Mingguan Editor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mingguan Editor merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Malaysia. Akhbar ini memberikan tumpuan sepenuhnya kepada dunia perniagaan dan ekonomi Malaysia dan juga luar negara.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Akhbar ini bersaiz kompak dan menyasarkan pasarannya kepada golongan usahawan, ahli perniagaan dan ahli ekonomi. Slogan akhbar ini ialah "Pencipta Pemikiran Baru". Akhbar ini berharga RM3.50 senaskhah. Ia menyajikan berita-berita semasa berkaitan bisnes dan ekonomi, yang merangkumi hal-ehwal pembiayaan, kewangan, keusahawan, pendidikan, pasaran, pengurusan dana, psikologi keusahawan, belanja mobil dan tips perniagaan. Ia juga menyajikan tentang pengalaman tokoh-tokoh perniagaan dalam dan luar negara yang telah berjaya. Juga terdapat ruangan fokus, cetusan pembaca dan dialog.

Editor akan yang menumpukan perhatian kepada usahawan yang baru dan telah berjaya. Editor mencapai jualan sebanyak 30 naskah setiap kali di pasaran.

Akhbar ini diasaskan oleh Dr Marzuki Ibrahim yang merupakan pakar dalam bidang media dan beliau pernah dan berpegalaman bekerja bersama dengan nama-nama besar dalam dunia persuratkhabaran seperti Adibah Amin,Harun Hassan, A. Jalil Ali, Tan Sri Melan Abdullah, Baharudian Zainal, Kamal Amir Kamal Hijaz, Khalid Jefri dan ramai lagi. Dr Marzuki Ibrahim yang dilahirkan di Kepala Batas, Pulau Pinang, mendapat pendidikan dalam bidang Pengajian Islam dan Master dalam bidang Politik Antarabangsa dan mendapat PhD dalam Mass Media.

Ia diterbitkan oleh Rodatra Media Sdn Bhd yang berpengkalan di No 36-3, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur. Akhbar ini dicetak oleh KLK Press Sdn Bhd yang berpusat di Jalan BK1/12, Taman Perindustrian Kinrara, 47100 Puchong, Selangor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]