Anifah Aman
| Yang Berhormat Dato' Sri Anifah Aman @ Haniff Amman |
|
|
Menteri Luar Negeri
|
|
| Tempoh berjawat April 2009 – kini |
|
|
|
|
| Tempoh berjawat 2004 – kini |
|
| Majoriti | 5,723 (PRU-13) |
|---|---|
|
Ahli Parlimen
bagi kawasan P154Beaufort, Sabah |
|
| Tempoh berjawat 1999 – 2004 |
|
| Didahului oleh | Nurnikman Abdullah |
| Digantikan oleh | Azizah Mohd Dun |
| Majoriti | 6800 |
|
|
|
| Tarikh lahir | 16 November 1953 |
| Tempat lahir | Keningau, Borneo Utara |
| Parti politik | |
| Pasangan | Datin Siti Rubiah Datuk Abdul Samad |
| Anak | 3 |
| Pekerjaan | Ahli Parlimen |
| Agama | Islam |
Dato' Sri Anifah Aman @ Haniff Amman ( lahir 16 November 1953 ) adalah ahli politik Malaysia yang juga Menteri Luar, seorang Ahli Parlimen Kimanis, Sabah dari UMNO, sebuah komponen parti teras di dalam Barisan Nasional(BN). Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Di peringkat akar umbi, beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Kimanis.
Isi kandungan |
Latarbelakang peribadi dan pendidikan [sunting]
YB Dato' Sri Anifah sudah berkahwin dengan Datin Sri Rubiah Datuk Abdul Samad dan mempunyai 3 orang anak. Beliau juga adalah adik kepada Datuk Seri Panglima Musa Aman, Menteri Besar Sabah. Beliau juga adalah graduan Sarjana dalam falsafah ekonomi dan undang-undang dari University College of Buckingham (kini University of Buckingham), United Kingdom.
Politik [sunting]
Pilihan raya [sunting]
Beliau memasuki politik apabila mula bertanding sebagai calon Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias pada pilihan raya 1994. Bagaimanapun, beliau tewas di kerusi DUN Klias dalam satu pertandingan sengit antara Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) pada ketika itu, Datuk Lajim Ukin yang mempertahankan kerusinya dengan majoriti 405 undi. Anifah sekali lagi diberi peluang pada pilihan raya 1999 untuk bertanding kerusi Parlimen Beaufort dan memenanginya.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PKR, Ismail Bungsu dengan majoriti sebanyak 5,453 undi. Beliau memperolehi 10,242 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 1,615 undi. Dua lagi calon bebas ialah Jaafar Ismail (4,789) dan Benjamin Basintal (205).
Jawatan dalam UMNO [sunting]
- Bendahari UMNO Bahagian Beaufort bemula 1994
- Naib Ketua UMNO Bahagian Beaufort pada penggal 2001-2003
- Ketua UMNO Bahagian Kimanis
Isu dan kontroversi [sunting]
Menolak Jawatan Timbalan Menteri [sunting]
Beliau pernah ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi ditolak. Sebelum pilihan raya 2008, beliau telah menjadi Timbalan Menteri selama 2 penggal.
Disaman kerana dakwa tawar jawatan Timbalan Perdana Menteri [sunting]
Pada 16 Mei 2009, semasa sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton di Washington, Anifah Aman mendakwa Anwar Ibrahim menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepadanya jika melompat parti UMNO kepada PKR.
Pada 16 Mei 2009, peguam S. N. Nair mewakili Anwar Ibrahim menafikan tawaran tersebut. Beliau dituntut menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam. [1] Pada 27 Mei 2009, writ saman difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta , Kuala Lumpur pada 2.10 petang oleh firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners.Anwar Ibrahim tuntut ganti rugi pampasan RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan Anifah melafaz, bercakap atau menulis atau menerbitkan perkataan fitnah.Anggota Parlimen Kimanis itu sebagai defendan pertama, Menteri Luar sebagai defendan kedua, dan kerajaan Malaysia dinamakan defendan ketiga.[2]