Babi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Khinzir)
Lompat ke: pandu arah, cari
Babi
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Mamalia
Order: Artiodactyla
Famili: Suidae
Genus: Sus
Spesies: sila lihat bawah
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Pelbagai spesies:
Sus barbatus
Sus bucculentus
Sus cebifrons
Sus celebensis
Sus domesticus
Sus heureni
Sus philippensis
Sus salvanius
Sus scrofa
Sus timoriensis
Sus verrucosus

Babi atau khinzir (b. Arab: خنزير khinzīr) ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermuncung panjang dan berhidung leper. Babi adalah omnivor, yang bererti mereka memakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, babi dianggap salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.[1]

Hukum babi dalam Agama Monoteistik

Babi digelar haiwan yang kotor dalam al-Quran dan haram dimakan oleh umat Islam.

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An'am Ayat 145)

Babi juga dilarang dalam agama Yahudi. Dikalangan penganut Kristian, kelompok Seventh-day Adventists turut mengelakkan babi, dan makanan lain menurut agama Yahudi. Larangan ini terdapat dalam Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7& 8:

"Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tak boleh dimakan, bangkainya tak boleh disentuh."

Larangan ini juga terdapat dalam Book of Deuteronomy, Chapter 14, Verses 7 & 8, Book of Isaiah, Chapter 65, Verses 2 to 4: , dan Book of Isaiah, Chapter 66, Verse 17.

Babi dalam bangsa lain

Di dalam Bahasa Melayu, perkataan babi merupakan kata kesat bagi tujuan memaki hamun atau menghina orang lain. Dalam kebanyakan bangsa, haiwan babi diangggap hina dan gelaran babi adalah satu gelaran buruk. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama babi turut dianggap bernilai sebagai mata wang dalam sesetengah masyarakat seperti puak asli di Papua New. Babi juga terkenal dalam masyarakat cina, dimana Tahun Babi dimasukkan kedalam kalendar cina. Epik cina yang terkenal, Journey to the West juga mengandungi watak babi yang dikenali sebagai Zhū Wùnéng.


Selain itu, babi juga dianggap sebagai hidangan istimewa oleh Orang Cina dan Orang Jerman yang menjadikannya sebagai hidangan istimewa. Ada pelbagai masakan ala Jerman yang mengutamakan daging babi.

Babi dari segi sains

Babi dari segi genetik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan keatas babi sebelum ia diuji pada manusia. Malah jantung babi pernah digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang sakit teruk, sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai.

Disebabkan babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai manusia, terdapat kemungkinan berlaku penularan penyakit antara spesies (cross spesies). Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru.

Sebagai contoh, wabak virus Nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran Babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya, kesemua ternakan Babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling.

Babi juga merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi, membolehkan cacing pita merebak.

Gambaran dan tabiat

Babi memiliki muncung bsebagai hidung, mata kecil, dan ekor yang kecil, yang mungkin bergelung, berkedut, atau lurut. Ia memiliki badan yang montok, kaki pendek, dan bulu kasar. Terdapat empat jari pada setiap kaki, dengan dua jari tengah besar yang digunakan bagi berjalan.[2]

Babi adalah maserba, yang bererti babi memakan kedua-dua tumbuhan dan haiwan. Babi akan makan bangkai dan diketahui makan sebarang jenis makanan, termasuk serangga mati, cacing, kulit pokok, bangkai reput, sampah, malah babi lain. Secara liar, mereka merupakan haiwan meragut, terutamanya makan daun, rumput, akar, buah dan bunga. Kadang kala semasa dalam kurungan, babi mungkin makan anak mereka sendiri sekiranya ia tertekan. Babi biasa memiliki kepala yang besar dengan muncung panjang yang diperkukuhkan dengan tulang prenasal khas dan dengan gelung rawan ("cartilage") pada muncungnya.[3] Muncungnya digunakan bagi menggali tanah bagi mencari makanan dan merupakan organ deria amat sensitif.

Babi memiliki set penuh 44 batang gigi. Gigi taring, dipanggil gading, tumbuh berterusan dan ditajamkan dengan gading atas dan bawah bergesel sesama sendiri.[3]

Babi yang dibenarkan meragut boleh digembala oleh gebmala babi. Oleh kerana keupayaan meragut mereka dan deria bau mmereka yang kuat, babi digunakan bagi mencari truffle dikebanyakan negara Eropah. Babi ternakan biasanya diternak oleh peladang bagi dagingnya (dikenali sebagai "pork"), dan juga bagi kulitnya. Bulu kasar babi juga digunakan sebagai bulu berus. Sesetengah penternak babi, seperti babi perut buncit Asia ("Asian pot-bellied"), dijaga sebagai haiwan peliharaan.

Pembiakan berlaku spenjang tahun di kawasan tropika, tetapi kelahiran memuncak sekitar musim hujan. Babi betina mampu bunting sekitar usia 8-18 bulan. Ia kemudian kembali subur setiap 21 hari jika tidak mengawan. Babi jantan menjadi aktif seksual sekitar usia 8-10 bulan.[3] Anak-anak babi biasanya sekitar 6 hingga 12 ekor.[4] Selepas anak babi berhenti menyusu, dua atau tiga keluarga mungkin berkumpul sehingga musim mengawan berikutnya.

Babi tidak memiliki kelenjar peluh yang berfungsi,[5] dengan itu babi menyejukkan diri mereka dengan berendam dalam air atau lumpur semasa musim panas. Babi juga menggunakan lumpur sebagai satu bentuk pelindung matahari bagi mengelakkan kulit mereka dari terbakar matahari ("sunburn"). Lumpur turut memberikan perlindungan tarhadap lalat dan parasit lain.[4]

Babi sebagai makanan

Beberapa contoh makanan yang mengandung babi:

  • Babi panggang merah (manis) khas Tionghoa
  • Babi panggang putih (masin) khas Tionghoa
  • Sekba (berisi jeruk babi dengan kuah) khas Tionghoa (Jakarta, Bogor, Bandung, Tangerang)
  • Kitoba (hirisan bagian kepala babi yang diolah dengan cara dikukus. Untuk menikmatinya harus dicelupkan ke dalam cuka aren yang disediakan khas Tionghoa Bogor
  • Sate babi khas Tionghoa: sama seperti daging sate pada umumnya namun tusukannya lebih besar dan rasanya manis.
  • Ngo hiang / Go Hiong: Daging babi cincang yang dibungkus dengan kulit kembang tahu tipis. (Jakarta, Bogor, Bandung).
  • Babi cin: Hidangan daging babi + minyak dengan kuah yang rasanya manis kerana kecap manis.
  • Bakut: Hidangan khas Tionghoa yang merupakan paduan dari sayur jeruk masin dan kaldu iga babi.(Terdapat di seluruh Indonesia).
  • Saksang: Olahan daging babi khas daerah Tapanuli
  • Babi rica-rica: Daging babi olahan khas Manado yang rasanya sangat pedas.
  • Babi guling: Olahan daging babi khas Bali
  • Babi putar: Olahan daging babi khas Manado yang umumnya disajikan pada hari perayaan.

Gambar babi sebagai makanan

Babi sebagai ancaman alam sekitar dan kesihatan

Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, termasuk sebagai inang berkembangnya virus H5N1, virus flu burung yang sangat berbahaya, kemudian babi menularkannya kepada manusia. Selain itu sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya, menyebabkan ia haiwan yang sangat kotor[6].

Perladangan moden babi boleh didapati di seluruh Eropah dan berkembang ke Asia seperti Indonesia, Malaysia dan Jepun. Najis babi yang dilepaskan (seperti New Zealand) dikenal pasti sebagai menyebabkan kerosakan yang amat teruk kepada alam sekitar[7] [8]. Di Australia, para bijak pandai saintis memberi amaran babi-babi yang mengancam peladang dan alam sekitar. Pakar di Queensland mengatakan populasi babi yang tidak terkawal menyebabkan kerosakan tak terkata terhadap tanaman dan mengancam hidupan liar. Terdapat 23 juta babi di Australia yang bermaksud lebih babi dari penduduk Australia[9].

Dalam kes terbaru pada tahun 2008 yang berlaku di sebuah hospital di Washington,Amerika Syarikat,sekumpulan doktor pakar yang sedang melakukan pembedahan membuang tumor otak pesakit wanita berasa amat terkejut selepas mereka mendapati terdapat seekor cacing yang keluar bersama dengan tumor lebihan dari pesakit itu.Pesakit yang merupakan warga Amerika Syarikat yang berasal dari Arizona,Rosemary Alvarez menjalani pembedahan membuang tumor otak selepas mengalami kesakitan pada tangan dan penglihatannya menjadi kabur.

Selepas melakukan ujian imbasan X-Ray,doktor pakar memutuskan untuk melakukan kerja-kerja pembedahan tetapi terkejut selepas mendapati seekor cacing telah berjaya menembusi otak Alvarez.Para doktor juga berpendapat kehadiran cacing itu, besar kemungkinan adalah disebabkan oleh kesan daripada makan daging babi yang tidak masak dan banyak atau mungkin disebabkan oleh sebaran kotoran dari individu yang tidak mencuci tangan selepas memegang najis dan selepas menggunakan tandas. Alavarez yang dijangka pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu berharap agar orang ramai akan mengambil iktibar dari pengalamannya itu.[10](Sumber diperolehi dari akhbar Kosmo! yang diterbitkan di Malaysia pada hari Sabtu,22 November 2008)

Rujukan saintifik

  1. The 10 smartest animals - How do humans compare to other intelligent creatures? - Pigs are wise ... and clean
  2. Feral Pig / Hog / Pig / Wild Boar Hunting
  3. 3.0 3.1 3.2 ADW: Sus scrofa: Information
  4. 4.0 4.1 Pigs (2006)
  5. Managing Heat Stress In Outdoor Pigs
  6. Disarikan oleh Mulyorini Rahayuningsih bersumber dari Ibrahim Ali Ahmad, "Mengapa babi haram?", Jurnal Halal Edisi 58, 2006
  7. Alien Species Threaten Hawaii's Environment.
  8. Introduced Birds and Mammals in New Zealand and Their Effect on the Environment.
  9. Australia diancam babi liar, BBC, 13 Oktober 2007
  10. [http://abcnews.go.com/Health/PainManagement/story?id=6309464&page=1 It's Not a Tumor, It's a Brain Worm - Doctor Surprised to Find a Worm Living Inside a Woman's Brain]