Lampropeltis triangulum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ular susu
Lampropeltis triangulum syspila
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Subfilum: Vertebrata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Suborder: Serpentes
Famili: Colubridae
Subfamili: Colubrinae
Genus: Lampropeltis
Spesies: L. triangulum
Nama binomial
Lampropeltis triangulum
(LaCépède, 1788)[1]
Sinonim

Coluber triangulum LaCépède, 1788
Pseudoëlaps Y Berthold, 1843
Ablabes triangulum - Duméril & Bibron, 1854
Lampropeltis triangula - Cope, 1860
Coronella triangulum - Boulenger, 1894
Osceola doliata triangula - Cope, 1900

Lampropeltis triangulum atau ular susu merupakan satu spesies ular raja yang terbahagi kepada 24 subspesies. Setiap subspesies ini memiliki wajah yang amat berbeza-beza, hinggakan sesetengah pihak ada mencadangkan supaya spesies ini dibahagikan kepara beberapa spesies yang berbeza.[1] Ular ini tidak berbahaya kepada manusia.[2][3]

Taburan geografi[sunting | sunting sumber]

Ular susu tertabur dari tenggara Kanada, melalui sebahagian besar benua Amerika Syarikat ke Amerika Tengah, hingga barat Ecuador dan utara Venezuela di utara Amerika Selatan.[1][4]

Keterangan[sunting | sunting sumber]

Ular susu tumbuh mencapai 20 hingga 60 inci (51 hingga 150 cm) panjangnya.[1] Ia mempunyai sisik yang licin dan berkilau, dan corak warna lazimnya merupakan jalur-jaluran yang berselang merah-hitam-kuning atau putih-hitam-merah.[1] Namun demikian, pada sesetengah populasi terdapat tompok-tompok merah sebagai ganti jalur.[1] Sesetengah ular susu amat mirip dengan ular karang yang berbisa dengan jalur-jalurnya yang berwarna merah, kuning dan hitam. Kemimikan ini (iaitu kemimikan Bates) mampu menakutkan pemangsa. Kedua-dua jenis ular dapat dibezakan dengan menghafaz bahawa ular susu berjalur merah berapit hitam, sementara ular karang pula berjalur merah berapit kuning.

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Ular susu lazimnya lebih giat pada waktu malam.

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Ular susu muda lazimnya memakan lintah bulan, cacing dan serangga,[5] sementara yang dewasa pula gemar memakan biawak (terutamanya bengkarung) dan haiwan kecil.[1] Ia juga diketahui memakan burung dan telurnya, katak, ikan dan ular lain.[5]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Ular susu bertelur sekitar 10 biji sekali.[1] Ular ini mengawan dari awal Mei[5] hingga akhir Jun. Pada Jun dan Julai, ular susu betina bertelur di bawah beneath logs, boards, rocks, and rotting vegetation.[5] Telur-telur ini mengeram selama sekitar dua bulan lalu menetas sekitar Ogos atau September.[5] Ular susu lazimnya hidup sekitar 12 tahun.[5]

Subspesies[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]