Kubis Cina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kubis cina
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Liliales
Famili: Brassicaceae
Genus: Brassica
Spesies: B. campestris subs. napus var. pekinensis
Nama binomial
Brassica campestris subs. napus var. pekinensis

Kubis cina atau Ong King atau Sayur Putih adalah sayuran berdaun berkaitan dengan kubis barat dan sama spesis seperti lobak putih biasa. Tumbuhan ini berasal dari China, berdekatan daerah Beijing, dan telah ditanam di timur Asia secara meluas.


Ciri morfologi[sunting | sunting sumber]

Kubis cina adalah tumbuhan dwimusim yang ditanam sebagai semusim, membentuk satu kepala padat, silinder, dan besar. Ia berakar serabut dan daun jejala. Daunnya adalah bahagian yang dibuat makan sama ada dimasak ataupun dimakan sebagai ulam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kubis cina telah ditanam di China lebih dari 6,000 tahun dan telah menjadi makanan biasa di selatan China pada kurun ke-5 M. Biji benihnya telah dijumpai dalam balang digali di penempatan zaman Neolitik di Banpo, sebahagian daripada budaya Yangshao di China (5000-4000 SM). Semasa pemerintahan dinasti Ming, ahli perubatan dan farmasi Li Shizhen (1518-93), penulis 'Compendium of Materia Medica', mengkaji nilai perubatan kubis cina dan telah menggunakan ia dengan bayam untuk mengubati ulser. Secara sejarahnyaa, kubis cina mula diperkenalkan ke Korea sebagai sejenis sayur jeruk masin atau lebih dikenali sebagai kimchi pada kurun ke-7 M. Kimchi mula mendapat perhatian pengulas makanan semasa wabak SARS di China pada 2003 kerana sifat pengelak jangkitan yang tinggi terkandung dalamnya. [perlu rujukan]

Varieti[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua kumpulan jelas Brassica rapa, dan kepelbagai jenis dalam kedua jenis ini. Nama binomal B. campestris turut digunakan. Kumpulan Pekinensis adalah lebih biasa didapati antara keduanya, terutama diluar Asia; nama seperti da baicai (lit. "sayur putih besar"); petsay/pechay (bahasa Tagalog); Kubis Putih Cina; nappa, or napa, cabbage; dan hakusai (bahasa Jepun) biasanya merujuk kepada kumpulan ini. Kubis Pekinensis mempunyai daun hijau lebar dengan (Petiole) putih berbalut kemas dalam bentuk batang, tetapi tidak semestinya membentuk pucuk padat. Sebagaimana nama jenis ini tunjukkan, ia popular di China Utara sekitar Beijing (Peking).

Jenis Chinensis pada asalnya dikelaskan sebagai spesies tersendiri di bawah nama B. chinensis oleh Linnaeus. Apabila digunakan dalam bahasa Inggeris, nama bok choy biasanya merujuk kepada Chinensis. Lebih kecil, istilah Mandarin xiao baicai ("sayur putih kecil") juga gambaran InggerisChinese chard, Chinese mustard, celery mustard dan spoon cabbage juga digunakan. Jenis Chinensis tidak membentuk kepala; sebaliknya ia memiliki daun hijau gelap, licin, membentuk kelompok menyerupai pokok Mustard atau celery. Jenis Chinensis popular di selatan China dan Asia tenggara.

Jenis Chinensis dagangan termasuk :

菜心; pinyin: càixīn; secara harfiah "jantung sayur"; juga bok choy bayi), boleh merujuk kepada samaada bok choy versi kecil yang lembut atau bunga jantung sebarang kubis China. Ia mungkin merujuk kepada jantung Shanghai bok choy.

上海白菜; pinyin: Shànghǎi báicài; Bahasa Jepun: ちんげん菜, chingensai) merujuk kepada jenis hijau gelap di mana batangnya (varioles) juga hijau. Ia kemungkinannya sayur paling biasa didapati di Shanghai, di mana ia dikenali sebgai qingcai ("sayur hijau").

Tatanama[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Mandarin bai cai (白菜, atau "sayur putih") merujuk kepada kedua jenis B. rapa. Bagaimanapun, bahasa Inggeris bok choy dan variasinya bok choi dan pak choi di ambil dari bahasa Kantonis (cognate), yang sebaliknya membawa erti jenis kubis khusus, iaitu yang mempunyai dauh hijau dan batang putih. Variati lain yang memasuki bahasa Inggeris seperti you choy, choy sum, napa (from 黃芽白, nama Kantonis bagi 天津白菜 or 肇菜) dan bok choy kecil, dll. Dengan itu istilah Inggerisbok choy (dan sumber Kantonisnya) tidak sama dengan perkataan Mandarin bai cai, sungguhpun huruf China adalah sama.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]