Islam di China
| Sejarah Islam di China |
|
Sejarah |
| Seni bina |
| Tokoh utama |
|
Lan Yu • Hui Liangyu • Ma Bufang |
| Kumpulan Puak |
|
Hui • Salar • Uygur |
| Bandar/Wilayah Islam |
| Budaya |
Islam mempunyai pusaka yang kaya di China. Agama itu telah wujud di China itu sejak Dinasti Tang apabila seorang sahabat Nabi Muhammad, Sa`ad ibn Abi Waqqas, telah diutuskan sebagai seorang perwakilan rasmi kepada Maharaja Gaozong pada 650 M. Maharaja itu menyamakan antara antara agama Islam dengan ajaran Confucius dan memerintah pembinaan masjid pertama di China.[1]
Sebuah ciri terkenal masyarakat-masyarakat Muslim di China adalah kemunculan imam wanita bagi makmun wanita.[2] Suatu bentuk kaligrafi Islam, Sini, dan telah ditubuhkan dengan baik di China. Haji Noor Deen Mi Guangjiang adalah seorang penulis khat terkenal menurut tradisi ini.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Uthman, Khalifah, pada 651, lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad. Rombongan itu diketuai oleh Sa`d ibn Abī Waqqās, bapa saudara Nabi sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid peringatan di Canton, yang merupakan masjid pertama di negara itu dibina. Zaman Dinasti Tang adalah zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Pemastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi.[3] Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut menjadi permulaan kepada rujukan terhadap huihui atau Hui sebagaimana yang mereka dikenali hari ini.
Makanan halal di China [sunting]
Oleh sebab bilangan penduduk Muslim di China barat besar, banyak restoran Cina menghidang kepada umat Islam atau menghidang kepada orang awam tetapi dijalankan oleh umat Islam. Di kebanyakan bandar raya utama di China, terdapat restoran kecil Islam atau gerai makanan yang biasanya dijalankan oleh pendatang dari China Barat (contohnya, Orang Uyghur), yang mejual sup mi yang murah. Daging kambing biri dan kambing lebih biasa didapati di sana, berbanding dengan restoran Cina yang lain, disebabkan oleh kelaziman daging ini dalam makanan China barat.
Gaya tulisan [sunting]
Sini adalah bentuk gaya tulisan Islam Cina untuk skrip Arab. Ia dapat dirujukkan pada apa-apa sahaja jenis gaya tulisan Cina Islam, tetapi secara umum digunakan untuk merujukkan pada satu kesan yang tebal dan tapered, seperti Karya tulisan Cina. Ia digunakan secara besar di masjid-masjid di China timur, dan dengan secara lebih kurangnya di Gansu, Ningxia, dan Shaanxi. Seorang gaya penulis Sini terkenal adalah Hajji Noor Deen Mi Guangjiang.
Seni pertahankan diri [sunting]
Pembangunan Islam dan pengambilalihan pada taraf tertinggi wushu Cina telah ada sejarah yang lama. Banyak akarnya berasas pada Qing Dynasty persecution of Muslims. Masyarakat Hui telah bermula dan menadaptasi banyak gaya-gaya wushu seperti bajiquan, piguazhang, dan liuhequan. Ada daerah-daerah utama yang telah dikenali sebagai pusat wushu Muslim, seperti County Cang di Wilayah Hebei. Seni pertahankan diri ini adalah sangat lain dari gaya-gaya Turkic yang diamalkan di Xinjiang.[4]
Istilah Cina untuk istitusi Islam [sunting]
Qīngzhēn (清真) adalah istilah bahasa Cina untuk sesetengah institusi Islam. ISecara harfiah ia bermakna "kesucian benar."
Dalam bahawa Cina, halal adalah digelar qīngzhēn cài (清真菜) atau "makanan suci yang benar." Sebuah masjid adalah dipanggil qīngzhēn sì (清真寺) atau "kuil suci yang benar."
Orang Islam Masyhur di China [sunting]
Penjelajah [sunting]
- Zheng He, ahli marin dan penjelajah
- Fei Xin, juru terjemahan Zheng He
- Ma Huan, seorang sahabat Zheng He
Ketenteraan [sunting]
- Jeneral penemuan Wangsa Ming: Chang Yuchun, Hu Dahai,Lan Yu, Mu Ying
- Keuta-ketua Pemberontakan Panthay: Du Wenxiu, Ma Hualong
- Ma clique warlords sewaktu zaman Republik China: Ma Bufang, Ma Chung-ying, Ma Fuxiang, Ma Hongkui, Ma Hongbin, Ma Lin, Ma Qi, Ma Hun-shan
- Bai Chongxi, jeneral tentera Republik China
Sarjana dan penulis [sunting]
- Bai Shouyi, sejarawan
- Tohti Tunyaz, sejarawan
- Yusuf Ma Dexin, juru terjemahan pertama al-Quran ke dalam bahasa Cina
- Muhammad Ma Jian, author of the most popular Chinese translation of the Qur'an
- Liu Zhi, Qing Dynasty author
- Wang Daiyu, Master Supervisor of the Imperial Observatory during the Ming Dynasty
- Zhang Chengzhi, contemporary author
Dalam Politik [sunting]
- Hui Liangyu, wakil perdana menteri yang bertanggungjawab pada pertanian dalam Republik Rakyat China
- Huseyincan Celil, imam Uyghur dipenjarakan di China
- Xabib Yunic, Menteri Pendidikan Republik Turkistan Timur Kedua
- Muhammad Amin Bughra, Naib Utama Republik Turkistan Timur Kedua
Lain-lain [sunting]
- Noor Deen Mi Guangjiang, penulis khat
- Ma Xianda, ahli kungfu
- Ma Menta, penubuh Persekutuan Wushu Tongbei Rusia
Lihat juga [sunting]
- Islam mengikut negara
- Agama di China
- Demografi Republik Rakyat China
- Persatuan Islam China
- Muslim Tibet
- Kristianiti di China
- Hui
Nota [sunting]
- ↑ www.orientalarchitecture.com
- ↑ news.bbc.co.uk
- ↑ Israeli (2002), pg. 291
- ↑ NTU Bajiquan Kungfu Club
Pautan luar [sunting]
- Chinese Muslims forge isolated path
- Islam in China
- Photos of "Islam in China" by Photojournalist Sean Gallagher
- www.muslimwikipedia Islam in China
- The New York times
- islamawareness.net
- www.islamcn.net
- Islamic Chinese Art (Dru C. Gladney's photo album on Flickr.com)
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
