Terier Australia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terier Australia
Seekor terier Australia dewasa
Nama ringkasAussie
Negara asalAustralia
Trait
Berat Jantan ~6.5 kilogram (14 lb)
Betina kurang sedikit
Tinggi Jantan ~25 sentimeter (10 in)
Betina kurang sedikit
Jangka hayat 12 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Australia[a] ialah satu baka anjing kecil daripada jenis terier. Baka ini dikembangkan di Australia sungguhpun jenis anjing leluhur yang daripadanya baka ini diturunkan adalah dari Great Britain.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Seekor terier Australia sekitar 1915
Terier Australia - anak anjing

Terier Australia ialah anjing kecil dengan tungkai pendek, yang seberat sekitar 6.5 kilogram (14 lb) dan berdiri kira-kira setinggi 25 sentimeter (9.8 in) pada paras kelasa, dengan lapis bulu kasar berjumbai sederhana panjang yang tidak biasanya dipangkas. Bulunya lebih pendek pada muncung, tungkai bawah, dan kaki dan terdapat lingkaran di sekeliling leher. Warna lapis bulu merupakan biru atau perak dan sawo matang dengan toncet berwarna lebih cerah dan dengan tanda-tanda pada muka, telinga, tubuh, dan tungkai yang berwarna yang diperihalkan dalam piawaian baka sebagai "sawo matang, langsung bukan pasir", atau merah padu dengan variasi pasir. Ekornya secara tradisional terpotong, untuk melindungi anjing daripada kecederaan tulang belakang semasa bekerja dan berburu di padang.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Terier Australia jantan muda

Terier Australia diturunkan daripada terier jenis berlapis bulu kasar yang dibawa dari Great Britain ke Australia pada awal abad ke-19. Jenis leluhur bagi semua baka ini dibela untuk membasmi mencit dan tikus. Terier Australia mengongsi leluhur dengan cairn terrier, terier Skye berbulu pendek, dan terier Dandie Dinmont; Terier Yorkshire dan terier Ireland juga disilangkan ke dalam anjing ini semasa perkembangan baka ini.[2]

Perkembangan baka ini bermula di Australia pada kira-kira tahun 1820 dan anjing ini mula-mula dipanggil terier berbulu kasar. Baka ini diiktiraf secara rasmi pada tahun 1850 dan kemudian dinamai semula terier Australia pada tahun 1892.[3] Terier Australia ditunjukkan dalam pertunjukan anjing buat kali pertama pada tahun 1906 di Melbourne dan juga ditunjukkan di Great Britain pada sekitar masa sama.[2]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Terier Australia diketahui rentan terhadap penyakit autoimun sindrom mirip Vogt-Koyanagi-Harada.[4]

Tinjauan tahun 2002 oleh Australian Terrier Club of America mendapati bahawa tiga punca utama bagi kematian merupakan usia lanjut (17%), kanser (15%), dan diabetes (13%). Keadaan paling umum yang menjejaskan anjing merupakan diabetes melitus (10%), tempurung lutut terkehel (9%), jangkitan telinga (5%), katarak (5%), dermatitis alahan pinjal (5%), ligamen krusiat kranium pecah (4%), dan hipotiroidisme (4%).[5]

Kelanjutan usia[sunting | sunting sumber]

Jangka hayat dalam tinjauan Amerika tahun 2002 ialah 11 tahun. Betina hidup selama kira-kira setahun lebih lama daripada jantan.[5] Tinjauan di United Kingdom terhadap anggota kelab baka mendapati bahawa terier Australia mempunyai jangka hayat median melebihi 12 tahun.[6]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Piawaian baka memerihalkan perangai unggul terier Australia sebagai perangai bersemangat, berwaspada, "dengan keagresifan semula jadi bagi pemburu tikus dan pemburu pepagar".[7] Terier Australia menduduki tempat ke-34 dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren sebagai anjing yang mempunyai kecerdasan "Kerja dan Kepatuhan" melebihi purata yang menunjukkan kebolehlatihan baik.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: تيريئر اءوستراليا; bahasa Inggeris: Australian terrier

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Australian Terrier" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2009. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  2. ^ a b Clark, Anne Rogers; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 94. ISBN 0-87605-624-9.
  3. ^ "Australian Terrier Club of South Australia" (dalam bahasa Inggeris). 23 Oktober 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2008. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  4. ^ "The detail information of Vogt-Koyanagi-Harada-like syndrome". Pusat Biomaklumat Kebangsaan China (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Mac 2024.
  5. ^ a b Australian Terrier Club of America 2002 ATCA Health Survey Results (Inggeris) Diarkibkan 31 Julai 2007 di Wayback Machine. Catatan: Tiada pautan langsung kepada Tinjauan Kesihatan 1997 ATCA, tetapi keputusan dibincangkan secara meluas dalam Laporan Tinjauan 2002. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  6. ^ Adams, V. J.; Evans, K. M.; Sampson, J.; Wood, J. L. N. (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. ISSN 0022-4510.
  7. ^ American Kennel Club Website (Inggeris). Dicapai pada 5 Mac 2024.
  8. ^ The Intelligence of Dogs (Inggeris), oleh Stanley Coren, Bab 10, halaman 183–185, Free Press, 2005, ISBN 0-7432-8087-3

Pautan luar[sunting | sunting sumber]