Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional
Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei
Ketua Anton Drexler (1920–1921)
Adolf Hitler (1921–1945)
Martin Bormann (1945)
Pengasas Anton Drexler
Slogan "Ein Volk, ein Reich, ein Führer" (tidak rasmi)
Diasaskan 1920 (1920)
Dibubarkan 1945 (1945)
Didahului Parti Buruh Jerman (DAP)
Diikuti Tiada (diharamkan)
Ideologi diteruskan oleh neo-Nazisme
Ibu pejabat Munich, Jerman
Akhbar Völkischer Beobachter
Sayap pelajar Kumpulan Pelajar Sosialis Nasional Jerman (NSDStB)
Sayap belia

Belia Hitler (HJ)

Sayap tentera Sturmabteilung (SA)
Schutzstaffel (SS)
Pertubuhan sukan Nationalsozialistischer Reichsbund für Leibesübungen (NSRL)
Pertubuhan wanita Kumpulan Wanita Sosialis Nasional (NSF)
Keahlian
  • Kurang daripada 60 (1920)
  • 8.5 juta (1945)
Ideologi Sosialisme Nasional (Nazisme)
Fasisme
Nasionalisme Jerman
Antisemitisme
Nasionalisme kulit putih
Kedudukan politik Berhaluan kanan[1][2]
Warna rasmi Hitam, putih, merah (Bendera empayar Jerman); coklat

Politik Jerman
Parti politik
Pilihan raya

Lambang Swastika tentera Nazi.

Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional atau National Socialist German Workers' Party (Bahasa Jerman: , atau NSDAP, sering dipanggil Parti Nazi), merupakan sebuah parti politik di Jerman antara tahun 1920 hingga 1945. Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti Buruh Jerman atau "The German Workers' Party" (DAP), yang wujud dari tahun 1919 hingga 1920. Istilah Nazi ialah bahasa Jerman, singkatan dari perkataan Nationalsozialist. Namun atas desakan Hitler untuk memasukkan unsur sosialisme nasional nama parti itu ditukar kepada "Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional" (dalam bahasa Jerman "Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei" atau NSDAP) atau nama popularnya Nazi.

Parti ini diketuai oleh Adolf Hitler dan merupakan parti kerajaan utama sewaktu beliau memerintah negara Jerman. Lambang rasmi Parti Nazi ini adalah Swastika yang berlatarbelakangkan warna merah.

NSDAP Gaue 1926,1928,1933 & 1937

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Adolf Hitler telah menjadi Pengerusi Parti Nazi pada 29 Julai 1921 dan terus memulakan program untuk menjadikan parti ini sebagai sebuah organisasi pemberontak yang radikal. Pada tahun yang sama, beliau telah menubuhkan "Storm Troopers" (atau dalam Jerman Sturmabteilung). Pasukan ini pada mulanya merupakan pasukan penjaga peribadi bagi Hitler, tetapi kemudiannya diperalatkan untuk mengembangkan pengaruh parti Nazi melalui intimidasi, ketakutan dan serangan ganas terhadap parti politik yang lain.

Pada awal penubuhannya, gerakan parti ini terbatas di Munich iaitu ibu negeri Bavaria. Pada 1923, parti ini diharamkan setelah ahlinya gagal dalam percubaan untuk menjatuhkan kerajaan Bavaria di dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai "Beer Hall Putsch". Pemberontakan selama dua hari ini telah ditumpaskan oleh pihak berkuasa Munich dan beberapa ahli Nazi telah terbunuh. Hitler dan para penasihatnya telah disabitkan dengan kesalahan dan dipenjarakan atas tuduhan khianat. Parti Nazi kemudiannya berkubur selama dua tahun iaitu antara 1923 hingga 1925.Hitler telah dipenjarakan di penjara Landsberg di mana dia menggunakan masanya untuk menulis bukunya yang bertajuk Mein Kampf (yang bermaksud perjuanganku), yang menceritakan bagaimana beliau akan kembali semula ke arena politik selepas beliau dibebaskan dari penjara.

Kebangkitan Parti Nazi[sunting | sunting sumber]

Hitler dilepaskan daripada penjara selepas 8 bulan dalam tahanan. Pada waktu ini beliau berikrar untuk mendapat kuasa melalui cara yang demokratik dan bukannya dengan keganasan. Beliau mula sedar bahawa tiada jalan pintas dalam mencapai kejayaan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]