F-35 Lightning II
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| F-35 Lightning II | |
|---|---|
|
|
|
| Peranan | Pejuang Pelbagai Peranan halimunan |
| Pengeluar | Lockheed Martin Aeronautics Northrop Grumman BAE Systems |
| Penerbangan sulung | 15 Disember 2006[1] |
| Mula digunakan | Dijadualkan pada tahun 2011 |
| Status | Dalam pembanguna / pra-pengeluaran |
| Dikeluarkan | 2003-kini |
| Jumlah dibina | 13 buah pesawat ujian;[2] 14 buah pesawat LRIP dipesan. |
| Kos seunit | AS$ 83 juta (flyaway cost in Then-Year dollars)[3] |
| Dibangunkan dari | Lockheed Martin X-35 |
Lockheed Martin F-35 Lightning II adalah sebuah pesawat satu tempat duduk, berenjin tunggal, pelbagai peranan yang mempunyai ciri-ciri halimunan yang boleh melaksanakan pelbagai misi seperti sokongan udara dekat, pengeboman taktikal, dan penguasaan udara. F-35 mempunyai tiga versi yang berbeza; pertama versi berlepas dan mendarat secara konvensional, kedua versi berlepas jarak dekat dan mendarat secara menegak, dan ketiga versi untuk operasi di atas kapal pengangkut pesawat.
F-35 dibangunkan daripada pesawat X-35, merupakan satu produk daripada program Joint Strike Fighter. Pembangunannya dibiayai oleh Amerika Syarikat, dengan United Kingdom dan negara-negara lain menyediakan pembiayaan tambahan.[4] ia telah direka dan dibina oleh pihak industri aeroangkasa yang diketuai oleh firma-firma utama seperti Lockheed Martin, Northrop Grumman dan BAE Systems.[4] Pesawat demonstrasi terbang pada 2000,[5] dengan penerbangan sulung dilakukan pada 15 Disember 2006.[6]
Isi kandungan |
[sunting] Pembangunan
[sunting] Keperluan
Program JSF diadakan untuk mengantikan pelbagai jenis pesawat dengan masa yang sama penurunan kos pembangunan, pengeluaran operasi dapat dijayakan. Ini boleh diatasi dengan membina tiga versi pada pesawat yang sama, dan berkongsi kira-kira 80% persamaan daripada komponen bahagiannya:
- F-35A, versi berlepas dan mendarat konvensional (CTOL).
- F-35B, versi berlepas dilandasan pendek dan pendaratan menegak (STOVL).
- F-35C, versi yang akan beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat.
F-35 telah direka untuk menjadi sebuah pesawat penyerang utama di dunia sehingga tahun. Ia bertujuan menjadikan keupayaan keupayaan udara-ke-udara jarak dekat dan jauh pesawat ini kedua terbaik selepas F/A-22 Raptor.[7] Keperluan spesifik F-35 adalah: keupayaan pertempuran udara-ke-udaranya empat kali lebih cekap berbanding pesawat sebelumnya, lapan kali lebih cekap dalam pertempuran udara-ke-darat, dan tiga kali lebih cekap dalam pengawasan dan menghapuskan pertahanan udara musuh. Keupyaan ini akan dicapai dengan mempunyai jarak operasi yang lebih baik dan saiz lebih kecil logistical footprint berbanding pesawat sebelumnya.[8]
[sunting] Spesifikasi (F-35 Lightning II)
Data dari ringkasan program F-35,[9] Statistik F-35 JSF[10]
Ciri umum
- Anak kapal: 1
- Panjang: 50 kaki 6 in (15.37 m)
- Rentang sayap: 35 kaki 0 in (10.65 m)
- Tinggi: 17 kaki 4 in (5.28 m)
- Sayap luas: 459.6 kaki² (42.7 m²)
- Berat kosong: A; 29,036 lb B; 32,161 lb C; 32,070 lb (13,170 kg A; 14,588 kg B; 14547 kg C;)
- Berat berisi: 44,400 lb (20,100 kg)
- Berat berlepas maksimum: 60,000 lb (27,200 kg)
- Loji kuasa: 1× Pratt & Whitney F135 turbofan lepas pembakaran
- Tujahan kering: 25,000 lbf[10] (111 kN)
- Tujahan dengan pembakar lanjut: 40,000+ lbf[10] (178+ kN)
- Janakuasa kedua: 1× General Electric/Rolls-Royce F136 turbofan lepas pembakaran, >40,000 lbf (178 kN) (dalam pembangunan)
- Kipas angkatan (STOVL): 1× Rolls-Royce Sistem Pengangkat dibekalkan oleh sama ada janakuasa F135 atau F136, 18,000 lbf (80 kN)
- Bahan api dalaman: F-35A: 18,480 lb (8,382 kg); F-35B: 14,003 lb (6,352 kg); F-35C: 20,085 lb (9,110 kg)
Prestasi
- Kelajuan maksimum: Mach 1.6+[10] (1,200 bsj, 1,931 km/j)
- Jarak: A: 1,200 batu nautikai; B: 900 batu nautika; C: 1400 batu nautika[10] (A: 2,200 km; B: 1,667 km; C: 2,593 km) menggunakan bahan api dalaman
- Jejari bertempur: 600 batu nautika (690 batu, 1,110 km)
- Kadar kenaikan: Rahsia (Tidak didedahkan kepada pihak awam)
- Beban sayap: 91.4 lb/kaki² (446 kg/m²)
- Tujahan/berat:
Had g[11]
- F-35A/B/C: 9 g
Persenjataan
- Meriam: 1× 25mm meriam GAU-22/A — dirancang dipasang secara terbina dalam dengan 180 butir peluru bagi versi F-35A dan dipasang pada pod luar dengan 220 butir peluru bagi versi F-35B dan F-35C.[10]
- Titik beban: 6 dengan 15,000 lb (6,800 kg)[10] muatan,
- Peluru berpandu: Dalam: 4 peluru berpandu udara-ke-udara atau 2 peluru berpandu udara-ke-udara dan 2 peluru berpandu udara-ke-permukaan; Luar: 6 peluru berpandu udara-ke-udara atau 4 peluru berpandu udara-ke-permukaan dan 2 peluru berpandu udara-ke-udara.[12]
[sunting] Lihat juga
- Pesawat pejuang generasi ke-5
- Sistem Serangan Udara masa depan
- Tentera Laut British dalam abad ke-21
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
[sunting] Rujukan
- ↑ Penerbangan sulung F-35, TeamJSF.com. Dicapai: 10 Oktober 2007.
- ↑ Jane's All the World's Aircraft. "Lockheed Martin F-35 Lightning II", (versi Online, 21 Januari 2008). Accessed 19 April 2008. (Kurang dari lapan buah telah disiapkan sebelum 1 April, 2008.[1])
- ↑ "Anggaran belanjawan Tahun Kewangan 2009." m/s. 1–1. Tentera Udara Amerika Syarikat. Februari 2008.
- ↑ 4.0 4.1 F-35 Joint Strike Fighter (JSF) Lightning II – Rakan kongsi antarabangsa, GlobalSecurity.org
- ↑ Kenyataan Lockheed Martin
- ↑ "ujian penerbangan F-35 menunjukan kejayaan", ABC News, 16 Disember 2006.
- ↑ Keupayaan F-35, Lockheed Martin.
- ↑ F-35 Joint Strike Fighter (JSF) Lightning II di laman web GlobalSecurity.org.
- ↑ Ringkasan program F-35 (PDF)
- ↑ 10.0 10.1 10.2 10.3 10.4 10.5 10.6 10.7 10.8 F-35 Joint Strike Fighter Media Kit Statistics (ZIP, 98.2 KB)
- ↑ Spesifikasi F-35 Lightning II, di laman web Globalsecurity.org
- ↑ JSF & keperluan ruang udara
[sunting] Pautan luar
- Laman web rasmi JSF
- Official Team JSF industry web site
- F-35 - Royal Air Force
- US Navy Research, Development & Acquisition, F-35 page
- F-35 - Global Security
- F-35 profile and F-35 weapons carriage on Aerospaceweb.org
- F-35 JSF news articles
- TuAF F-35
- F-35B Roll out pictures
- F35 Article - Armed Forces
|
||||||||||||||||||||
|
|||||
|
|||||||||||||||||