Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin (22 tahun)merupakan pendaki Gunung Everest termuda dari Asia Tenggara. Beliau bersama temannya Ahmad Reduan Rozali(22 tahun) berjaya mendaki Gunung Everest setinggi 8848 meter dari aras laut.

Mereka tiba di puncak Gunung Everest pada 10.50 pagi waktu Malaysia, Ahad. Mereka berdua adalah mahasiswa UITM. Mereka akan turun semula dan tiba di base camp pada 23 Mei 2004.

Kejayaan dua mahasiswa ini disahkan oleh Naib Canselor UiTM Datuk Seri Prof Ibrahim Abu Shah di Shah Alam, Selangor.Ekspedisi Demi Negara Ke Everest 2004 diiringi oleh ketua ekspedisi /jurulatih pendakian Mohd Fauzan Hassan.

Ahmad Reduan, merupakan pelajar kursus Diploma Sains Gunaan manakala Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin , 22, pelajar kursus Diploma Kesihatan dan Kecergasan di UiTM.

Jurulatih Mohd Fauzan telah membawa mereka berlatih mendaki di Wanaka, New Zealand dari 30 Julai hingga 20 Ogos 2003.

Sebaik tiba di Malaysia mereka akan disambut secara besar-besaran bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi . Tun Dr Mahathir Mohamad mahu mereka membuat cabaran ke Kutub Selatan pula selepas ini.

Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dilahirkan di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.

Detik-Detik Kejayaan Menawan Everest 2004[sunting | sunting sumber]

Ekspedisi ini dinamakan sebagai "Pasukan Malaysia" (UiTM) Pendakian Everest 2004. Pada 19 Mac 2004 meninggalkan Lukla. Barang -barang pendakian Muqharabbin dan Ahmad Reduan dibawa oleh Nga Temba , Lhakpa Nuru , Pasang Rinji , Ang Phuri Geljen dan Doma Chhiri .

Pada 13 April 2004 mereka sampai di Kathmandu dan akan mendaki dari sebelah selatan Everest dan telah mendapat permit mendaki Gunung Everest.Pada 14 April 2004 bersiapsedia di base camp I dan II.Pada 27 April 2004 Muqharabin dan Ahmad Reduan sampai di base camp (Kalla Pattar). 15 Mei 2004 sampai di summit selatan jam 8.00 waktu Nepal.Dijangka sampai di puncak Everest 2 jam lagi.

Pada 16 Mei 2004 jam 8.45 am waktu Nepal dua mahasiswa UITM berjaya menjejakkan kaki ke puncak Everest (8848 m) bersama 3 Sherpa . Mereka ialah

  1. Muhamad Muqharabbin Bin Mokhtarrudin (22 tahun), mahasiswa UiTM , Kuala Lumpur, Malaysia.
  2. Ahmed Reduan Rozali (22 tahun, mahasiswa UiTM, Kuala Lumpur, Malaysia.
  3. Nga Temba Sherpa, (48 tahun), Juving - 9, Solukhumbu, Nepal. (10 X ke puncak Everest)
  4. Pasang Ringee Sherpa (27 tahun), Juving - 1, Solukhumbu, Nepal. (4 X ke puncak Everest)
  5. Doma Chhiri Sherpa (21 tahun), Juving - 9, Solukhumbu, Nepal. (1 X ke puncak Everest) .

20 Mei 2004 Ekspedisi Everest Malaysia bersama 19 rakyat Malaysia , turut disertai Dato Dato Khalid Yunus (bekas Menteri dan penasihat Ekspedisi). Mereka bergerak ke Everest Base Camp pada 29 April 2004 dari Kathmandu, Nepal .Kemudian bergerak ke Pheriche ,tiba di Kathmandu pada 24 Mei 2004.Pada 31 Mei 2004 kembali ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Ekspedisi Ekstrem Tujuh Benua[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Mei 2007 Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin akan berbasikal mengelilingi dunia dalam Ekspedisi Ekstrem Tujuh Benua (EE7B) melibatkan 22 negara .

Ekspedisi Ekstrem Tujuh Benua mengambil masa dua tahun enam bulan ibermula 23 Mei 2007 hingga 30 Ogos 2009, meliputi empat fasa.

Fasa pertama membabitkan ekspedisi berbasikal merentasi 22 negara, diikuti mendaki lima puncak tertinggi dunia, berenang merentasi Selat Inggeris dan terakhir penjelajahan ke Kutub Utara dan Kutub Selatan. Latihan intensif di Majlis Sukan Negara bermula Februari 2007 sehingga 20 Mei 2007.

Idola Terry Fox[sunting | sunting sumber]

Muqharabbin, 25, pelajar Tahun Kedua Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) .

Muqharabbin mendapat idea dari kejayaan idolanya, mendiang Terry Fox.Pelari Kanada yang kudung sebelah kaki akibat barah tulang itu, masih mampu membuat larian bagi mengutip dana untuk pesakit kanser.Walaupun dia mati, yayasan mendiang berkembang .

Muqharabbin mahu mengutip dana bagi membina yayasan sukan bagi membantu melahirkan atlit muda berwibawa.

Kos ekspedisi[sunting | sunting sumber]

Ekspedisi yang membabitkan kos RM2.4 juta, dianjurkan bersama UiTM dan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersetuju menjadi Penaung Kehormat ekspedisi itu dan akan melancarkannya pada 19 Mei 2007 di Dewan Seri Budiman, UiTM.

Ekspedisi berbasikal dijangka mengambil masa 500 hari dan dalam tempoh itu beliau juga akan melakukan lima pendakian di Gunung Vinson Massif, Antartika; Aconcagua di Argentina; Kilimanjaro di Afrika; Elbrus di Russia dan Mc Kindley di Amerika Syarikat.

Misi berenang di Selat Inggeris pula dijangka bermula Ogos 2008 bersama pasangan adik beradik perenang marathon, Salman Ali dan Zahra Masoumah Abdul Halim, manakala cabaran penjelajahan ke Kutub Selatan dan Kutub Utara dijadual pada November 2008 dan April 2009.

Beliau akan membawa mesej keamanan dan menceritakan pengalamannya menawan Gunung Everest pada Mei 2004 dan Gunung Kosciousko, Australasia pada Julai 2005. Beliau menjadi duta kecil keamanan bagi menyampaikan ceramah di lima Universiti terpilih setiap negara dan menceritakan keindahan serta keharmonian di Malaysia. Beliau akan berkongsi pengalaman saya mendaki Everest dengan pelajar di luar negara sambil berusaha mengumpul dana yayasan sukan.

Kini beliau membuat latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) termasuk berbasikal bersama atlit junior Malaysia.Latihan berbasikal tiga kali seminggu bersama atlit junior bermula jam tujuh pagi sehingga Hulu Langat dan berpatah balik ke Bukit Jalil .

Syarikat yang ingin menghulurkan bantuan boleh menhubungi Pengarah Projek, Mejar (B) Mokhtarrudin Ismail (013 9772266) atau Pengerusi Biro Penajaan, Asrul Abu Seman (019 2545481). Bantuan dari segi kewangan, alatan telekomunikasi, makanan dan pakaian amat diperlukan.

Khatam Al-Quran[sunting | sunting sumber]

Semasa ekspedisi berbasikal beliau telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran 30 juzuk penuh dan singgah di 1,500 Masjid dalam fasa pertama ekspedisi merentasi 22 negara. Dua muka surat Al-Quran dibaca di setiap Masjid dan menyampaikan ceramah di universiti berhampiran. Al-Quran dibawa dalam bentuk digital dan disimpan di dalam pembantu digital peribadi (PDA). Ini lebih mudah kerana PDA bersaiz kecil serta bagi menjaga kehormatan Al-Quran itu berbanding jika kitab Al-Quran sebenar dibawa barangkali diletakkan di merata tempat yang tidak sepatutnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]