Khairul Azman Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Khairul Azman Mohamed
Placeholder male superhero c.png
Maklumat peribadi
Nama penuh Khairul Azman Mohamed
Tarikh lahir 5 Mac 1968 (46 tahun)
Tempat lahir Kuantan, Pahang, Malaysia
Tinggi 1.85 m (6 ka +1316 in)
Posisi permainan Penjaga gol (Bersara)
Maklumat kelab
Kelab terkini MalaysiaJohor Darul Takzim FC
(Jurulatih Penjaga Gol)
Nombor -
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1985-1995 MalaysiaPahang FA 315 (0)
1995-2005 MalaysiaSabah 249 (0)
Pasukan kebangsaan
1991-1997 Malaysia Malaysia 59
Pasukan diurus
2013- Johor Darul Takzim FC(Jurulatih Penjaga Gol)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Khairul Azman Mohamed merupakan seorang bekas penjaga gol terbaik[nyatakan menurut siapa?] era 90-an yang pernah dilahirkan oleh Malaysia. Dengan ketinggian dan kemahiran yang baik, pada era kegemilanganya mampu membuatkan pemain lawan menggeruni [perlu rujukan] kemampuannya mengawal gawang. Setelah menghabiskan zaman sebagai pemain, beliau menjadi jurulatih penjaga gol untuk pasukan bola sepak negeri Sabah.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Khairul Azman mula melibatkan diri secara separuh profesional ketika bersama pasukan Pahang. Ketika itu, dia merupakan penjaga gol muda yang terbaik. Ini melayakkan dia dipanggil mewakili pasukan remaja Malaysia ke Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN di Jakarta, Indonesia. Dia kemudian diserapkan ke skuad Piala Malaysia Pahang pada 1985.

Pada tahun 1991, Khairul Azman mula beraksi bersama pasukan senior kebangsaan. Walaubagaimanapun, Hassan Miskam dari Johor dipilih sebagai penjaga gol utama kebangsaan. Meskipun gagal menjadi pilihan pertama, Khairul beberapa kali menggantikan Hassan sebagai penjaga gol utama ketika perlawanan menentang Aston Villa dan England pada tahun 1991.

Pada tahun 1993, Khairul membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka dan pertandingan tersebut merupakan kejuaraan keduanya diperingkat antarabangsa selepas menjuarai Piala Kemerdekaan Indonesia pada 1992. Dia juga membantu Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Tiger 1996 tetapi tewas kepada pasukan Thailand. Penampilan terakhir Khairul bersama Malaysia ialah pada kejohanan Sukan SEA 1997.

Di peringkat tempatan, Khairul membantu Pahang menjuara Piala Malaysia 1992. Pada 1995, Khairul berhijrah ke Malaysia Timur dan menyertai pasukan Sabah. Musim pertamanya bersama Sabah amat membanggakan apabila Sabah muncul juara Piala FA Malaysia pada 1995 menewaskan pasukan asalnya Pahang dengan jaringan 3-1. Musim berikutnya Khairul sekali lagi beraksi cemerlang untuk membantu Sabah menjuarai Liga Perdana. Tetapi malangnya Khairul tidak pernah menjuarai Piala Malaysia bersama Sabah meskipun berjaya mara ke perlawanan akhir sebanyak tiga kali. Beliau dinobatkan selaku penjaga gol terbaik Asia Tenggara di tahun 2005.[1]

Khairul bersara pada musim 2005 kerana tidak sempat pulih dari kecederaan yang dialaminya. Dia kemudian berkhidmat sebagai jurulatih penjaga gol Sabah.

Hidup selepas persaraan[sunting | sunting sumber]

Khairul tinggal bersama isteri Khairiah@Caren John Bion bersama anak mereka di Penampang. Beliau pernah menganggur dan bergantung kepada pencen bulanan sebanyak RM540 dari SOSCO. Lutut kanannya tidak mempunyai sebarang ligamen manakala lutut kirinya tidak mempunyai ligamen, tendon dan tisu lembut. Dianggarkan RM16,000 di perlukan untuk surgeri lutut beliau. Dalam temubual dengan New Straits Times 16 September 2009, beliau berkata, "Jika saya dapat surgeri ini, saya berharap akan dapat kembali menjadi jurulatih ataupun membantu pembangunan sukan di dalam apa cara sekali pun. Saya ingin menasihati para atlit muda agar menjaga kesihatan mereka supaya tidak berakhir seperti saya.[2]Namun pada tahun 2013, Khairul Azman kembali menjadi jurulatih bagi pasukan Johor Darul Takzim FC.

Pengurusan Kejurulatihan[sunting | sunting sumber]

Johor Darul Takzim FC[sunting | sunting sumber]

Khairul Azman telah dilantik menjadi jurulatih penjaga gol untuk pasukan Johor Darul Takzim FC dan melatih penjaga gol skuad itu.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bersama Sabah

Bersama Pahang

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]