Muhammad Sayyid Tantawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi ((Bahasa Arab: محمد سيد طنطاوى‎), lahir 28 Oktober 1928 - 10 Mac 2010) adalah Imam Besar Masjid al-Azhar serta Sheikh Universiti al-Azhar. Beliau sering dikatakan sebagai pemimpin rohani kepada lebih sebilion orang penganut Islam Sunah.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

1944 belajar di Institut Agama Iskandariah, Mesir. 1968 menjadi pensyarah di fakulti Ausol aideen. 1972 bertugas di Fakulti Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Islam Libya. 1980 pindah ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. 1985 kembali ke Mesir dan menjadi dekan Ausol Aideen di Institut Agama Iskandariah.

Mufti Besar[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Oktober 1986, Tantawi dilantik menjadi Mufti Besar Mesir pada usia 58 tahun. Beliau menjadi mufti besar selama 10 tahun, sehingga 1996. Kemudian menjadi Imam besar Masjid al-Azhar. Kemudian menjadi Syeikh besar Universiti al-Azhar Mesir selepas dilantik Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 27 Mac 1996. Al Azhar adalah institusi penting aliran Sunni Muslim.

Karya[sunting | sunting sumber]

Tantawi menyiapkan 7000 halaman tafsiran al-Quran (Al-quran al-waset) dalam masa 10 tahun. Beliau juga menulis buku Bano Israel (Bani Israel) dan Muamlat Al-bank (Urusan Bank).

Pada 2004, beliau mengetuai solat jenazah ketika pemakaman Yasser Arafat. Beliau menganggap Yasser Arafat sebagai pemnbela Palestin yang berani dan jujur.[2]

Pandangan dan fatwa[sunting | sunting sumber]

  • Ketika timbul larangan jilbab di Perancis, fatwa beliau ialah gadis dibenarkan melepaskan jilbab ketika pergi ke sekolah atas prinsip kemungkaran yang lebih kecil.[3]
  • Perempuan yang hamil akibat doperkosa dibenarkan menggugurkan kandungan sebelum 120 hari. Mufti Ali Gomaa membantah fawa Tantawi itu. Hanya sebelum 120 hari dibenarkan kandungan digugurkan.
  • 1997, Tantawi menentang amalan bayi wanita disunat.[4]
  • Tantawi mengutuk bom bunuh diri terhadap Israel.[1] Sebaliknya Yusuf al-Qaradawi membenarkan serangan bunuh diri terhadap Israel. Ektremisme adalah musuh Islam tetapi Jihad dibenarkan untuk membela tanah dan membantu yang tertindas. Jihad dan ektremisme amat berbeza, bagai bumi dengan langit.
  • Tantawi menentang wanita menjadi imam Solat Jumaat.[5]
  • Tantawi melarang wanita mngambil sperma daripada suami mati.[6]
  • Tantawi menyatakan seruan jihad Osama bin Laden tidak sah dan tidak wajib dipatuhi. Membunuh orang awam tak berdosa amat tidak wajar.[7]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Mac 2010, Muhammad Tantawi meninggal dunia di Riyadh, Arab Saudi selepas mengalami serangan sakit jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid. Beliau meninggal dunia pada usia 81 tahun.[8][9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]