Terier rubah mainan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terier rubah mainan
Seekor terier rubah mainan jantan daripada keragaman 'triwarna'
Nama lainTerier mainan Amerika
Amertoy
Negara asalAmerika Syarikat
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier rubah mainan atau fox terrier mainan[a] ialah satu baka anjing terier yang langsung diturunkan daripada terier rubah licin yang lebih besar tetapi, sejak tahun 1936, ia telah didaftarkan di Amerika Syarikat dengan UKC sebagai baka terpisah.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Seekor terier rubah jantan berusia 8 tahun daripada varian 'triwarna' lazim. Perhatikan bahawa sawo matang pada muka memudar seiring dengan usia.

Terier rubah mainan ialah anjing kecil dengan penampilan berotot dan atletik. Trait ketara termasuk lapis licau pendek dan kebanyakannya putih, sekali dengan kepala yang kebanyakannya pepejal, dan ekor pendek dan terletak tinggi-tinggi. Baka ini telah dianggap elegan dan anggun dengan telinga berbentuk V dan mata besar. Ekornya dapat berukuran pendek dan bersifat lurus atau berukuran panjang dan bersifat bersinar dan para pembiak baka kerap memendekkan ekor beberapa hari selepas kelahiran dengan memotongnya kira-kira tiga perlima dari hujung (pada sendi ketiga atau keempat). Lapis bulunya pendek, halus, dan licau dengan warna hitam dengan sawo matang, dengan kawasan sawo matang pada muka; terdapat dua varian lain, salah satu dengan 'coklat' yang menggantikan warna hitam di kawasan (UKC tidak mengizinkan varian ini untuk ditunjukkan), lagi satu yang berwarna putih menyeluruh dengan sawo matang tanpa hitam langsung, dan satu lagi berwarna putih dengan tanda-tanda hitam tanpa kesan sawo matang. Varian-varian ini kerap dikenali sebagai 'triwarna', 'coklat', dan 'putih dan sawo matang', dan 'hitam dan putih" masing-masing. Ketinggian berkisar dalam lingkungan 8.5–11.5 inci (21.6–29.2 cm)} dan berat pula dalam lingkungan 3.5–9 paun (1.6–4.1 kg).

Perangai[sunting | sunting sumber]

Terier rubah mainan, seperti banyak baka aktif dan cerdas, dapat belajar untuk bergerak balas kepada sebilangan perkataan. Terier rubah mainan pernah digunakan dengan lazim dalam pertunjukan sarkas oleh badut dan ia dikatakan sesuai sebagai pendamping hebat untuk pemilik yang mempunyai rasa lucu baik.[1] Sebagai baka terier, ia kerap aktif, walaupun mungkin tidak seaktif terier Jack Russell, dan dikatakan sangat sesuai untuk pemilik lebih tua. Ia agak boleh dilatih dan kerap disebut sebagai teman baik untuk orang kurang upaya. Ia juga sangat penyayang dan setia kepada pemiliknya. Sebagai tambahan, anjing baka ini cenderung untuk tidak menyalak dengan banyak sangat jika terlatih dengan baik.[2]

Penjagaan[sunting | sunting sumber]

Terier rubah mainan mudah dijaga, walaupun pendandanan pada umumnya terlihat tidak perlu kerana kependekan bulu (lebih pendek daripada satu sentimeter pada kebanyakan masa). Kadang-kadang, ada keperluan untuk menyikat dan memberus lapis bulu. Bulu gugur dengan sangat kerap.

Mulut[sunting | sunting sumber]

Terier rubah mainan patut diberi denta-bone atau mainan kunyah lain untuk mencegah, seperti kebanyakan baka kecil, pembentukan tartar yang dapat membawa kepada penyakit periodontium. Selain itu, pemberusan harian telah ditunjukkan sangat berfaedah serta pembersihan gigi secara berkala daripada doktor haiwan.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Terier rubah mainan pada umumnya ialah baka sihat dan memerlukan sedikit penyelenggaraan. Ia aktif di ruangan dalaman dan mendapat kecukupan tanpa halaman, kerana ia biasanya dapat menguruskan keperluan senaman sendiri. Ia kerap menghadapi masalah untuk mentoleransi cuaca sejuk tanpa penyesuaian cermat. Jangka hayatnya ialah sekitar lima belas tahun. Terier rubah mainan sangat berdaya tahan. Walau bagaimanapun, seperti banyak baka mainan, sesetengah anjing terdedah kepada kehelan tempurung lutut (stifel tergelincir). Sindrom Legg–Calvé–Perthes dan penyakit von Willebrand adalah jarang.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sesetengah pembiak baka terier rubah mainan dapat menjejaki zuriat anjing mereka kembali kepada seekor terier rubah licin yang dipanggil "Foiler", terier rubah pertama yang didaftarkan oleh The Kennel Club di Britain, pada sekitar tahun 1875–1876.[4] Pembiakbakaan cermat daripada terier rubah licin yang lebih kecil tanpa silangan dengan baka mainan lain seperti terier Manchester dan anjing Chihuahua dipercayai menghasilkan terier rubah mainan zaman kini.

Terier rubah mainan diiktiraf oleh United Kennel Club (UKC) pada tahun 1936 dan ditempatkan dalam Kumpulan Terier dan oleh American Kennel Club (AKC) pada tahun 2003 (Kumpulan Mainan).[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: تيريئر روبه ماءينن; فوک‌س تيريئر ماءينن; bahasa Inggeris: toy fox terrier

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Breed Spotlight: A Devoted Clown, the Toy Fox Terrier". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mac 2024.
  2. ^ "American Toy Fox Terrier Club, Toy Fox Terrier, ATFTC". American Toy Fox Terrier Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mac 2024.
  3. ^ "PetMD Mobile - Breeds". M.petmd.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mac 2024.
  4. ^ "Another Look at the History of the Toy Fox Terrier". Thedogplace.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mac 2024.
  5. ^ "Toy Fox Terrier Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2015. Dicapai pada 25 Mac 2024.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Davidson, John F., The Toy Fox Terrier - Wired for Action (Inggeris) (semakan 2006 The Toy Fox Terrier)
  • Hopkins, Eliza and Flamholtz, Cathy The Toy Fox Terrier (Inggeris)
  • Bielsky-Braham, Tanya, Send in the Clowns (Inggeris). AKC Gazette, Disember 2002
  • Sherry Baker Krueger, Toy Fox Terrier (Inggeris), T.F.H. PUBLICATIONS, 1993 ISBN 0-86622-868-3

Pautan luar[sunting | sunting sumber]