Pincer Austria: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 8: Baris 8:
| fcistd = https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/064g02-en.pdf
| fcistd = https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/064g02-en.pdf
}}
}}
'''Pincer Austria'''{{Efn|name=a}} ialah satu [[baka anjing|baka]] [[anjing]] [[jenis anjing|jenis]] [[pincer]] bersaiz sederhana dari [[Austria]] yang jenisnya pada asalnya digunakan sebagai [[anjing pekerja|anjing ladang]] yang memastikan bahawa bangsal bebas daripada [[tikus]] dan bertindak sebagai pengawal rumah, [[anjing penjaga haiwan ternakan|penjaga haiwan ternakan]], dan penggiring. Nama yang pada asalnya diberikan kepada baka ini pada tahun 1928 ialah '''pincer berbulu pendek Austria'''{{Efn|name=b}} untuk membezakannya dengan baka bernama serupa, namun kini di negara asalnya, baka ini secara rasminya dipanggil ''Österreichischer Pinscher'' ("pincer Austria").
'''Pincer Austria'''{{Efn|name=a}} adalah satu [[Jenis anjing|Jenis]] [[anjing]] [[jenis anjing|jenis]] [[pincer]] berukuran sedang dari [[Austria]] yang jenisnya pada asalnya digunakan sebagai [[anjing pekerja|anjing gembala]] yang memastikan bahwa perkebunan bebas dari [[tikus]] dan sebagai penjaga [[anjing penjaga haiwan ternakan|penjaga hewan ternak]], dan penggembala. Nama yang pada asalnya diberikan kepada jenis ini pada tahun 1928 ialah '''pincer berbulu pendek Austria'''{{Efn|name=b}} untuk membedakannya dengan jenis serupa, namun kini di negara asalnya, anjing ini secara rasminya dipanggil ''Österreichischer Pinscher'' ("pincer Austria").


==Penampilan==
==Penampilan==

Semakan pada 13:27, 24 Mac 2024

Pincer Austria
Nama lainPincer berbulu pendek Austria
Negara asalAustria
Trait
Tinggi Jantan 44–50 cm (17–20 in)
Betina 42–48 cm (17–19 in)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Pincer Austria[a] adalah satu Jenis anjing jenis pincer berukuran sedang dari Austria yang jenisnya pada asalnya digunakan sebagai anjing gembala yang memastikan bahwa perkebunan bebas dari tikus dan sebagai penjaga penjaga hewan ternak, dan penggembala. Nama yang pada asalnya diberikan kepada jenis ini pada tahun 1928 ialah pincer berbulu pendek Austria[b] untuk membedakannya dengan jenis serupa, namun kini di negara asalnya, anjing ini secara rasminya dipanggil Österreichischer Pinscher ("pincer Austria").

Penampilan

Seperti anjing ladang lain yang dibesarkan untuk bekerja dan bukan pula untuk peliharaan atau pertunjukan, penampilan dapat berbeza-beza, walaupun terdapat piawaian baka tentu.[1] Pada umumnya, pincer Austria ialah anjing kuat dan tegap berperkadaran normal yang setinggi 42–50 cm (17–20 in) pada paras kelasa.[2][3] Baka ini mempunyai telinga butang dan kepala diperihalkan berbentuk seperti buah pir. Lapis bulu gandanya pendek hingga sederhana panjang, dalam pelbagai warna kuning, merah, atau hitam dan sawo matang, biasanya dengan tanda-tanda putih pada muka, dada, kaki, dan hujung ekor. Ekor panjangnya terangkat tinggi-tinggi dan anjing baka ini patut kelihatan bersemangat dan berwaspada.[2][3] Ia lebih berat, lebih tahan lasak, dan lebih berpenampilan segi empat tepat berbanding dengan pincer Jerman.

Sejarah

Pincer berbulu pendek Austria diiktiraf sebagai baka buat kali pertama pada tahun 1928 tetapi baka ini dikembangkan daripada jenis lama bagi pincer yang terdapat di ladang di kawasan desa Austria, iaitu campuran daripada pincer Jerman dengan anjing-anjing tempatan.[4]

Pada penghujung abad ke-19, anjing ladang mula pupus apabila kerja yang dilakukan olehnya tidak diperlukan lagi.[5] Pada awal abad ke-20, Emil Hauck, yang mencari jenis anjing asli yang dikenal pasti pada tahun 1843 oleh H. von Meyer sebagai Canis palustris atau anjing rawang[6] (sejenis anjing, bukan spesies sebenar), mendapati sesuatu yang dipercayai oleh beliau sebagai beberapa contoh anjing serupa di kawasan desa Austria.[7] Pada tahun 1921, beliau memulakan pembiakbakan serius untuk memulihkan dan mentakrifkan jenis baka untuk memisahkannya daripada pincer baka tempatan lain di kawasan itu. Kelab Kenel Austria (Österreicher Kynologenverband) pertama kali mengiktiraf baka ini sebagai Österreichischer Kurzhaarpinscher ("pincer berbulu pendek Austria") pada tahun 1928. Nama ini diberikan kepada baka ini untuk mengenal pasti tempat asal usulnya sebagai Austria (Österreich) dan untuk membezakannya daripada schnauzer yang pada masa itu dipanggil pincer berbulu kasar (rauhaariger Pinscher). Walau bagaimanapun, selepas Perang Dunia Kedua, baka ini hampir lenyap. Pada tahun 1970-an, hanya seekor anjing berdaftar daripada baka ini kekal, bernama Diokles of Angern. Pembiakbakaan anjing ini dengan anjing-anjing lain yang dikenal pasti sebagai jenis pincer lama di kawasan itu ("Landpinschern") telah membawa baka ini kembali, walaupun masih terdapat sebilangan kecil daripada anjing-anjing ini.[7]

Arche Austria, iaitu sebuah persatuan untuk pemuliharaan baka peribumi terancam, menyenaraikan pincer Austria dan menyatakan bahawa ia amat rentan, dengan hanya 6 hingga 12 ekor anjing pembiakbakaan, yang sedang dibiakbakakan dengan cermat untuk memulihara kesihatan dan jenis baka.[8]

Baka ini diiktiraf di negara asalnya oleh Österreischer Kynologenverband (ÖKV, Kelab Kenel Austria) dan di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dalam seksyen Pincer dalam Kumpulan 2. Ia juga diiktiraf oleh United Kennel Club di Amerika Syarikat sebagai Austrian Pinscher setakat tahun 2006, dalam Kumpulan Terier, oleh sebab latar belakangnya sebagai pemburu tikus.[4]

Kesihatan

Tiada data yang telah dikumpulkan tentang kesihatan baka, tetapi kesihatan baik ialah objektif ternyata bagi pembiakbakan pemulihan baka di Austria.[8]

Perangai

Baka ini diperihalkan sebagai "pendamping menyenangkan" untuk kawasan luar bandar dan pinggir bandar.[8] Piawaian baka memerihalkan perangai dan perwatakan pincer Austria unggul sebagai anjing yang suka bermain, tidak cenderung untuk menjadi pemburu, dan menjadi "penjaga yang tidak mudah disogok".[2][3]

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: ڤينچر اءوستريا; Jerman: österreichischer Pinscher; bahasa Inggeris: Austrian pinscher
  2. ^ Jawi: ڤينچر بربولو ڤينديق اءوستريا; Jerman: österreichischer kurzhaariger Pinscher; österreichischer Kurzhaarpinscher; bahasa Inggeris: Austrian shorthaired pinscher

Rujukan

  1. ^ The Look (Jerman) Diarkibkan 13 Oktober 2007 di Wayback Machine Klub für österreichische Pinscher
  2. ^ a b c "FCI - Standard Nr. 64 ÖSTERREICHISCHER PINSCHER" [Piawaian FCI No. 64 Pincer Austria] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Jerman). 5 Mei 2003. Dicapai pada 11 Januari 2024.
  3. ^ a b c "FCI-Standard N° 64 ÖSTERREICHISCHER PINSCHER (Austrian Pinscher)" [Piawaian FCI No. 64 Pincer Austria] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Elke Peper. 5 Mei 2003. Dicapai pada 11 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  4. ^ a b Clark, Anne Rogers; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 98. ISBN 0-87605-624-9.
  5. ^ Heute (Jerman). Klub für österreichische Pinscher. Diarkibkan 13 Oktober 2007 di Wayback Machine
  6. ^ The History of the Geological Society of London, oleh Horace Bolingbroke Woodward, hlm. 79 Longmans, Green and Co publishers, New York, 1908
    Catatan: idea C. palustris datang daripada zaman awal pemikiran saintifik tentang haiwan dan bukan sesekali spesies sebenar. Semua anjing Canis lupus familiaris.
  7. ^ a b Historich (Jerman). Klub für österreichische Pinscher. Diarkibkan 13 Oktober 2007 di Wayback Machine
  8. ^ a b c Österreichischer Pinscher, Arche Austria (Jerman) Diarkibkan 31 Mei 2011 di Wayback Machine

Pautan luar