Antisemitisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Antisemitisme (juga dieja anti-Semitisme, anti semetik, anti semitik) merupakan suatu sikap permusuhan atau prasangka terhadap kaum Yahudi dalam bentuk-bentuk penganiayaan/penyeksaan terhadap agama, etnik, mahupun kelompok ras, mulai daripada kebencian terhadap individu sehingga lembaga. Ia termasuklah anti Yahudi, anti Israel dan anti Zionis. Dari segi sejarah, orang Arab juga Semetik kerana menggunakan bahasa Semetik purba.

Sesiapa bercakap mengenai soal Yahudi, bangsa mereka, mengenai holocaust atau berkias mengenainya - akan dicap sebagai anti-semitik atau anti-Yahudi.

Fenomena yang paling terkenal akan anti-semitisme adalah ideologi Nazisme dari Adolf Hitler, yang menyebabkan pemusnahan terhadap kaum Yahudi Eropah.


Etimologi[sunting | sunting sumber]

Walaupun etimologi istilah ini mungkin menunjukkan yang antisemitisme dihalakan terhadap semua orang Semitik, istilah ini dicipta pada akhir abad ke-19 di Jerman sebagai nama yang lebih berbunyi saintifik untuk Judenhass ("benci-Yahudi"),[1] dan telah digunakan sedemikian sejak itu.[2][3]

Tokoh anti Semitik[sunting | sunting sumber]

Mana-mana tokoh yang anti kezaliman Israel ke atas Palestin akan dicop / dilabel sebagai anti Semetik. Antaranya :

  1. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad - kerana menyelar peranan George Soros dalam krisis kewangan Asia 1997-1998.Dalam Sidang Kemuncak OIC 2003 ke-10 di PICC, Putrajaya Mahathir menafikan beliau anti Semitik.Yahudi memerintah dunia dengan menggunakan proksi. Mereka menggunakan orang lain untuk berperang dan mengorbankan nyawa bagi pihak mereka.Kaum Yahudi hendaklah berhenti daripada membunuh orang Arab, manakala orang Arab berhenti dari membunuh orang Yahudi. Ekoran kenyataannya itu, Malaysia menerima reaksi negatif daripada Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Australia. Malah Britain memanggil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London. Akhirnya Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003. [4] Diplomat Israel Dr. Moshe Yegar menulis A Visit in Malaysia (1960) dan Malaysia Anti-Semitism Without Jews (2006) yang secara jelas mengkritik dan melabel mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai anti-semitik.
  2. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad - kerana mengecam Yahudi dan Israel dalam persidangan ke-60 PBB pada 22 april 2009 . Ekoran itu 40 perwakilan termasuk delegasi AS, Israel, Perancis dan Kanada keluar dari dewan.[5] Insiden sama yang pernah berlaku pada persidangan serupa lapan tahun lalu di Afrika Selatan (2001).Hari Peringatan Holocaust Israel disambut pada --[6] .Ahmadinejad mendesak Israel 'dihapuskan dari peta dunia' dan menyifatkan negara kejam itu sebagai satu 'dongeng'.Ideologi dan rejim Zionis merupakan pembawa kepada fahaman perkauman'[7].
  3. Datuk Anwar Ibrahim , bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia - kerana menyelar peranan agensi APCO membantu mempromosikan nama dan jenama 1Malaysia.
  4. Faruq Hosni Menteri Kebudayaan Mesir - kerana mahu membakar buku-buku Israel. Akibatnya beliau kalah kepada Irina Bokova bagi merebut jawatan pengerusi Unesco.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Lihat, sebagai contoh:
    • Jerome A. Chanes. Antisemitism: A Reference Handbook, ABC-CLIO, 2004, m/s. 150.
    • Ali Rattansi. Racism: a very short introduction, Oxford University Press, 2007, m/s. 5.
    • Richard L. Rubenstein, John K. Roth. Approaches to Auschwitz: the Holocaust and its legacy, Westminster John Knox Press, 2003, m/s. 30.
    • William M. Johnston. The Austrian mind: an intellectual and social history, 1848-1938, University of California Press, 1983, m/s. 27.
  2. "Antisemitism has never anywhere been concerned with anyone but Jews." Bernard Lewis. "Semites and Antisemites", Islam in History: Ideas, Men and Events in the Middle East, The Library Press, 1973.
  3. Lihat, sebagai contoh:
  4. Dr M kecam media Barat kerana putar belit ucapannya
  5. Iran, Libya kutuk kuasa besar
  6. Ahmadinejad kecam Barat, diplomat EU keluar dewan
  7. Ahmadinejad jadi tumpuan
  8. Bokova ketua baru UNESCO

Pautan luar[sunting | sunting sumber]