Kohilan Pillay
| Yang Berhormat Senator Kohilan Pillay |
|
|
Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 18 Mac 2008 |
|
|
|
|
| Parti politik | |
|---|---|
| Pekerjaan | Menteri Kabinet, Senator |
Kohilan Pillay merupakan ahli politik Malaysia. Beliau merupakan AJK Pusat parti Gerakan. Kini berusia 41, bekas pensyarah ekonomi sebuah kolej dari Selangor.
Dalam barisan Kabinet Malaysia 2008 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Beliau merupakan seorang Senator yang dilantik pada Januari 2008.[1]
Beliau sangat aktif di dalam politik sejak 16 tahun iaitu semenjak beliau tamat pengajian tinggi. Beliau memulakan karier politik beliau dengan menjadi ahli biasa Parti Gerakan dan selepas itu memegang jawatan Setiausaha Cawangan. Pada tahun 1995, permohonan beliau bagi membuka cawangan sendiri diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat Parti. Beliau menjadi Pengerusi Cawangan Batu Caves dan pada tahun 1998, beliau bertanding dan berjaya menjadi Pengerusi Bahagian Gombak. Dibawah kepeimpinan beliau, Parti Gerakan Gombak berkembang dengan pesat dan sangat aktif di semua peringkat. Melihat keaktifan dan kepimpinan beliau oleh Parti Gerakan Pusat, beliau dilantik menjadi Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang pada tahun 1999.
Pada waktu yang sama, beliau dipilih ke pelbagai jawatan di dalam parti, diantaranya, Ahli Jawatankuasa Pemuda Nasional, Speaker Pemuda Nasional, Naib Ketua Pemuda Nasional dan kini sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat. Sumbangan beliau ke parti selama ini diambilkira secara serius dan parti telah melantik beliau sebagai Senator pada tahun 12 Februari 2008.
A Kohilan Pillay boleh dikatakan seorang yang mudah bergaul dengan setiap lapisan orang dan amat perhatin terhadap masyarakat yang memerlukan bantuan. Perkhidmatan beliau tidak mengira masa dan tempat.