Nanyang Siang Pau
| Jenis | Akhbar harian |
|---|---|
| Format | Lebar |
| Pemilik | Nanyang Press |
| Diasaskan | 6 September 1923 |
| Ibu pejabat | Petaling Jaya, Selangor |
| Laman web | http://www.nanyang.com |
Nanyang Siang Pau (Bahasa Cina: 南洋商報; pinyin: Nányáng Shāngbào "Harian Niaga Nanyang") diasaskan oleh usahawan/dermawan Cina terkenal, Tan Kah Kee pada 6 September 1923 di Singapura, kini hanya diterbitkan di Malaysia. Edisi Singapura akhbar ini telah bergabung dengan Sin Chew Jit Poh (Singapura) pada 16 Mac 1983 untuk membentuk akhbar Lianhe Zaobao.
Pada Ogos 1932, akhbar Nanyang diasingkan dari syarikat Tan. Nama syarikat akhbarnya ditukar ke Nanyang Press pada tahun 1975.
Pada tahun 1993, Nanyang Press mengambil alih pengurusan sebuah lagi akhbar harian Cina, iaitu China Press.
Pada 28 Mei 2001, timbulknya kontroversi besar apabila Huaren Holdings, iaitu bahagian pelaburan parti politik MCA, membeli Nanyang Press, sehingga menyebabkan orang ramai memulaukan akhbar tersebut secara beramai-ramai.