Boeing X-32

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Boeing X-32 JSF
Boeing X-32B Patuxent.jpg
Pesawat Boeing X-32B yang dipamekan di Patuxent River Naval Air Museum.
Peranan Pesawat pejuang eksperimen
Pengeluar Boeing
Penerbangan sulung September 2000
Pengguna utama Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA)

Boeing X-32 adalah sebuah pesawat pejuang pelbagai fungsi yang mengambil bahagian dalam pertandingan Joint Strike Fighter. Ia telah dikalahkan oleh pesawat Lockheed Martin X-35 yang mana kemudian dibangunkan menjadi F-35 Lightning II.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1993, the Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) telah melancarkan projek Pesawat Pejuang Ringan Mampu-Milik Bersama. Projek ini bertujuan untuk membangunkan rekabentuk yang meiliki ciri-ciri halimunan bagi mengantikan kesemua pesawat penyerang dan pejuang ringan di bawah Jabatan Pertahanan A.S, termasuk F-16 Fighting Falcon, F/A-18 Hornet, dan pesawat STOVL AV-8B Harrier II.[1] Pada masa yang sama, projek Teknologi Serangan Termaju Bersama juga telah bermulan.[2] Pada 1994, Kongres A.S telah mengarahkan kedua-dua projek ini digabungkan ke dalam Program Joint Strike Fighter.

Banyak syarikat telah mengambil bahagian dalam Fasa 1 projek ini, yang mana melibatkan rekabentuk asas pesawat untuk dihantar kepada Jabatan Pertahanan A.S. Walaubagaimanapun pada 16 November 1996, hanya syarikat Boeing dan Lockheed Martin yang telah dianugerahkan kontrak, dan yang mana setiap syarikat dibenarkan membina dua buah pesawat konsep. Di dalam kontrak ini, pesawat yang akan dibina mesti mendemonstrasikan Pelepasan dan Pendaratan Konvensional (CTOL), pelepasan dan pendaratan di atas kapal pengangkut (versi CV), dan pelepasan landasan pendek dan pendaratan menegak (STOVL). Syarikat-syarikat ini juga dijangka akan memasukan demonstrasi di darat ke atas sistem-sistem yang akan digunakan oleh pesawat, sebagai contoh Konsep Sistem Senjata Diingini.

Satu kelainan yang ketara berbanding projek-projek terdahulu adalah larangan terhadap Boeing dan Lockheed Martin menggunakan dana mereka sendiri untuk membiayai pembangunan projek. Setiap syarikat telah dianugerahkan sebanyak AS$ 750 juta bagi membina dua buah pesawat – ia termasuk sistem avionik, perisian dan pekakasan. Kekangan ini mempromosikan pengenalan teknik-teknik pemasangan dan pembuatan berkos rendah, dan juga mengelakkan syarikat Boeing atau Lockheed Martin daripada memufliskan mereka dalam usaha untuk memenangi pertandingan yang sengit ini.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 50.77 kaki (15.47 m)
  • Rentang sayap: 36 kaki (10.97 m)
  • Tinggi: (5.28 m)
  • Sayap luas: 590 kaki² (54.8 m²)
  • Berat berlepas maksimum: 38,000 lb (17,200 kg)
  • Loji kuasa:Pratt & Whitney F135 turbofan lepas-bakar
    • Tujahan kering: ~26,000 lbf (117 kN)
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 35,000+ lbf (155.7+ kN)

Prestasi

Persenjataan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]