Kota Linxia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Linxia
临夏市 · لٍ ﺷﯿَا شِ
A view of the city from the northern loess plateau escarpment
A view of the city from the northern loess plateau escarpment
NegaraRepublik Rakyat China
WilayahGansu
Wilayah autonomiWilayah Autonomi Linxia Hui
Keluasan
 • Jumlah88.6 km2 (34.2 batu persegi)
Aras tertinggi
1,960 m (6,430 ft)
Aras Terendah
1,823 m (5,981 ft)
Penduduk
 (ca. 2007)[1]
 • Jumlah250,000
 • Kepadatan2,800/km2 (7,300/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (Piawai China)
Laman sesawang临夏市概况 ("Tinjauan Kota Linxia"), di laman web kerajaan wilayah

Kota Linxia (Cina ringkas: 临夏市Cina tradisional: 臨夏市pinyin: Línxià Shì), pernah dikenali sebagai Hezhou (Cina ringkas: 河州Cina tradisional: 河州pinyin: HézhōuWade-Giles: Ho-chou), ialah sebuah kota peringkat wilayah di wilayah Gansu, Republik Rakyat China, dan ibukota Wilayah Autonomi Hui Linxia yang berbilang etnik. Ia terletak di lembah Sungai Daxia (cawang sungai kanan Huanghe), 150 km (dari jalan) barat daya ibukota wilayah Lanzhou.[1]

Populasi keseluruhan kota Linxia (termasuk kota utama dan beberapa kawasan pedalaman) dianggarkan berjumlah 250,000 orang; yang 58.4% diklasifikasikan sebagai populasi bandar. Menurut kerajaan wilayah, 51.4% daripada populasi kota Linxia tergolong daripada "orang Hui", yakni orang Islam yang bertutur dalam bahasa Cina. Sesetengah kumpulan etnik minoriti lain di Wilayah Linxia seperti orang Dongxiang, Bonan dan orang Salar, tinggal di kota ini.[1]

Berkurun lamanya, Hezhou/Linxia menjadi salah satu pusat keagamaan, kebudayaan dan perdagangan yang utama agi masyarakat Islam China, yang mendapat jolokan "Makkah kecil di China".[2] [3][4] [5][6] Dengan kata-kata ahli etnologi yang bernama Dru Gladney, "Hampir setiap pergerakan Islam utama di China berasal daripada orang Islam yang datang ke Linxia yang menyebarkan ajaran-ajaran baru selepas menziarahi pusat-pusat Islam di Timur Tengah".[3]

Ia kekal sebagai pusat utama tarekat sufi Qadiriyyah[7] dan Khufiyya di China;[8] ia juga kampung halaman Ma Mingxin, pengasas tarekat sufi Jahriyya, walaupun "pusat graviti" tarekat itu beralih ke tempat lain sejak itu.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Jemaah meninggalkan sebuah masjid kecil di Kota Linxia secara berjalan kaki atau menaiki trak atau bas

Dari segi pentadbiran, Kota Linxia adalah kota peringkat wilayah yang digabungkan. Tidak seperti banyak kota peringkat wilayah China, yang merangkumi kawasan pedalaman yang luas trbentang bersaiz wilayah, sempadan-sempadan Kota Linxia hanya merangkumi kawasan yang agak kecil (88.6 km2), terbentang sepanjang Sungai Daxia, yang mengalir di kawasan ini ke timur laut. Lembah sungai subur yang luas itu diapit oleh tubir-tubir penara loes di kedua-dua belah, dan kawasan pedalaman melampaui batasan-batasan ini, hingga ke barat laut dan tenggara lembah itu, tergolong kepada satu unit pentadbiran yang berasingan, yang dipanggil Wilayah Linxia. Kota Linxia bersempadan di Wilayah Linxia di barat daya, tetapi di timur laut ia mempunyai sempadan pendek dengan Wilayah Autonomi Dongxiang.[9]

Kawasan bandar utama Kota Linxia (yakni tengah-tengah kota) terletak secara kasarnya di tengah-tengah sempadan pentadbiran kota itu, di tebing kiri (barat laut) Sungai Daxia. Dari segi pentadbiran, Kota Linxia peringkat wilayah dibahagikan kepada 10 unit peringkat pekan: 6 jiedao di dalam kawasan bandar utama, dan empat pekan bersebelahan kawasan-kawasan pedalaman dan separa pedalaman di hulu sungai dan hilir sungai kota pusat dan merentasi sungai daripadanya.[1][9]

Kawasan perniagaan pusat Kota Linxia, yang secocok dengan bekas kota bertembok Hezhou, terletak beberapa kilometer ke utara Sungai Daxia, dan mengandungi kawasan-kawasan beli-belah dan hiburan mewah kota itu, dan juga kerajaan wilayah. Tembok kota lama itu sudah tiada, tetapi kewujudannya diingati pada banyak nama tempat: Xi Guan Lu ("Jalan Pintu Barat"), Masjid Chengjiao ([SW] "Sudut Tembok Kota"), Nanmen Guangchang ("Dataran Pintu Selatan") dengan Masjid Nanguan ("Pintu Selatan"), kejiranan Dongguan ("Pintu Timur"), Gongbei Bei Chengjiao ("Gongbei di Sudut Utara Tembok Kota", a.k.a. Gongbei Yu Baba). Sebatang sungai kecil, yang dipanggil Hongshui He, mengalir di sepanjang bahagian barat tembok kota itu. Jalan utama di dalam kawasan pusat ini ialah Tuanjie Lu ("Jalan Kesatuan"), yang mengarah antara utara dan selatan.[9]

Kawasan antara bekas pintu selatan (Nanguan) dan ke sungai Daxia adalah sebahagian besarnya kawasan komersial, dengan pasar-pasar rancak yang mengambil banyak ruang jalan pada hari jualan. Melepasi Nanguan, Tuanjie Lu menjadi Jiefang Lu ("Jalan Kebebasan"), dan setelah sampai ke sungai itu, ia bersambung ke selatan sebagai Lebuhraya Wilayah 309.

Banyak masjid dan makam gongbei terletak di daerah orang Islam yang bersejarah di barat dan barat daya pusat kota itu. Dataran Hongyuan, dengan Taman Hongyuan, Muzium Wilayah, dan sebuah komplek sukan juga terdapat di kawasan ini.[9]

Timur laut kota ini sebahagian besarnya adalah kawasan kediaman banyak tingkat moden. Kampus bagi sejumlah institusi pendidikan dan juga kawasan garison tempatan terletak di situ.

Satu mercu tanda utama Kota Linxia ialah tokong Taoisme, Wanshou Guan. Pagodanya tertenggek di atas cenerung penara loes yang membentuk batasan utara semulajadi bagi perluasan kota itu.[9] Great views of the city open from the bluff, and the pagoda can be seen from everywhere in the city as well.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada masa lampau, Kota Linxia dipanggil Hezhou (Bahasa Cina: 河州), dan kawasan sekitarnya kadang-kala dikenali sebagai Wilayah Hezhou.

Sepanjang sejarahnya, Hezhou sering menjadi persilangan laluan-laluan perdagangan yang penting: salah satu laluan alternatif bagi Laluan Sutera jalan timur, yang menghubungkan kawasan tengah China dengan Asia Tengah, dan laluan utara selatan yang menghubungkan Mongolia dan Tibet. Semasa beberapa masa di zaman Dinasti Song, apabila Xia Barat mengambilalih laluan utara Laluan Sutera, laluan alternatif Didao-Hezhou-Xining di selatan Laluan Sutera menjadi sangat penting, yang menjadikan ketiga-tiga buah kota sebagai pusat perdagangan yang penting. Sejarawan berasa bahawa sejak itu kemudian, semasa era Dinasti Song, orang Islam Hezhou membina masjid pertama mereka.[10]

Tarekat Sufi[sunting | sunting sumber]

Hua Si Gongbei (kubur Ma Laichi)

Hezhou sudah pun menjadi pusat Islam yang penting pada 1670-an, apabila tuan guru sufi Kashgar Āfāq Khoja melawat masyarakat orang Islam di sempadan barat laut Empayar Qing. Ketika ajarannya di Xining, Didao dan Lanzhou dicatatkan dengan lebih baik, kemungkinan besar dia juga mengajar di Hezhou.[11] Apa pun, anak murid Cina Āfāq Khoja Ma Tai Baba[12] dan seorang lagi tuan guru sufi Cina, Qi Jingyi-pengasas cabang tarekat Qadiriyyah China- dikebumikan di Hezhou.[13] Tempat keramat gongbei di sekeliling kubur mereka di sebelah barat Kota Linxia terus menjadi pusat kesarjanaan Islam yang penting.

Bagaimana pun, anak jati Hezhou dan anak murid Ma Tai Baba yang paling mempunyai harapan, Ma Laichilah yang merevolusikan kehidupan orang Islam barat laut China pada pertengahan kurun ke-18 dengan menjadikan Hezhou sebagai pusat menhuan Hua Si, pertubuhan utama pergerakan sufi Khufiyyah.[14] Tidak lama kemudian, ramai orang dari masyarakat Hui dan Salar terbabit dalam konflik antara pengikut-pengikut Khufiyyah Ma Laichi dengan pengikut-pengikut satu lagi tarekat sufi - Jahriyyah, yang diasaskan pada 1760-an oleh Ma Mingxin. Konflik itu mencapai kemuncaknya pada tahun 1781 apabila tanah Salar di Wilayah Xunhua beberapa kilometer ke barat kota itu dikepung seketika oleh penentang berbangsa Salar yang melaluinya dalam perjalanan ke Lanzhou, dalam satu percaturan yang tidak berjaya untuk menyelamatkan Ma Mingxin daripada penjara.[15]

Pemberontakan dan Perang Minoriti Muslim[sunting | sunting sumber]

Masjid Qianheyan, Kota Linxia

Tidak lama selepas permulaan Massive Muslim Armed RebellionPemberontakan Bersenjata Muslim Besar-besaran di barat laut China pada tahun 1862, Hezhou menjadi salah satu kubu kuat bagi penentang beragama Islam yang berjuang menentang Dinasti Qing dan membunuh ramai orang bukan Islam bangsa Han dan Manchu di barat laut China. Pemimpin pemberontakan di kawasan Hezhou ialah Ma Zhan'ao, pemimpin menhuan Huasi yang berpangkalan di Hezhou, sebuah tarekat sufi Khufiyya yang diasaskan seabad yang lalu oleh Ma Laichi.[16] Leftenan teratasnya adalah Ma Haiyan dan Ma Qianling.[17] Seorang pemimpin yang pragmatik, Ma Zhan'ao kelihatannya memilih untuk mengelakkan pertumpahan darah yang keterlaluan; tidak lama selepas menawan kota itu, dia berusaha membolehkan pegawai-pegawai Qing melarikan diri daripada kota penentang itu dengan apa sahaja aset yang mampu dibawa mereka.[16]

Dua orang penjual buku Hui di sebuah pasar Kota Linxia, yang memakai cermin mata tradisional

Pada lewat 1872, tentera Qing yang diketuai jeneral Zuo Zongtang telah menumpaskan penentang dari kelompok Hui di kawasan-kawasan ke timur Hezhou (Shaanxi and Ningxia), dan mencecah Sungai Tao, yang memisahkan Wilayah Linxia hari ini daripada jiran timurnya, Dingxi. Cubaan Zuo untuk bertapak di barat sungai Tao disentap oleh pejuang Muslim Ma Zhan'ao. Namun Ma sedar bahawa beliau tidak mampu bertahan menentang tentera Qing selama-lamanya, dan pada awal 1873 beliau menghantar anaknya, yang bernama Ma Anliang, ke markas utama Zuo di Anding untuk berunding peralihan sokongan. Bagi menurut perjanjian itu, Ma Zhan'ao menyerahkkan Hezhou kepada tentera kerajaan, menghukum penduduk tempatan yang menentang penyerahan itu, dan dia sendiri menyertai pihak kerajaan untuk berjuang menentang penentang yang berada jauh ke barat. Sebagai balasan, Zuo memberi layanan yang lebih baik kepada mayarakat Islam Hezhou berbanding yang diberikannya kepada orang Ma Hualong di Jinjipu, atau berbanding kumpulan yang mempertahankan Suzhou kemudiannnya pada tahun itu. Muslim Hezhou terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai atau pemindahan ke kawasan terpencil; sebaliknya, sebagai isyarat yang unik semasa perang itu, Zuo bertindak mengurangkan ketegangan antara kaum dengan memindahkan sebahagian orang Han tempatan yang bukan Islam dari situ.[16] Meskipun begitu, bagi mengukuhkan kawalan kerajaan ke atas kawasan itu, orang Islam dilarang tinggal di dalam tembok kota Hezhou. Untuk selama beberapa dekad selepas itu, kota bertembok itu kekal menjadi kawasan orang Han bukan Islam, dengan masjidnya diubah menjadi tokong Buddha, manakala orang Islam Hui tinggal dan membina masjid mereka di luar tembok kota itu, khususnya di selatan subbandar Bafang.[18][19]

Ma Zhan'ao sendiri berjuang bersama-sama Zuo Zongtang menentang penentang beragama Islam jauh ke barat. Atas usahanya (dan permintaan Zuo), Ma kemudiannya dianugerahkan dengan "topi berbulu pangkat ke-5" (Cina ringkas: 花翎五品顶戴); keturunannya dan keturunan leftenannya memainkan peranan penting dalam sejarah kawasan ini selama dekad-dekad mendatang.[16]

Masjid dan makam di Kota Linxia[sunting | sunting sumber]

Kota Linxia mempunyai lebih daripada 80 buah masjid,[6] yang dibina dalam pelbagai gaya senibina. Terdapat juga sejumlah tempat keramat Gongbei yang berpusat sekeliling kubur tuan-tuan guru sufi.

Kompleks tempat keramat gongbei utama Kota Linxia:

  • Da Gongbei (大拱北, "Gongbei Agung"), bersebelahan Taman Hongyuan di barat laut pusat kota.Berpusatkan sekeliling kubur Qi Jingyi (1656–1719), ia menjadi pusat utama tarekat sufi Qadiriyyah di China.[13]
  • Gongbei Tai Baba (太爸爸拱北), di sebelah barat. Ia dibina di sekeliling kubur Ma Tai Baba ("Pak Ma Agung", 1632–1709), anak murid Khoja Afaq dan guru Ma Laichi.[20]
  • Gongbei Hua Si (华寺拱北),di sebelah barat. Ia merangkumi kubur Ma Laichi (马来迟) dan sebuah masjid besar (Hua Si, atau Masjid Beraneka Warna).[20]
  • Gongbei Yu Baba (榆爸爸拱北), juga dikenali sebagai Gongbei Bei Chengjiao ("Gongbei di Sudut Utara Tembok Kota"), utara pusat kota. Terdapat juga sejumlah gongbei yang lebih kecil di serata kota itu.[21]

Pasar-pasar Kota Linxia[sunting | sunting sumber]

Kota Linxia telah lama menjadi hab perdagangan kawasan itu. Salah satu produk tradisional tempatan ialah kaca bulat dengan gaya tertentu yang dipakai semasa era Dinasti Qing yang masih dihasilkan di situ pada hari ini.[22]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Seorang anggota polis mengawal trafik di sebatang jalan di Linxia

Kota Linxia adalah pusat pengangkutan utama bagi Wilayah Autonomi Hui Linxia. Ia terletak di persimpangan dua jalan utama wilayah itu. Lebuhraya Kebangsaan China 213 (G213) menganjur dari timur laut hingga barat daya, dari Lanzhou menerusi Wilayah Yongjing dan Wilayah Autonomi Dongxiang hingga Kota Linxia, kemudian bersambung menerusi Wilayah Linxia hingga Wilayah Autonomi Tibet Gannan. Provincial route 309 (S309) comes from Lintao County in Dingxi City (to the east of Linxia Prefecture), and crosses Guanghe County and Hezheng County on its way to Linxia City; it then continues further west to Jishishan Bonan, Dongxiang and Salar Autonomous County. Laluan Wilayah 309 (S309) datang dari Wilayah Lintao di Kota Dingxi (ke timur Wilayah Linxia), dan merentasi Wilayah Guanghe dan Wilayah Hezheng dalam perjalanannnya ke Kota Linxia; ia kemudian bersambung lanjut ke barat hingga Wilayah Autonomi Jishishan Bonan, Dongxiang dan Salar.[9] Memandangkan ia menghubungkan Wilayah Lintao dengan lebuhraya yang menuju ke Lanzhou, ia sebenarnya memberikan laluan pantas perjalanan dari Kota Linxia ke Lanzhou berbanding G213.

Satu lagi laluan penting, yang belum ditetapkan sebagai lebuhraya kebangsaan atau negeri, memberi sambungan alternatif antara Kota Linxia dan Pekan Liujiaxia (Wilayah Yongjing). Ia menuju ke utara dari Kota Linxia, yang merentasi satu bahagian Wilayah Linxia dan kemudian, menggunakan feri, Takungan Liujiaxia, dan sampai ke Pekan Liujiaxia dari barat.[9][23]

Stesen Bas Selatan Linxia, dengan bas-bas menuju ke Lintao dan Xiahe

Terdapat tiga buah stesen bas di Kota Linxia.[24]

Stesen Bas Selatan, yang terletak berhampran jambatan Sungai Daxia yang menjadi laluan masuk S309 ke kota itu dari tenggara, [9] digunakan bagi bas-bas kerap (setiap sejam atau setengah jam) ke Lanzhou, Xiahe, Hezuo, Kangle, Hezheng. Stesen Bas Selatan dan Stesen Bas Barat (yang terletak di G213 di bahagian utara kota itu)[9] juga memiliki sejumlah pelepasan setiap hari ke bandar-bandar utama di serata Gansu dan ke Xining di Qinghai.[25] Stesen Bas Timur, yang terletak di G213 di pinggir timur laut kota itu, adalah hab utama bagi bas ulang-alik antara bandar-bandar utama di wilayah-wilayah berdekatan.

Tiada keretapi, lapangan terbang atau laluan air yang boleh dilayari berhampiran Kota Linxia,[9] tetapi limbungan Lianhua Tai (莲花台) yang popular, juga dikenali sebagai Lianhua Gudu (莲花古渡, "Feri Lama Lianhua"), di Takungan Liujiaxia di Wilayah Linxia yang bersebelahan bertindak sebagai pintu masuk marin Kota Linxia.[23]

Kota itu mempunyai satu sistem bas tempatan dengan 13 laluan.[25]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Linxia City info, on the web site of the prefectural government (Cina) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "lx" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Lipman 1997, halaman 20–21
  3. ^ a b Gladney 1987, halaman 53 (page number as in the PDF file)
  4. ^ Dru C. Gladney, "The Salafiyya Movement in Northwest China: Islamic Fundamentalism among the Muslim Chinese?" Diarkibkan 2006-07-20 di Wayback Machine Originally published in "Muslim Diversity: Local Islam in Global Contexts". Leif Manger, Ed. Surrey: Curzon Press. Nordic Institute of Asian Studies, No 26. Pp. 102-149.
  5. ^ Jim Yardley, "Little Mecca" Photo essay originally published in the New York Times.
  6. ^ a b Jim Yardley, "A Spectator's Role for China's Muslims" Article originally published in the New York Times.
  7. ^ Gladney 1987, halaman 48–49 (page no. as in the PDF file)
  8. ^ Gladney 1996, halaman 47–48
  9. ^ a b c d e f g h i j Gansu Road Atlas (中国分省公路丛书:甘肃省), published by 星球地图出版社 Xingqiu Ditu Chubanshe, 2008, ISBN 978-7-80212-470-7. Linxia City and Linxia Prefecture maps on pp. 32-33. More details are available from Google Maps.
  10. ^ Lipman 1997, halaman 30
  11. ^ Lipman 1997, halaman 59
  12. ^ Information board at Tai Baba Gongbei
  13. ^ a b Gladney 1987, halaman 48–49 (page numbers as in the PDF file) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "tombs48" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  14. ^ Lipman 1997, halaman 65–67
  15. ^ Lipman 1997, halaman 107–111
  16. ^ a b c d Lipman 1997, halaman 126
  17. ^ Jun Jing (1998). The Temple of Memories: History, Power, and Morality in a Chinese Village. Stanford University Press. m/s. 25–27. ISBN 0804727570.
  18. ^ Lipman 1997, halaman 22
  19. ^ Dillon 1999, halaman 68
  20. ^ a b Gladney 1996, halaman 48
  21. ^ "临夏旅游" (Linxia Tourism), published by Linxia Hui Autonomous Prefecture Tourist Board, 2003. 146 pages. No ISBN. Pages 65-66.
  22. ^ Rough Guide to China, Edition: 3, 2003 . Page 1033.
  23. ^ a b "莲花古渡". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-29. Dicapai pada 2015-10-18.
  24. ^ 临夏州多举措保道路畅通 Diarkibkan 2011-07-08 di Wayback Machine (Cina)
  25. ^ a b [1][pautan mati kekal] (Linxia City Travel: Long distance buses) (Cina)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:County-level divisions of Gansu