Momo (makanan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Momo म:म
Sepinggan momo dengan sos cicahan bijan kuning, lada merah dan bawang.
JenisDumpling Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianHidangan pembuka
Tempat asalAsia Selatan
Kawasan/rantauNepal, Tibet, Bhutan, juga Sikkim dan Darjeeling di India
Dicipta olehDiaspora Tibet di Asia Selatan atau saudagar Newar
Bahan utamaDoh tepung gandum dan air; inti daging, sayuran atau keju
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
kcal (29 kJ)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Momo (bahasa Nepal: मम; Newar: ममचा, मम:; skrip Tibet: མོག་མོག་Wylie: mog mog; Cina ringkas: 馍馍Cina tradisional: 饃饃pinyin: mómo[1]) adalah ladu kukus khas Asia Selatan yang dapat ditemukan di Tibet, Nepal, Bhutan serta negeri Sikkim dan Darjeeling di India. Masakan ini kerap dijual di kedai makan mahupun di jalanan.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

"Momo" pinjaman skrip Tibet: མོག་མོག་Wylie: mog mog[3] yang barangkali serapan dialek Cina utara 馍馍 mómo yang bererti roti[4] sendirinya gandaan bererti sebarang makanan berasas tepung.[5] Ia juga boleh datang dari kata Nepal Bhasa मम mome "mengukus".[6]

Penyebaran masakan ini ke Nepal seawal abad ke-14[6] berasal dari Tibet[3] menyebar ke negara-negara tetangga seiring dengan perantauan diaspora orang Tibet bertembung dengan saudagar dalam kalangan masyarakat Newar di lembah Kathmandu diduduki di salah satu perkiraan yang umum.[7].

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Sepiring momo
Seorang wanita sedang membuat momo

Doh yang umumnya terbuat dari campuran tepung gandum dan air sering dipakai sebagai kulit. Terkadang, sedikit ragi atau soda penaik ditambahkan ke dalam doh untuk menggebukan produk akhir. Mononatrium glutamat (MSG) juga ditambahkan untuk menaikkan rasa.

Inti[sunting | sunting sumber]

Secara tradisional, momo diisi dengan daging kisar, namun selama beberapa tahun terakhir, inti telah berubah menjadi lebih kompleks. Saat ini, momo umumnya memiliki inti berupa kombinasi antara daging giling, sayuran, tauhu, keju paneer, keju chhurpi lembek serta kombinasi antara sayuran dan daging.

Doh ini diuli menjadi berbentuk lingkaran kecil dan dipipihkan sebelum diisi inti kemudiannya dibungkus seperti kantung atau dilipat berbentuk bulan sabit. Umumnya daging yang berlemak digunakan kerana menghasilkan dumpling yang memiliki cita rasa lebih. Sedikit minyak biasanya ditambahkan pada daging kisar yang tidak berlemak untuk menjaga inti tetap lembap. Dumpling kemudian dimasak dengan cara dikukus di atas kuah sup (kuah daging/sup tulang atau sayuran) dalam periuk pengukus khusus bernama maktu. Momo juga dapat digoreng setelah dikukus.

Variasi[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua jenis dari momo, yaitu kukus dan goreng. Momo biasanya disajikan dengan kuah catni atau acar[8] tomato. Momo dalam sup terdiri dari momo yang telah dikukus dan disuguhkan dalam sup daging. Momo goreng umumnya disebut sebagai kothey momo. Momo yang dikukus dan disajikan dengan kuah pedas disebut sebagai C-momo. Ada pula beberapa jenis momo khas Tibet, seperti tingmo dan thaipo.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jīn Péng 金鹏 (ed.): Zàngyǔ jiǎnzhì 藏语简志. Mínzú chūbǎnshè 民族出版社, Beijing 1983, p. 31. This is not the same as dumpling.
  2. ^ Seow, Lynelle (15 January 2017). CultureShock! India. Marshall Cavendish International Asia Pte Ltd. m/s. 202–. ISBN 978-981-4771-98-6.
  3. ^ a b Acta Orientalia Academiae Scientiarum Hungaricae. Akadémiai Kiadó. 1955. m/s. 209.
  4. ^ "馍馍的做法_馍馍怎么做_菜谱_美食天下".
  5. ^ https://www.zdic.net/hans/%E9%A6%8D 面制食品 food related to flour
  6. ^ a b "The history of MOMO (The king of fast food-Dumpling)".
  7. ^ Sijapati, Alisha (17 September 2016). "A Juicy Love Affair". Dicapai pada 30 November 2016 – melalui The Kathmandu Post.
  8. ^ Williams, James. "Momos Chutney Recipe". ReciPickr.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-08. Dicapai pada 2016-11-29. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]