Manuel Roxas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Manuel Acuña Roxas
Ph pres roxas.jpg

Presiden Filipina ke-5
Presiden Komanwel ke-3
Presiden Republik Ketiga pertama
Tempoh jawatan
28 Mei 1946 (sebagai Presiden Komanwel, kemudian Presiden Republik) – 15 April 1948
Naib Presiden Elpidio Quirino
Didahului oleh Sergio Osmeña
Diganti oleh Elpidio Quirino

Gabenor Capiz
Tempoh jawatan
1919–1921

Lahir 1 Januari 1892
Capiz (kini Bandar Roxas), Capiz
Meninggal dunia 15 April 1948 (umur 56)
Pangkalan Udara Clark, Pampanga
Persemadian Tanah Perkuburan Utara Manila, Santa Cruz, Manila, Filipina
Parti politik Parti Liberal (1945–1948)
Sekutu politik
yang lain
Parti Nacionalista (sebelum 1945)
Pasangan Trinidad de Leon
Alma mater Universiti Manila
Kolej Undang-Undang Universiti Filipina
Religion Roman Katolik
Tandatangan

Manuel Acuña Roxas (1 Januari 189215 April 1948) ialah presiden pertama Republik Filipina merdeka. Dia berkhidmat sebagai presiden selepas Filipina merdeka pada tahun 1946 sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 1948.

Kerjaya dan Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Roxas dilahirkan pada 1 Januari 1892 di Capiz, Capiz, sebuah bandar yang diberi nama bersempena nama beliau sebagai satu tanda penghormatan kepada Rosario Acuña. Bapa Roxas, Gerardo Roxas, Sr., meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan.

Roxas menuntut pengajian peringkat tinggi di Universiti Manila, dan dalam bidang undang-undang di Universiti Filipina. Kerjaya politiknya bermula sebagai seorang pegawai kehakiman wilayah. Pada tahun 1921, dia dilantik menjadi Ahli Dewan Perwakilan Filipinan dan pada tahun berikutnya dia dilantik pula menjadi speaker.

Selepas Komanwel Filipina ditubuhkan pada tahun 1935, Roxas menjadi Ahli Persidangan Kebangsaan dan berkhidmat (1938-1941) sebagai Setiausaha Kewangan dalam kabinet Presiden Manuel L. Quezon. Selepas pemindaan dibuat kepada Perlembagaan Filipina 1935 akhirnya pada tahun 1941 ia disahkan. Roxas kemudian dipilih (1941) ke Senat Filipina, tetapi gagal menjalankan tugas apabila tercetusnya Perang Dunia II. Beliau kembali berkhidmat pada tahun 1945.

Dia dipilih menjadi pegawai perantara di antara kerajaan Komanwel dan Tentera Amerika Syarikat di Timur Jauh yang diketuai oleh Jeneral Douglas MacArthur. Dia menemani Presiden Quezon ke Corregidor yang mana dia menyelia pemusnahan mata wang Filipina bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan pihak Jepun. Apabila Quezon meninggalkan Corregidor, Roxas berlepas ke Mindanao untuk mengetuai pasukan penentangan di sana. Dia dipilih menjadi pengganti Presiden kerana bimbang akan tertangkapnya Quezon atau Naib Presiden Sergio Osmeña. Roxas ditangkap oleh pasukan tentera Jepun pada tahun 1942. Selepas dipenjarakan buat beberapa ketika, dia dibawa ke Manila untuk menandatangani Perlembagaan yang ditaja Jepun bagi penubuhan Republik Filipina. Dia diberi tanggungjawab terhadap polisi ekonomi di bawah kerajaan pimpinan Jose P. Laurel. Pada masa itu juga beliau berkhidmat sebagai ejen perisikan kepada pasukan gerila Filipina. Pada tahun 1944 dia ditangkap ketika cuba melarikan diri ke kawasan yang dikuasai pihak Bersekutu. Kepulangan tentera Amerika Syarikat ke Filipina menyebabkan dia ditahan dan dituduh menjadi tali barut pihak Jepun. Selepas peperangan tamat, Jeneral Douglas MacArthur membebaskan beliau daripada segala tuduhan dan menjadikan dia pengawai perantara bagi pihak tentera Amerika.

Apabila Kongres Filipina bersidang pada tahun 1945, mereka memilih Roxas sebagai Presiden Senat. Semasa Pilihan Raya Umum tahun 1946, Roxas bertanding sebagai calon bagi Parti Liberal dengan sokongan kuat Jeneral MacArthur. Lawannya ialah Sergio Osmeña, yang enggan menjalankan sebarang kempen atas alasan rakyat Filipina tahu akan reputasinya. Walau bagaimanapun, semasa pilihan raya yang berlangsung pada 23 April 1946 Roxas memenangi 54 peratus daripada jumlah undi, dan Parti Liberal memenangi majoriti dalam badan perundangan. Apabila kemerdekaan Filipina diiktiraf Amerika Syarikat pada 4 Julai 1946, dia menjadi presiden pertama republik baru.

Presiden[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1948, Roxas mengisytiharkan pengampunan buat pihak yang ditangkap kerana bersengkokol dengan tentera Jepun semasa Perang Dunia II, kecuali buat mereka yang terlibat dalam jenayah kejam.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Manuel Roxas (tiga dari kiri), pada 15 April 1948, melihat sebuah pertunjukan udara di Pangkalan Udara Clark. Dia meninggal dunia beberapa jam selepas gambar ini diambil.

Manuel Roxas mengahwini Doña Trinidad de Leon dan mempunyai dua orang anak iaitu Ruby dan Gerardo "Gerry" Roxas, Jr. yang menjadi ahli kongres dan ketua Parti Liberal.

Beliau meninggal dunia pada 5 April 1948 sewaktu berusia 56 tahun, akibat serangan jantung semasa berucap di Pangkalan Udara Clark. Pada hari itu, Presiden Manuel Roxas menghadiri satu majlis di Pangkalan Udara Tetera Amerika di Pampanga. Disana, Roxas telah mengadu sakit kepala dan sesak nafas. Roxas lalu dibawa ke kediaman Mejar Jeneral E.L Eubank dimana Roxas meninggal dunia malam itu juga. Naib Presiden Elpidio Quirino mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina yang baru selepas pengebumian Manuel Roxas di Tanah Perkuburan Utara Manila keesokan harinya.

Dua orang anak cucu Manuel Roxas yang kemudiannya mengikuti jejak langkah bapa dan datuk mereka iaitu; Senator Manuel Mar Araneta Roxas II dan Ahli Kongress Gerardo Dinggoy Roxas, Jr. Dinggoy Roxas, yang menjadi wakil rakyat di Capiz, meninggal dunia pada tahun 1992 akibat kanser.

Kabinet dan Perlantikan Kehakiman 1946-48[sunting | sunting sumber]

Komanwel Filipina menjadi Republik Filipina pada 4 Julai 1946. Semasa tarikh itu, Setiausaha Luar Negara menjadi orang yang pertama dalam susunan kabinet.

JAWATAN NAMA KHIDMAT
Presiden Manuel Roxas 1946–1948
Naib Presiden Elpidio Quirino 1946–1948
Setiausaha Luar Negara Elpidio Quirino 1946–1948
Setiausaha Dalam Negeri Jose Zulueta 1946–1948
Setiausaha Kewangan Miguel Cuaderno 1946–1948
Setiausaha Keadilan Ramon Ozaeta 1946–1948
Setiausaha Pertanian dan Perdagangan Mariano Garchitorena 1946–1948
Setiausaha Kerja Awam dan Komunikasi Ricardo Nepumoceno 1946–1948
Setiausaha Arahan Manuel Gallego 1946–1948
Setiausaha Buruh Pedro Magsalin 1946–1948
Setiausaha Keselamatan Kebangsaan Ruperto Kangleon 1946–1948
Setiausaha Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat Antonio Villarama 1946–1948
Pejabat Audit Besar Sotero Cabahug 1945–1946
Setiausaha Presiden Jose S. Reyes 1945–1946
Pesuruhjaya Residen Carlos P. Romulo 1945–1946

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Zaide, Gregorio F. (1984). Philippine History and Government. National Bookstore Printing Press. 
Didahului oleh
?
Gabenor Capiz
1919–1922
Diikuti oleh:
?
Didahului oleh
Antonio Habana
Wakil Daerah Capiz
1922–1934
Diikuti oleh:
Ramon A. Arnaldo
Didahului oleh
Sergio Osmeña
Speaker Dewan Perwakilan Filipina
1922–1933
Diikuti oleh:
Quintin Paredes
Didahului oleh
-
Delegasi Konvensyen Perlembagaan
1934–1935
Diikuti oleh:
-
Didahului oleh
-
Persidangan Kebangsaan
1935–1938
Diikuti oleh:
?
Didahului oleh
?
Setiausaha Kewangan
1938–1941
Diikuti oleh:
?
Didahului oleh
-
Pegawai Perantara Tentera Amerika Syarikat dan Kerajaan Filipina
1941–1942
Diikuti oleh:
-
Didahului oleh
Jorge Vargas
Setiausaha Eksekutif
1942
Diikuti oleh:
Arturo Rotor
Didahului oleh
?
Pentadbir NARIC
1943–1945
Diikuti oleh:
dibubarkan
Didahului oleh
dipulihkan
Presiden Senat Filipina
1945–1946
Diikuti oleh:
Jose Avelino
Didahului oleh
Sergio Osmena
Presiden Filipina
1946–1948
Diikuti oleh:
Elpidio Quirino
Senarai Presiden Filipina
Cap Presiden Filipina
Aguinaldo | Quezon | Osmeña | Laurel | Roxas | Quirino | Magsaysay | Garcia | Macapagal | Marcos | Aquino | Ramos | Estrada | Arroyo | Aquino