Nur Herman Majid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nur Herman Majid
Kelahiran (1969-08-02) 2 Ogos 1969 (umur 54)
Ketinggian1.76 m (5 ka 9 in)[1]

Nur Herman Majid (lahir pada 2 Ogos 1969) merupakan seorang atlit Malaysia yang telah bersara yang pakar di dalam sukan olahraga bagi acara 110 meter lari berpagar. Beliau berjaya melayakkan diri ke kejohanan Sukan Olimpik, Kejohanan Olahraga Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan merupakan juara sebanyak 3 kali di peringakat Sukan SEA. Catatan terbaiknya dalam acara 110 meter lari berpagar ialah 13.73 saat. Rekod tersebut merupakan rekod kebangsaan yang direkodkan pada tahun 1994. Manakala dalam acara 60 meter, beliau berjaya merekodkan catatan masa 8.03 saat pada tahun 1995. Kini, rekod kebangsaan selama 23 tahun dalam acara 110 meter berpagar telah diperbahrui oleh atlit muda, Rayzam Shah Wan Sofian dalam Kejohanan Olahraga Dunia di Jerman pada 28 Mei 2017. Rayzam Shah berjaya mencatatkan catatan masa 13.72 saat.

Rekod dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Kejohanan Venue Pencapaian Acara Rekod
1991 Kejohanan Dunia IAAF 1991 Seville, Sepanyol Ke-24 60 meter 8.33 saat
Kejohanan Olahraga Asia 1991 Kuala Lumpur, Malaysia Juara 110 meter 14.04 saat
Sukan SEA 1991 Manila, Filipina Juara 110 meter [perlu rujukan]
1992 Sukan Olimpik 1992 Barcelona, Sepanyol Ke-34 110 meter 14.34 saat
1993 Sukan SEA 1993 Singapura Juara 110 meter [perlu rujukan]
1994 Sukan Komanwel 1994 Victoria, Kanada 110 meter Tidak layak
Sukan Asia 1994 Hiroshima, Jepun Gangsa 110 meter 13.73 saat
1995 Kejohanan Dunia IAAF 1995 Barcelona, Sepanyol Ke-34 60 meter 8.03 saat
Kejohanan Asia 1995 Jakarta, Indonesia Gangsa 110 meter 13.99 saat
Kejohanan Olahraga Dunia 1995 Gothenburg, Sweden Ke-44 110 meter 14.19 saat
Sukan SEA 1995 Chiang Mai, Thailand Juara 110 meter [perlu rujukan]
1997 Sukan SEA 1997 Jakarta, Indonesia Juara 110 meter [perlu rujukan]
1998 Sukan Komanwel 1998 Kuala Lumpur, Malaysia Ke-11 110 meter 14.13 saat
1999 Suka SEA 1999 Bandar Seri Begawan, Brunei Juara 110 meter [perlu rujukan]
2001 Sukan SEA 2001 Kuala Lumpur, Malaysia Juara 110 meter 14.02 saat

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.