Mohd Shakir Shaari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Shakir Shaari
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Shakir Shaari
Tarikh lahir (1986-09-29) 29 September 1986 (umur 37)
Tempat lahir Kota Bharu, Kelantan
Ketinggian 1.72 m (5 ka 8 in)
Posisi permainan Pemain tengah Bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Takzim FC
Nombor 16
Kerjaya remaja
2004- Kelantan (Piala Presiden)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005-2006 MPPJ FC 21 (0)
2006-2009 UPB-MyTeam FC 18 (11)
2010-2013 Kelantan 108 (44)
2014 Johor Darul Takzim FC 29 (0)
Pasukan kebangsaan
2007- Malaysia B-23 18 (1)
2011- Malaysia 11 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 7 Ogos 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 Ogos 2014

Mohd Shakir Shaari (lahir 29 September 1986 di Kota Bharu, Kelantan) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Johor Darul Takzim FC sebagai pemain tengah bertahan dalam Liga Super Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

MPPJ FC[sunting | sunting sumber]

Shakir memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak bersama skuad Piala Presiden Kelantan pada 2004 semasa berumur 18 tahun. Pada 2005, dia menyertai pasukan MPPJ FC untuk semusim dan telah meninggalkan pasukan yang dilanda masalah kewangan itu pada musim berikutnya.

My Team[sunting | sunting sumber]

Seterusnya, dia menandatangani kontrak bersama UPB-MyTeam FC yang beraksi dalam Liga Super Malaysia pada 2006. Pada 2009, kelab itu dikeluarkan dari beraksi di Liga Super Malaysia akibat masalah kewangan.

Kelantan FA[sunting | sunting sumber]

Selepas melihat potensi besarnya sebagai midfielder yang berpotensi, jurulatih Kelantan Peter James Butler membawa Shakir ke skuad kendaliannya. Dia secara rasmi bersama skuad Kelantan FA pada 2010.[1][2] Dia adalah tonggak penting pasukan juara Piala Malaysia 2010, juara Liga Super 2011 dan juara Piala FA 2012.

Johor Darul Takzim[sunting | sunting sumber]

Pada musim 2013, Shakir akan bermain untuk pasukan selatan tanah air Johor Darul Takzim FC dan diberi jersi nombor 16.

Kerjaya Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Shakir menganggotai skuad negara mengalahkan Myanmar 2-0 pada aksi antarabangsa pada 18 Jun 2011. Dia juga dipanggil oleh jurulatih Malaysia Datuk K. Rajagobal untuk perlawanan persahabatan menentang Filipina dan Singapura pada Jun 2012

Piala Suzuki AFF 2012[sunting | sunting sumber]

Shakir juga dipanggil untuk membarisi skuad Piala Suzuki AFF 2012.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Pertandingan Pasukan Catatan
2010 Liga Super Malaysia Kelantan Kelantan FA Naib Juara (Format Liga)
Piala Malaysia Kelantan Kelantan FA Juara
2011 Piala Sumbangsih Kelantan Kelantan FA Juara
Piala FA Kelantan Kelantan FA Naib Juara
Liga Super Malaysia Kelantan Kelantan FA Juara (Format Liga)
2012 Piala Sumbangsih Kelantan Kelantan FA Naib Juara
Piala FA Kelantan Kelantan FA Juara
Liga Super Malaysia Kelantan Kelantan FA Juara (Format Liga)
Piala Malaysia Kelantan Kelantan FA Juara
2013 Piala Sumbangsih Kelantan Kelantan FA Naib Juara
Piala FA Kelantan Kelantan FA Juara
Piala Malaysia Kelantan Kelantan FA Naib Juara
2014 Liga Super Malaysia Johor Johor Darul Ta'zim FC Juara (Format Liga)
Piala Malaysia Johor Johor Darul Ta'zim FC Naib Juara

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Shakir menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 pada 11 November 2012. [3]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Disember 2010, Shakir telah memperisterikan Nurul Fatiha Abd Hamid, bekas atlet gimnastik artistik negara. Mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki selepas dua tahun berkahwin.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 'Adil sikit' Diarkibkan 2011-12-17 di Wayback Machine, Berita Harian Online, 12 Oktober 2011
  2. ^ Shakir paling konsisten Diarkibkan 2013-03-09 di Wayback Machine, Sinar Harian, 1 April 2012
  3. ^ 9 pemain terima pingat sempena hari keputeraan Sultan Kelantan Diarkibkan 2012-11-14 di Wayback Machine, Sinar Harian, 11 November 2012
  4. ^ Shakir Terima ‘Orang Baru’ Diarkibkan 2011-10-18 di Wayback Machine, Kelate.Net 13 September 2011

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]