Bully Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bully Amerika
Bully Amerika
Nama lainAmerican bully
Nama ringkasAm. bully
Bully
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat 20–60 kg (44–132 lb)
Tinggi 33–50 cm (13–20 in)
Bulu Pendek, licin, dan licau
Warna Semua warna
Saiz perinduk 4–8 ekor
Jangka hayat 8–13 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Bully Amerika atau American bully[a] ialah satu baka anjing moden yang dikembangkan sebagai anjing pendamping dan pada asalnya dipiawaikan dan diiktiraf sebagai baka pada tahun 2004 oleh American Bully Kennel Club (ABKC). Piawaian baka terbitan mereka memerihalkan anjing ini sebagai anjing yang memberikan "kesan kekuatan hebat untuk saiznya". Pada tahun 2008, bully Amerika diiktiraf oleh European Bully Kennel Club (EBKC) dan pada 15 Julai 2013 oleh United Kennel Club (UKC).[1] The Kennel Club United Kingdom, American Kennel Club, dan Persekutuan Kinologi Antarabangsa tidak mengiktiraf bully Amerika sebagai baka terpisah.[2][3][4]

Perangai pada anjing dewasa sangat bergantung pada pelatihan dan baka ini dapat menjadi sangat kuat menuntut dan perlu dilatih dengan betul. American Bully Kennel Club membahagikan bully American kepada empat kategori, iaitu XL, Poket, Piawai, dan Klasik, sementara pejabat pendaftaran lain, termasuk UKC, telah meluluskan satu piawaian saiz tekal.

Oleh sebab saiz, kekuatan, dan paras agresi pada bully Amerika, kawalan perundangan ke atas pemilikan baka ini wujud di beberapa buah negara. Bull XL bertanggungjawab atas 10 daripada 19 kematian yang disebabkan oleh anjing di UK dalam tempoh antara tahuna 2021 dengan tahun 2023 dan, pada Disember 2023, Pemerintah United Kingdom menambahkan baka ini ke dalam Akta Anjing Berbahaya 1991, lalu mengharamkan penjualan, pembiakbakaan, peninggalan, atau pembawaan bully XL di ruang awam tanpa cawak dan berongsong di England dan di Wales.[5]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Piawaian baka United Kennel Club (UKC) dan piawaian baka American Bully Kennel Club (ABKC) adalah serupa, kecuali ABKC mengiktiraf empat keragaman saiz, berdasarkan ketinggian, sementara UKC mengiktiraf hanya satu saiz piawai.[1][6]

Dalam ABKC, keempat-empat keragaman dipisahkan mengikut ketinggian tanpa spesifikasi berat. Semua keragaman ini dijangka mengikuti piawaian sama dengan perubahan kecil.[6]

Semua anjing dikelaskan dan ditunjukkan sebagai anjing piawai sehingga mencapai usia setahun. Dari situ, ia dipisahkan mengikut keragaman dan ditunjukkan dalam persaingan dengan jenis sendiri.

Piawai[sunting | sunting sumber]

Jenis piawaian dalam pandangan sisi

Jenis piawai bully Amerika ialah anjing bersaiz sederhana dengan tubuh berotot besar padat, struktur tulang berat, dan kepala gempal. Anjing jantan mesti setinggi 17–20 in (43–51 cm), sementara betina pula mesti setinggi 16–19 in (41–48 cm) pada paras kelasa.

Poket[sunting | sunting sumber]

Seekor bully Amerika poket

Jenis "poket" ialah varian lebih kecil dengan jantan dewasa sepenuhnya yang setinggi 14–17 inci (36–43 cm) dan betina yang setinggi 13–16 inci (33–41 cm) pada paras kelasa.

XL[sunting | sunting sumber]

Juara bully Amerika XL jantan

Jenis XL ditentukan oleh ketinggian dewasanya dengan jantan yang setinggi 21–23 inci (53–58 cm) dan betina yang setinggi 19–22 inci (48–56 cm) pada paras kelasa.

Klasik[sunting | sunting sumber]

Anjing klasik ialah anjing berbingkai lebih ringan daripada anjing piawai, tetapi berada dalam julat ketinggian sama. Anjing ini tidak memaparkan ciri-ciri berlebihan yang kerap terdapat pada keragaman lain dan dapat dikatakan memaparkan zuriat lebih jelas daripada pitbulterier Amerika/terier Staffordshire Amerika.[7]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan]

Saiz tidak piawai[sunting | sunting sumber]

Di luar piawaian baka, anjing yang lebih pendek atau lebih tinggi daripada variasi-variasi tersebut telah dibiakbakakan. Anjing lebih kecil kadang-kadang dipanggil "mikro" dan yang lebih besar dipanggil "XXL", tetapi kedua-duanya tidak diiktiraf oleh kelab kenel sebagai keragaman sah.

Perangai[sunting | sunting sumber]

Bully Amerika ialah baka yang sangat mudah menyesuaikan diri dan dapat dilatih.[8] Banyak anjing, walaupun bertindak sebagai anjing riba di rumah, cemerlang dalam sukan seperti penarikan berat dan flirt pole. Agresi terhadap manusia tidak digalakkan dalam piawaian baka; walau bagaimanapun, suatu paras agresi anjing ialah ciri baka ini.[1] Para pembiak baka telah mengakui bahawa bully Amerika dapat menjadi sangat berbahaya jika dibesarkan atau dibiakbakakan dengan tidak betul.[8]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Masalah kesihatan berbeza-beza dalam baka ini dan menjangkau seluruh spektrum, dengan sesetengah keragaman yang ditimpa oleh masalah, dan yang lain yang didokumenkan dengan baik untuk kesihatan dan kualiti.[9] Pengujian bukan hal lazim pada baka ini seperti yang pada baka lebih lama, walaupun penskoran pinggul dan siku merupakan yang paling kerap dilakukan. Mata ceri, ektropion, dan entropion kerap terlihat menjejaskan mata, sementara sindrom pernafasan brakisefalik dapat terlihat pada anjing bermuncung lebih pendek.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bully Amerika, seperti yang dikenali kini, memulakan perkembangan tahun 1980-an dengan majoriti produk tingkah laku dan estetik akhir yang telah diselesaikan pada tahun 1990-an.[10] Perkembangan dan kepopularan baka ini lazimnya dikaitkan dengan pertumbuhan budaya hip-hop.[11][12]

Terdapat sepersetujuan bahawa sekurang-kurangnya lima baka lain digunakan untuk mencapai trait-trait fizikal yang diingini serta saiz lebih kecil pada sesetengah susur galur.[13] Pitbulterier Amerika (APBT) ialah asas (baka induk) yang digunakan untuk mewujudkan bully Amerika.[1] APBT telah mengekalkan penampilan dan perangai yang menjadi ciri selama lebih daripada satu abad,[1] dengan strain berlainan APBT yang muncul dalam baka ini, masing-masing dengan atribut fizikal berlainan.[1] Satu strain tertentu APBT disilangkan untuk mewujudkan susuk tubuh lebih gempal yang pada asalnya disalahtafsirkan oleh para pembiak baka sebagai APBT baka tulen. Akhirnya, cukup pembiak baka bersetuju bahawa anjing ini cukup terpisah daripada APBT sehingga patut dipanggil baka berbeza sama sekali.[1] Susur galur baka kacuk ini selanjutnya dipengaruhi dengan pembiakbakaan yang diakui secara terbuka dengan buldog Amerika, buldog Inggeris, dan buldog lama Inggeris untuk memperhalus ciri-ciri fizikal dan trait-trait personaliti yang diingini.[1]

Baka ini pertama kali diiktiraf oleh kelab bakanya, American Bully Kennel Club (ABKC), pada tahun 2004.[6] Pejabat pendaftaran ini mula-mula bertindak sebagai cara untuk mendokumenkan pedigri dan menunjukkan baka berpandukan piawaian bertulisnya. Menurut ABKC, keinginan awal untuk baka ini adalah untuk menghasilkan anjing dengan dorongan pemangsa lebih rendah dan lebih banyak trait dan ciri "bully" berbanding dengan terier Staffordshire Amerika. Jisim dan tulang berat diutamakan untuk memastikan rupa sedemikian dan, oleh sebab ini, banyak anjing yang ditunjukkan hari ini memaparkan bahagian hadapan lebar yang untuknya ia pada asalnya dibiakbakakan.[6]

Bully Amerika dibiakbakakan untuk menjadi anjing pendamping dan tidak patut dikelirukan dengan beberapa baka jenis bulldog lain.[1][6]

United Kingdom[sunting | sunting sumber]

Bully Amerika mula-mula tiba di United Kingdom pada tahun 2014 atau tahun 2015 dan semakin popular semasa sekatan COVID dalam tempoh tahun 2020–2021.[14] Oleh sebab baka ini bukan baka berdaftar dengan The Kennel Club United Kingdom, tidak ada pengetahuan tentang bilangan anjing atau pembiak baka yang ada di United Kingdom.[15]

Serangan terhadap orang[sunting | sunting sumber]

Di UK, bully XL bertanggungjawab untuk lebih daripada 50% (10 daripada 19) kematian manusia berkaitan dengan anjing pada antara tahun 2021 dengan Jun 2023 walaupun dianggarkan hanya membentuk beberapa ribu ekor anjing daripada tiga belas juta ekor anjing yang juga dianggarkan di United Kingdom.[16] Kumpulan pendesak yang berpangkalan di London, Bully Watch, yang berkempen untuk kawalan ke atas baka ini, meletakkan bilangan kematian yang berkaitan dengan bully XL pada 14 pada antara tahun 2021 dengan September 2023.[14] Mangsa termasuk seorang kanak-kanak kecil,[17] pejalan anjing profesional,[18][19][20] dan orang-orang tua.[21]

Menurut Richard Barker, seorang doktor bedah perunding Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), luka yang disebabkan oleh bully XL adalah lebih parah daripada yang disebabkan oleh baka lain. Beliau menyatakan bahawa gigitan anjing ini dapat merobek kulit dan menghancurkan tulang, lalu membawa risiko tertentu bagi kerosakan saraf yang tidak dapat disembuhkan.[14]

Langkah ke arah larangan[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2023, Ahli Parlimen John Hayes membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat dan menyeru pemerinatah supaya segera melarang bully XL ikutan serangan dalam beberapa tahun terkini.[22] The Kennel Club telah berhujah bahawa masalahnya terletak pada pemilik anjing tidak bertanggungjawab dan bahawa pelarangan serta-merta ke atas baka anjing tertentu tidak akan menanganinya.[23]

Pada 11 September 2023, ikutan serangan terhadap seorang gadis berusia 11 tahun oleh seekor bully XL,[24] Setiausaha Dalam Negeri Suella Braverman meminta nasihat segera tentang kebolehlaksanaan pelarangan baka ini. Ada laporan bahawa terdapat kebimbangan dalam Defra, jabatan pemerintah yang bertanggungjawab untuk mentadbir Akta Anjing Berbahaya, mengenai kepraktikalan larangan.[25] Empat hari kemudian pada 15 September, ada pengumuman bahawa seorang lelaki telah meninggal dunia selepas diserang oleh dua ekor anjing yang dipercayai sebagai bully XL. Tidak lama selepas itu, Perdana Menteri Rishi Sunak mengesahkan bahawa bully XL bakal dilarang menjelang hujung tahun itu.[26][27] Ikutan pengumuman ini, satu protes berlangsung di London terhadap larangan tersebut.[28]

Pelaranggan berikut diperkenalkan secara berperingkat, dengan niat untuk menjual, menyerahkan, meninggalkan, atau membiakbakakan anjing daripada bully XL yang dilarang mulai 31 Disember 2023 bersama-sama dengan syarat bahawa anjing itu diberongsong dan diikat pada cawak pada setiap masa. Mulai 1 Februari, sijil pengecualian, bersama-sama dengan insurans dan cip mikro pada haiwan itu, mesti diperoleh. Menjelang penghujung tahun 2024, mana-mana bully XL yang masih dimiliki mesti dineuterkan.[29]

Walaupun larangan itu diperkenalkan, terdapat kematian lanjut pada Februari 2024, iaitu kematian seorang wanita berusia 68 tahun di Essex.[30]

Kegiatan jenayah[sunting | sunting sumber]

Sebelum tahun 2020, tiada penyitaan bully Amerika oleh Polis Metropolitan, yang meliputi London Raya, yang dilaporkan. Pada tahun 2022, pasukan itu menyita 479 ekor anjing luar kawalan di bawah Akta Anjing Berbahaya. Bully Amerika ialah baka kedua yang paling lazim disita, dengan 73 ekor anjing yang disita. Dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2023, pasukan itu menyita 44 ekor bully Amerika, hampir tiga kali ganda daripada angka baka paling lazim seterusnya, iaitu bulterier Staffordshire, yang mempunyai 16 ekor anjing baka ini yang telah disita.[31]

Pada Januari 2023, penyiasatan BBC mendapati bahawa jenayah terancang di United Kingdom sedang bergerak ke pasaran menguntungkan bagi pembiakbakaan anjing esktrem, khususnya bully Amerika, sebagai cara pengubahan wang haram.[32]

Perundangan spesifik baka[sunting | sunting sumber]

Emiriah Arab Bersatu[sunting | sunting sumber]

Emiriah Arab Bersatu "melarang pemilikan dan pengedaran bully Amerika untuk individu dan pertubuhan komersial."[33]

Ireland[sunting | sunting sumber]

Di Ireland, bully Amerika dibatasi sebagai bandog. Ia mesti diberongsong dan diikat pada cawak yang tidak lebih panjang daripada 2 meter (6 ka 7 in) apabila berada di ruang awam, antara keperluan lain.[34]

Jerman[sunting | sunting sumber]

Jerman telah meluluskan undang-undang mengenai anjing berbahaya (Akta Pembatasan Pemindahan dan Import Anjing) pada tahun 2001. Undang-undang ini melarang import atau pemindahan anjing tertentu dan menyertakan baka berikut: Bulterier, bulterier Staffordshire, pitbulterier, dan terier Staffordshire Amerika, serta baka silang dan baka kacuk anjing-anjing ini.[35]

Pada 9 Februari 2023, Mahkamah Pentadbiran Tinggi Rheinland-Pfalz memutuskan bahawa pengelasan anjing, yang bapanya ialah bully Amerika, sebagai anjing berbahaya diizinkan di bawah undang-undang negeri mengenai anjing berbahaya.[36]

Dalam tempoh setahun, 2 orang dibunuh oleh bully Amerika, kedua-dua anjing merupakan anjing peliharaan keluarga. Menurut statistik, Jerman mempunyai kira-kira 3 serangan anjing maut setiap tahun.[37][38]

Turki[sunting | sunting sumber]

Di Turki, ada pengharaman ke atas pemilikan atau pembiakbakaan bully Amerika.[39]

United Kingdom[sunting | sunting sumber]

Pada September 2023, ikutan beberapa serangan parah dan maut di United Kingdom, pengumuman dibuat bahawa pemilikan bully XL bakal dilarang di negara itu menjelang hujung tahun 2023.[40] Larangan ke atas penjualan, pembiakan, peninggalan, atau pembawaan bully XL di ruang awan tanpa cawak dan berongsong berkuat kuasa di England dan di Wales pada 31 Disember 2023, dengan larangan ke atas pemilikannya tanpa sijil pengecualian yang menyusul pada Februari 2024.[41]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: بولي اميريکا; bahasa Inggeris: American bully

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i "United Kennel Club: American Bully" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Julai 2013.
  2. ^ "What is an American XL bully and why are they being banned?". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 11 September 2023.
  3. ^ Pomeroy, Ross (2 Oktober 2023). "The American Bully XL and the problems with banning dog breeds". Big Think (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  4. ^ "American Bully: Character & Ownership - Dog Breed Pictures". dogbible.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  5. ^ "Prepare for the ban on XL Bully dogs". GOV.UK (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  6. ^ a b c d e "The American Bully Registry". theabkcdogs.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Disember 2021. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  7. ^ "Everything You Need To Know About The Fastest Growing Dog Breed: The American Bully". Bully King Magazine (dalam bahasa Inggeris). Medium. 3 Mac 2017. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  8. ^ a b "American bully dogs bred as lovers, not fighters" (dalam bahasa Inggeris). San Francisco Gate. 24 Ogos 2010. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  9. ^ "The New Breed: Is there trouble with designer dog breeding?" (dalam bahasa Inggeris). Sinclair Broadcast Group. 5 November 2015. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  10. ^ GmbH, Vollevue. "🐾American Bully – Race description: Character &Co". dogbible (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  11. ^ "Pit Bulls and the Hip-Hop Culture". www.madison.com (dalam bahasa Inggeris). 30 Julai 2007. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  12. ^ Cassidy, Rory (23 Mei 2023). "Gangland torturer who carved his name into victim's chest had 'devil dog' empire". Daily Record (dalam bahasa Inggeris). Text "access-19 Mac 2024" ignored (bantuan)
  13. ^ "Breed Standards: American Bully - United Kennel Club (UKC)". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  14. ^ a b c Matt, Murphy. "What is an American bully XL and should they be banned?" (dalam bahasa Inggeris). BBC. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  15. ^ Tennant, Colin (22 Mei 2023). "How killer American bully XL dogs became dangerous 'weapons'". The Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0140-0460. Dicapai pada 19 Mac 2024. More than one of |lang= dan |language= specified (bantuan)
  16. ^ Murray, Jessica (16 Ogos 2023). "Perfect pets or dangerous dogs? The sudden, surprising rise of American bully XLs". The Guardian. Dicapai pada 19 Mac 2024. In 2021, there were four fatal dog attacks, two of which involved a bully XL. In 2022, there were 10 fatal attacks and six of them involved a bully XL. These huge animals... were also involved in at least two of the five deaths recorded this year.
  17. ^ "Bella-Rae Birch: Dog that killed toddler was legal American Bully XL". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2022. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  18. ^ "Dog walker Natasha Johnston died from neck bites in Caterham attack". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 31 Januari 2023. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  19. ^ Davis, Barney (18 Mei 2023). "Tragic dogwalker may have been 'mauled to death by own bulldog'". Evening Standard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  20. ^ "Warning over aggressive dog breed at inquest into death of man mauled by XL American Bully". The News (dalam bahasa Inggeris). 5 April 2023. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  21. ^ Gurner, Richard (20 Disember 2022). "Woman, 83, dies after being attacked by dog". Caerphilly Observer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  22. ^ Lynch, David (15 Jun 2023). "MP calls for urgent action to ban 'bred-to-kill' American Bully XL dogs". Evening Standard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  23. ^ Gecsoyler, Sammy (4 Jun 2023). "American bully: dog breed under spotlight in UK after fatal attacks". The Guardian (dalam bahasa Inggeris).
  24. ^ "Man arrested after 11-year-old girl attacked by American XL bully crossbreed in Birmingham". Sky News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  25. ^ PA Media (10 September 2023). "Suella Braverman pushes for ban on American bully XLs after attack". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  26. ^ Media, P. A. (15 September 2023). "American XL bully dog will be banned, says Sunak". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  27. ^ Murray, Jessica; correspondent, Jessica Murray Midlands (15 September 2023). "Man dies after double dog attack in Staffordshire". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  28. ^ Walker, Amy; Clinton, Jane (23 September 2023). "Hundreds protest in London against American XL bully dog ban". The Observer (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0029-7712. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  29. ^ "What is an American XL bully and why are they being banned?". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 11 September 2023. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  30. ^ Corless, Blathnaid (5 Februari 2024). "Drill rapper who owned suspected XL Bully dogs that mauled grandmother to death granted bail". The Telegraph (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0307-1235. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2024. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  31. ^ Goodier, Michael (4 Jun 2023). "Met police dealing with at least one dangerous dog a day, figures show". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 19 Mac 2024. More than one of |lang= dan |language= specified (bantuan)
  32. ^ "Inside the world of organised crime and extreme dog breeding". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 23 Januari 2023. Dicapai pada 19 Mac 2024. More than one of |lang= dan |language= specified (bantuan)
  33. ^ "UAE updates list of dog breeds banned in the country". gulfnews.com (dalam bahasa Inggeris). 23 November 2021. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  34. ^ "No dogs are banned in Ireland but 11 are on restricted list". Independent.ie (dalam bahasa Inggeris). 7 Disember 2022.
  35. ^ "Customs online - Dangerous dogs". www.zoll.de (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  36. ^ Landesrecht Rheinland-Pfalz. "Einstufung als gefährlicher Hund; Kreuzung von einem American Bully und einem Old English Bulldog" [Pengelasan sebagai anjing berbahaya; Penyilangan bully Amerika dengan buldog lama Inggeris]. www.landesrecht.rlp.de (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  37. ^ Althaus, Peter (28 Januari 2024). "Von eigenem Hund zerfleischt: Mann stirbt nach American-Bully-Angriff" [Dibaham oleh anjing sendiri: Lelaki meninggal selepas serangan bully Amerika]. Berliner Kurier (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  38. ^ "Familien-Hund beißt Frau (87) in der Pfalz tot. American Bully wird eingeschläfert" [Anjing keluarga gigit wanita (87) meninggal di Pfalz. Bully Amerika dieutanasia]. www.ludwigshafen24.de (dalam bahasa Jerman). 3 Februari 2023. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  39. ^ "Tehlike Arz Eden Hayvanlara İlişkin Genelge" [Arahan tentang Haiwan Berbahaya] (dalam bahasa Turki). Kementerian Pertanian dan Perhutanan. 9 Disember 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2021. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  40. ^ "American XL bully dogs to be banned after attacks, Rishi Sunak says" (dalam bahasa Inggeris). Sky News.
  41. ^ "Prepare for the ban on XL Bully dogs". GOV.UK (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]