Lockheed Martin X-35

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
X-35 JSF
X-35.jpg
X-35A JSF melakukan ujian penerbangan di Pangkalan Tentera Udara Edwards, California.
Peranan Pesawat eksperimen
Pengeluar Lockheed Martin Aeronautics
Northrop Grumman
BAE Systems
Penerbangan sulung 2000
Status Dibersarakan (muzium)
Pengguna utama Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA)
Jumlah dibina 2
Kelainan F-35 Lightning II

Lockheed Martin X-35 merupakan sebuah pesawat eksperimen yang dibangunkan oleh Lockheed Martin untuk bersaing dalam Program Pejuang Penyerang Bersama (Bahasa Inggeris:Joint Strike Fighter Program) atau JSF. Ia telah diumumkan sebagai pemenang ke atas pesawat Boeing X-32 dan akan dikeluarkan sebagai F-35 Lightning II.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

JSF dibangunkan berdasarkan keperluan untuk pesawat pejuang baru bagi mengantikan pesawat-pesawat sedia ada. Kontrak pembangunan JSF telah ditandatangani pada 16 November 1996.

Kontrak untuk Sistem Pembangunan dan Demonstrasi telah dianugerahkan pada 26 Oktober 2001 kepada Lockheed Martin, yang mana pesawat X-35 telah berjaya mengalahkan Boeing X-32. Pegawai Jabatan Pertahanan A.S dan Menteri Perolehan Pertahanan UK, William Bach telah menyatakan bahawa keupayaan pesawat X-35 secara konsistennya adalah lebih baik berbanding X-32, meskipun keupayaan kedua-dua pesawat ini sebenarnya melepasi keperluan yang digariskan.

Spesifikasi (X-35)[sunting | sunting sumber]

Beberapa maklumat berdasarkan anggaran.

X-35A sedang diisi minyak di udara oleh KC-135 Stratotanker

Data dari Lockheed Martin[1][pautan putus][2][pautan putus]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 50 kaki 6 in (15.37 m)
  • Rentang sayap: 35 kaki 0 in (10.65 m)
  • Tinggi: 17 kaki 4 in (5.28 m)
  • Sayap luas: 459.6 kaki² (42.7 m²)
  • Berat kosong: 26,000 lb (11,793.40 kg)
  • Berat berisi: 44,400 lb (19,960 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 60,000 lb (27,220 kg)
  • Loji kuasa:Pratt & Whitney F135 turbofan lepas bakar digandingkan dengan Sistem Angkatan Rolls-Royce Lift untuk menghasilkan tujahan angkatan 18,000 lbf (80 kN)
    • Tujahan kering: 28,000 lbf (128 kN)
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 43,000 lbf (191 kN)

Prestasi


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Lockheed-Martin F-35 statistics summary (Zip File)

  2. Lockheed-Martin media kit fact sheets (Zip File)
  3. dengan bahan api dalaman
  4. bahan api dalaman

Pautan luar[sunting | sunting sumber]