Kamarudin Jaffar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Tumpat Datuk

Kamaruddin Jaffar

Member of Parliament
for Tumpat

Setiausaha Agung PAS
Penyandang
Tempoh jawatan 
2004

Lahir 3 November 1951 (63 tahun)
Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan
Parti politik PAS logo.svg Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Pasangan Kamariah Kamarudin
Pekerjaan Malaysia Anggota Parlimen
Laman web Blog Kamaruddin Jaffar

Kamarudin Bin Jaffar ialah ahli parlimen P019 Tumpat, negeri Kelantan , Malaysia. Beliau dilahirkan pada 3 November 1951 dan seangkatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menang bertanding tiga penggal berturut-turut dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, 2004 dan 2008 atas tiket parti PAS. Apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beberapa pemimpin melompat menyertai PAS, termasuk Kamaruddin Jaafar.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Kamarudin Bin Jaffar lahir pada 3 November 1951 di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. Bersekolah di SRK Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan (1958-1963). Di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1964-1970) beliau belajar bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim .Kemudian menyambung pengajian di Universiti Kent, Canterbury, England (1971-1974)kemudian di Universiti London (1975-1976).

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya Kamariah Kamarudin meninggal dunia pada 11 November 2009 kerana kanser usus selepas menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi. Ketika itu, Kamaruddin Jaafar berada di Qatar.Jenazah disembahyangkan di Masjid Nurul Yakin, SS7 Kelana Jaya dan dikebumikan di Bukit Kiara selepas solat Asar.[1]

Mereka mempunyai empat anak, dua lelaki dan dua perempuan (Nur Adilah, Saiful Adli, Shahid Adli dan Nur Shifa). Datuk Kamarudin Jaafar adalah Pengarah Urusan Harakah di Jalan Pahang sehingga kini.

Kamaruddin Jaafar berkahwin baru pada 10 Mac 2011 . Majlis akad nikah diadakan di Masjid Kelana Jaya, Selangor. Pasanganya berasal dari Melaka.Turut hadir ialah Mahfuz Omar, Dr Dzulkifli Ahmad dan Dr Hatta Ramli.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Penolong Setiausaha, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (1974-1975)
  • Penyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975-1985)
  • Setiausaha Politik Kepada Timbalan Perdana Menteri,Tun Ghafar Baba ( 1986-1991)

Politik[sunting | sunting sumber]

  • Exco Pemuda Umno Malaysia
  • Ketua Pemuda Umno Negeri Kelantan.
  • Ketua Umno Bahagian Tumpat 1998
  • Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sesi 1983-1987
  • Setiausaha Agung PAS Sesi 2005-2007 dan sesi 2007-2009
  • Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sesi 2003-2005
  • AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan 2003-2005
  • Bendahari PAS Kawasan Tumpat (2003 hingga kini)

Menyertai UMNO[sunting | sunting sumber]

Kamaruddin Jaafar seangkatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memajukan Angkatan Belia Islam Malaysia dan Yayasan Anda Akademik di Lembah Pantai berdekatan dengan Universiti Malaya.

Semasa Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan menjadi Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau antara pemimpin utama ABIM yang bertawakal menyertai UMNO dengan niat mentarbiahkan UMNO dari dalam. Ketika inilah beliau dilantik menjadi pengerusi Institut Kajian Dasar, satu badan pemikir yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemimpin ABIM lain yang menyertai UMNO ketika itu ialah Kamaruddin, Anuar Tahir dan Mohd Noor Manuty dan ramai lagi mengelilingi Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang dikelilingi oleh orang-orang ABIM ini tidak disenangi oleh barisan pemimpin pelapis UMNO seperti Sanusi Junid. Pada 1995 beliau bertanding di Tumpat atas tiket BN/UMNO tetapi tewas kepada calon PAS.

Tahanan ISA[sunting | sunting sumber]

Pada 22 September 1998, beliau dan 12 pemimpin lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Seksyen 73(1)(A) .[2] Turut ditahan ialah

  1. Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
  2. Ruslan Kassim,Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan
  3. Kamaruddin Mat Noor, Semarak state assenblyman
  4. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pemuda UMNO dan ahli parlimen Bagan Datoh
  5. Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden ABIM
  6. Mukhtar Redhuan, Timblan Presiden ABIM
  7. Shaharuddin Badaruddin, Setiausaha Agung ABIM
  8. Abdul Halim Ismail, Naib Presiden ABIM
  9. Kamarudin Jaafar, Pengerusi Institut Kajian Dasar
  10. Tamunif Mokhtar, Ketua Bahagian UMNO Cheras
  11. Abdul Manan, Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia (?)
  12. Prof. Dr. Siddiq Baba, UIAM

Dipecat UMNO dan sertai PAS[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Julai 1999, Majlis Tertinggi UMNO memecat sembilan anggota parti, termasuk Ketua Bahagian UMNO Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar, kerana terbabit dengan kegiatan membantu dan menyertai parti pembangkang, ekoran pemecatan rakan ABIMnya ,Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghantar surat tunjuk sebab kepada mereka. Turut dipecat ialah Ismail Yusof, Haji Said Othman, Tarmizi Ismail dan Jumri Sabran dari UMNO Bukit Gantang.Abdul Wahab Abdullah (UMNO Johor Bharu]], Senator Hamzah Mohd Zain (Chenderoh)dan Saufi Daud dan Mohamad Noor (UMNO Tumpat).[3]

Pada 21 Julai 1999, beliau isytihar menyertai PAS Tumpat semasa ceramah oleh Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat.Baginya, tiada ruang lagi dalam UMNO untuk melaksanakan Islam.[4]

Pilihan raya Umum Malaysia[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 jumlah pengundi di Parlimen Tumpat, Kelantan ialah 48,419. Kamarudin bin Jaffar melalui tiket parti PAS mendapat undi 23,218 atau 64.5 % dan meningkat 11.6%. Saingannya Noor Zahidi bin Omar dari Barisan Nasional hanya mendapat 12,776 undi atau 35.5 %. Menurut 11.6 %.

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 beliau menang buat kali kedua di Parlimen Tumpat.

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Kamarudin Jaffar selaku Setiausaha Agung PAS, menang buat penggal ketiga di Tumpat mengalahkan Calon BN, Dr Asyraf Wajdi Hj Dusuki dengan majoriti 9,377. Kamarudin memperoleh 36,714 undi manakala Asyraf memperoleh 27,337 undi.


Parliament of Malaysia: Tumpat, Kelantan[5]
Year Opposition Votes Pct Barisan Nasional Votes Pct
1995 Wan Jamil Wan Mahmood (PAS) 17,682 51% Kamaruddin Jaafar 15,764 46%
1999 Kamaruddin Jaafar (PAS) 23,218 63% Noor Zahidi Omar 12,776 35%
2004 Kamaruddin Jaafar (PAS) 27,919 51% Mat Nawawi Mat Jusoh 26,099 47%
2008 Kamaruddin Jaafar (PAS) 36,714 56% Asyraf Wajdi Dusuki 27,337 42%

Alamat[sunting | sunting sumber]

Setiausaha Agung PAS, 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel: 03-26925000, 0322841975 Fax: 03-26938399 , 03-22835613


Rujukan[sunting | sunting sumber]