Paella

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Paella
Paella de marisco 01.jpg
Paella makanan laut besar di dalam paellera
Asal
Negara asal Sepanyol
Kawasan Valencia
Maklumat hidangan
Jenis hidangan hidangan utama
Suhu dihidangkan panas
Ramuan utama nasi putih
daging
makanan laut
sayuran
Variasi Valencia
makanan laut
campur
Maklumat lain Masyhur di sepanjang:
Eropah Barat
Amerika Latin
Amerika Utara
Filipina

Paella (Sebutan Sepanyol: [paˈeʎa]) adalah suatu hidangan nasi Valencia yang berasal dalam bentuk modennya pada pertengahan abad ke-19 berhampiran tasik Albufera, sebuah lagun di Valencia, di pantai timur Sepanyol.[1]

Banyak orang bukan Sepanyol melihat paella sebagai hidangan kebangsaan Sepanyol, tetapi kebanyakan orang Sepanyol menganggapnya sebagai hidangan rantau Valencia. Orang Valencia pula menganggap paella sebagai salah satu tanda pengenalan mereka.

Ada tiga jenis paella yang diketahui secara luas: paella Valencia (Bahasa Sepanyol: paella valenciana), paella makanan laut (Bahasa Sepanyol: paella de marisco) dan paella campur (Bahasa Sepanyol: paella mixta), tetapi ada banyak yang lain juga. Paella Valencia terdiri dari nasi putih, sayuran hijau, daging (arnab, ayam, itik), siput darat, kacang dan perasa. Paella makanan laut menggantikan daging dan siput dengan makanan laut dan tidak memasukkan kacang dan sayuran hijau. Paella campur merupakan campuran bebas daging, makanan laut, sayur-sayuran dan kadang-kadang kacang.

Kebanyakan tukang masak paella menggunakan nasi calasparra[2][3] atau bomba[3] untuk hidangan ini. Ramuan penting lain termasuklah kunyit dan minyak zaitun.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Paella merupakan perkataan Catalan yang berasal daripada perkataan Perancis Lama paelle untuk kuali leper[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Culture of Valencian Community