潜一と日本文化論). Tokyo: Sangensha.