Barbados
Koordinat: 13°10′U 59°33′B / 13.167°U 59.55°B
|
Barbados
|
||||
|---|---|---|---|---|
|
|
||||
| Moto: "Pride and Industry" "Bangga dan Industri" |
||||
| Lagu: In Plenty and In Time of Need | ||||
| Ibu negara dan bandar terbesar |
Bridgetown 13°10′U 59°32′B / 13.167°U 59.533°B |
|||
| Bahasa rasmi | Inggeris | |||
| Demonim | Bajan | |||
| Kerajaan | Demokrasi Berparlimen di bawah pemerintahan Monarki Berpelembagaan Alam Komanwel | |||
| - | Monarki | Elizabeth II | ||
| - | Jeneral-Gabenor | Clifford Husbands | ||
| - | Perdana Menteri | David Thompson | ||
| Kemerdekaan United Kingdom | ||||
| - | Tarikh | 30 November 1966 | ||
| - | Perairan (%) | tidak penting | ||
| Populasi | ||||
| - | Julai 2005 (anggaran) | 279,254 (180) | ||
| GDP (PPP) | 2006 anggaran | |||
| - | Jumlah | $4.9 billion (149) | ||
| - | Per kapita | $17,610 (39) | ||
| HDI (2004) | 0.879 (tinggi / 31) | |||
| Mata wang | Dolar Barbadia ($) (BBD) |
|||
| Zon waktu | (UTC-4) | |||
| Kod panggilan | 1-246 | |||
| Internet TLD | .bb | |||
Barbados adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di persempadan Laut Caribbean dan Lautan Atlantik. Merangkumi satu daripada gugusan pulau-pulau Lesser Antilles, Barbados terletak di bahagian sebelah timur gugusan tersebut.
Barbados masyhur dengan industri pelancongannya dan dikenali sebagai "Little England" atau England Kecil kepulauan Caribbean. Ini adalah kerana pengaruh Britain yang kuat di pulau ini. Pulau Barbados terletak 2585km (1610 batu) tenggara Miami, Florida di Amerika Syarikat and 860km (535 batu) dari Caracas, Venezuela.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
Artikel utama: Sejarah Barbados
[sunting] Politik
Ratu Barbados adalah Ratu Elizabeth II, yang lebih dikenali sebagai Ratu United Kingdom. Beliau adalah ketua negara Barbados dan diwakili oleh seorang Gabenor General. Di Barbados, Ratu Elizabeth dikenali sebagai "By the Grace of God, Queen of Barbados and of Her other Realms and Territories, Head of the Commonwealth." (Dengan Rahmat Tuhan, Ratu Barbados dan segala wilayah dan jajahannya, ketua persatuan Komanwel).
Namun, kuasa eksekutif masih terletak di tangan Perdana Menteri dan kabinetnya. Perdana Menteri lazimnya adalah seorang ketua parti politik yang menang dalam pilihan raya untuk "House of Assembly" atau Dewan Rakyat yang mempunyai 30 buah kerusi. Ahlinya dipilih setiap 5 tahun. Ahli Senat atau Dewan Negara berjumlah 21 orang dan dilantik oleh Gabenor Jeneral. Dari jumlah tersebut, 12 ahli adalah dilantik atas nasihat Perdana Menteri, 2 atas nasihat Ketua Pembangkang dan 7 dipilih oleh Gabenor Jeneral.
[sunting] Kariah
Artikel utama: Kariah di Barbados
Barbados terbahagi kepada 11 kariah atau parishes:
- Christ Church
- Saint Andrew
- Saint George
- Saint James
- Saint John
- Saint Joseph
- Saint Lucy
- Saint Michael
- Saint Peter
- Saint Philip
- Saint Thomas
[sunting] Geografi
Barbados merupakan sebuah pulau yang agak datar yang semakin mencuram di kawasan central highland dengan puncak tertinggi di Gunung Hillaby (336 m). Pulau ini beriklim tropikal , dengan musim hujan di antara bulan Jun dan Oktober. Musim keringnya pula adalah antara bulan Februari dan Mei. Ibunegerinya adalah Bridgetown. Bandar-bandar utama yang lain termasuklah Holetown dan Speightstown.
[sunting] Ekonomi
Sejak dahulu, ekonomi Barbados bergantung pada penanaman tebu dan aktiviti berkaitan, tetapi beberapa tahun yang lalu ia telah menerokai sektor pengeluaran dan pelancongan. Kewangan Persisiran Pantai dan perkhidmatan maklumat merupakan punca tukaran wang asing yang utama, dan juga sektor pengeluaran ringan. Kerajaan sentiasa berusaha untuk mengurangkan kadar pengangguran, menggalakkan pelaburan asing, dan syarikat swasta masih dimilikki oleh syarikat milik kerajaan. Ekonominya telah menguncup pada 2001 disebabkan kelembaban di dalam perbelanjaan pelancungan dan pengguna.
[sunting] Demografi
Lebih 90% rakyat Barbados (dikenali juga sebagai Bajan) adalah berkulit hitam, dan kebanyakkan mereka adalah keturunan hamba abdi yang bekerja di ladang-ladang gula. Penduduk-penduduk yang lain adalah orang Eropah dan Asia. Bahasa rasmi Barbados adalah Inggeris dan kebanyakkan rakyatnya beragama Kristian aliran Protestan (Gereja Anglikan). Namun agama Katolik, Hindu dan Islam juga diamalkan oleh segelintir rakyat Barbados.
[sunting] Budaya
Pengaruh English sangat ketara di Barbados berbanding dengan kepulauan lain di West Indies. Salah satu contoh ialah sukan kebangsaannya: cricket. Barbados telah melahirkan ramai pemain kriket terkenal, termasuklah Garfield Sobers dan Frank Worrell.
Lihat juga:
[sunting] Topik-topik yang lain
- Komunikasi di Barbados
- Transportation in Barbados
- Ketenteraan di Barbados
- Hubungan Luar di Barbados
- Senarai tokoh dari Barbados
- Masjid di Barbados
Kebanyakan bahan dalam artikel-artikel ini adalah dari laman web CIA World Factbook 2000 dan Jabatan Negara AS 2003.
[sunting] Pautan luar
- Totally Barbados Holidays, Tourism and Business Guide
- Barbados Government Information Service - Lelaman rasmi kerajaan Barbados
- Lelaman rasmi Parlimen Barbados
- Barbados Vacation Travel Guide & Business Directory
- Barbados Accommodation, Hotels, Apartments, Villas and Guesthouses. Book Direct and Save
|
|
|||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara-negara berdaulat | Amerika Syarikat • Antigua dan Barbuda • Bahamas • Barbados • Belize • Kanada • Costa Rica • Cuba • Dominica • El Salvador • Grenada • Guatemala • Haiti • Honduras • Jamaica • Mexico • Nicaragua • Panama • Republik Dominika • Saint Kitts dan Nevis • Saint Lucia • Saint Vincent dan Grenadines • Trinidad dan Tobago | ||||||||||||||
| Wilayah tanggungan |
|
||||||||||||||
|
|
||
|---|---|---|
| Mengikut negara | Antigua dan Barbuda · Australia · Bahamas · Bangladesh · Barbados · Belize · Botswana · Brunei · Cameroon · Kanada · Cyprus · Dominika · Fiji · Gambia · Ghana · Grenada · Guyana · India · Jamaica · Kenya · Kiribati · Lesotho · Malawi · Malaysia · Maldives · Malta · Mauritius · Mozambique · Namibia · Nauru · New Zealand · Nigeria · Pakistan · Papua New Guinea · Saint Kitts dan Nevis · Saint Lucia · Saint Vincent dan Grenadines · Samoa · Seychelles · Sierra Leone · Singapura · Kepulauan Solomon · Afrika Selatan · Sri Lanka · Swaziland · Tanzania · Tonga · Trinidad dan Tobago · Tuvalu · Uganda · United Kingdom · Vanuatu · Zambia | |
| Mengikut benua | Asia · Afrika · Amerika, (Amerika Utara & Amerika Selatan), · Eropah · Oceania | |