Penyembelihan Sabra dan Shatila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penyembelihan Sabra dan (Shatila/Chatila) berlaku pada September 1982, di Beirut, Lubnan, dalam kawasan di bawah kawalan Israeli, oleh Nasarani Lubnan. Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyifatkannya sebagai "penghapusan kaum (genocide)" -- satu istilah yang mempunyai kesan perhakiman antarabangsa. Kebanyakan perdebatan bertumpu kepada tanggungjawab Israel.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Pada ketika itu, Lubnan berada dalam keadaan perang saudara membabitkan siri pakatan yang rumit. Antaranya adalah pakatan antara Israel dan Nasarani Lubnan, diketuai oleh parti Phalangist dan kumpulan bersenjata. Mereka sedang bertikaian dengan pihak Muslim, termasuk Palestin yang diwakili oleh Organisasi Pembebasan Palestine "Palestine Liberation Organization (PLO). Penyembelihan antara kaum etnik berbeza adalah perkara biasa ketika perang saudara tersebut, yang menyaksikan hampir seramai 100,000 mangsa antara 1975 dan 1990, tetapi Israel mendakwa bahawa pengalamannya bekerjasama dengan Phalangist sebelum penyembelihan tersebut tidak menunjukkan sebarang kecenderungan di kalangan mereka mengenai keganasan terhadap orang awam. Pemimpin Phalangist pada masa itu, Bachir Gemayel, amat popular di kalangan Maronites, sebenarnya terkenal kerana kejam dan telah pernah membunuh bakal saingannya. Dia dilantik sebagai Presiden Lubnan pada 23 Ogos. Pihak Israel telah melatih, membekalkan senjata, bekalan, dan juga pakaian seragam kepada pasukan Phalangist semenjak 1976.

Pihak PLO telah menggunakan Lubnan sebagai tapak melancarkan serangan terhadap sempadan utara Israel, dan berasaskan alasan tersebut, Israel telah menceroboh selatan Lubnan]] pada 6 Jun 1982. Di bawah perjanjian perletakan senjata ditaja oleh Amerika Syarikat yang ditandatangani pada akhir Ogos, pihak PLO bersetuju untuk meninggalkan Lubnan dibawah pengawasan antarabangsa dan Israel bersetuju untuk tidak mara ke dalam Beirut dan menjamin keselamatan orang awam Palestin yang tinggal di khemah-khemah. Pada 1 September, pengunduran pejuang PLO telah lengkap dan pada 10 September pasukan antarabangsa (Amerika Syarikat, Perancis, dan Itali) menyelia pengunduran tersebut telah berundur. Bagaimanapun pada 14 September 1982, Bachir Gemayel telah dibunuh, menyebabkan pasukan Phalangist bersumpah untuk membalas dendam. Pembunuh tersebut kemudiannya dipercayai sebagai agen Syria, tetapi Menteri Pertahanan Israeli Ariel Sharon meletakkan tanggungjawab pembunuhan tersebut ke atas penduduk Palestin, yang menambah kemarahan Phalangists yang telah diketahui membenci penduduk Palestin. Kematian Gemayel juga menyebabkan keadaan huru-hara, yang menyebabkan pemimpin Israeli ingin memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menceroboh Beirut Barat. Pihak pengintipan Israeli mendakwa bahawa khemah Sabra dan Shatila untuk pelarian Palestin di Beirut masih mempunyai sehingga 2,000 anggota PLO (yang didakwa tidak berundur, walaupun syarat perjanjian awal di mana PLO perlu meninggalkan Lubnan) dan bersama senjata, dakwaan yang tidak berasas dan dipertikaikan (lihat di bawah).

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Pihak bersenjata Phalangist dan Pasukan Pertahanan Israel "Israel Defense Forces" (IDF) mencapai persetujuan bahawa IDF akan mengawal sempadan kem dan Phalangists akan mengusir keluar ahli PLO dan menyerahkan mereka kepada pasukan Israeli. Arahan Sharon kepada Phalangist menegaskan bahawa IDF akan mengawal semua pasukan di dalam kawasan tersebut. Pada petang 16 September 1982, IDF mengelilingi kem dan pasukan Phalangists menceroboh masuk, di bawah pemerintahan Elie Hobeika. Untuk 36 jam berikutnya, pasukan Phalangists menyembelih kesemua penduduk kem, sementara pasukan IDF memasuki Beirut Barat.

Menjelang tengah hari Rabu, 15 September, pihak IDF telah mengelilingi dan menutup kawasan kem dan meletakkan pos pemerhati pada bumbung di bangunan tinggi berhampiran. Menjelang tengah hari Khamis, pihak Israel mengumumkan bahawa ia mengawal semua kawasan penting di Beirut. Pihak IDF bermesyuarat sepanjang hari dengan pemimpin Phalangist, termasuk Elie Hobeika, untuk membincangkan kemasukan mereka ke dalam kem. Pada pukul 4 petang, 1500 orang bersenjata berkumpul dan mula bergerak ke arah kawasan kem, dan unit pertama 150 orang memasuki kawasan kem pada waktu maghrib, bersenjatakan senapang, pisau dan perang "hatchet". Dari awal malam sehingga lewat tengah malam, pada kedua-dua malam, pihak IDF menembak flare penerang di atas kawasan kem. Seawal pukul 8 malam hari Khamis, seorang pegawai Phalangist melaporkan pembunuhan seramai 300 orang awam kepada pusat kawalan Israeli. Pembunuhan ini berterusan sepanjang malam. Sebahagian daripada laporan telah dihantar ke Tel Aviv dan telah dilihat oleh beberapa pegawai kanan IDF.

Sungguhpun begitu, pasukan bantuan Phalangist tiba di kem pada pagi Jumaat. Sepanjang masa tersebut, tentera Israeli secara perseorangan menyaksikan sebahagian daripada penyembelihan tersebut. Pada satu masa soalan melalui radio ditujukan kepada Elie Hobeika menanyakan apa yang hendak dilakukan terhadap wanita dan kanak-kanak telah dipintas oleh pegawai perhubungan Israeli (dia menjawap "Ini merupakan kali terakhir awak tanya saya soalan seperti itu, awak sudah tahu apa yang perlu dilakukan", tentera Phalange di situ ketawa mendengarkannya). Pada waktu lain anggota pasukan kereta kebal melihat beberapa orang, wanita, dan kanak-kanak dibawa ke stadium (kelihatannya untuk ditembak). Sesetengah tentera IDF diletakkan di sekeliling kem mematuhi arahan mereka dan mengusir kembali pelarian yang cuba melarikan diri. Yang lain melaporkan apa yang mereka lihat kepada orang atasan mereka. Anggota Phalangist sering datang meminta makanan, air, dan peluru sepanjang penyembelihan tersebut. Pada pukul 11:30 pagi, Jeneral IDF Yaron memerintahkan Phalanges untuk berhenti mara. Perintah tersebut kelihatannya tidak dipatuhi langsung. Selepas itu pada waktu petang, perbincangan Majlis Pegawai Israeli memutuskan untuk memberikan lanjutan masa kepada pasukan Phalanges sehingga 5 pagi keesokan harinya. Tekanan Amerika yang dicetuskan oleh khabar angin mengenai penyembelihan itu merupakan sebab mendorong kepada keputusan untuk menghentikan pasukan Phalanges. Pasukan IDF juga membekalkan pasukan bersenjata dengan jentolak tambahan.

Orang bersenjata tidak keluar dari kem pada pukul 5 pagi Sabtu seperti diperintahkan; sebaliknya, mereka keluar pada pukul 10 pagi, selepas memaksa mereka yang masih hidup untuk beratur keluar dari kem, membunuh mangsa secara rawak, dan menghantar kebanyakan yang lain ke stadium untuk soal-siasat, yang berlarutan sepanjang hari. Pasukan IDF tidak memasuki kem ketika itu, untuk mengelak pembabitan. Pemberita asing pertama dibenarkan memasuki kem pada 9 pagi dan apabila menjumpai beratus-ratus mayat bergelimpangan merata-rata, kebanyakannya dikelar, memancarkan berita rasmi mengenai penyembelihan tersebut sekitar waktu tengah hari.

Jumlah sebenar mangsa tidak diketahui. International Committee of the Red Cross (ICRC) menganggarkan sejumlah 2,750 mangsa. Jumlah Israeli, berasaskan perisikan IDF, meletakkan jumlah sehingga 700-800, jumlah yang sama dipetik oleh pihak berkuasa Lubnan dan kebanyakan sumber Barat, dan laporan lain menyebut antara 300 sehingga 3,000.

Tuduhan terhadap Israel[sunting | sunting sumber]

Berita penyembelihan tersebut tersebar melalui media seluruh dunia. Berikutan kontroversi itu, pihak Israel membentuk Suruhanjaya Penyiasatan yang diketuai oleh bekas Hakim Agung Kahan. Laporan tersebut termasuk bukti daripada kakitangan tentera Israeli, termasuk juga tokoh politik, dan pegawai Phalange. Dalam laporan ini, diterbitkan pada musim bunga 1983, Suruhanjaya menyatakan bahawa tidak terdapat bukti unit Israeli terbabit dalam penyembelihan secara langsung, tetapi ia adalah sepenuhnya dilakukan oleh Elie Hobeika dan orang-orangnya. Bagaimanapun, Suruhanjaya Kahan merakamkan bahawa kakitangan tentera Israeli telah menyedari mengenai penyembelihan yang berlaku beberapa kali tanpa melakukan sebarang tindakan serius untuk menghentikannya, dan juga laporan mengenai penyembelihan sedang berlaku dilaporkan kepada menteri kabinet Israeli. Ia mencadangkan bahawa Menteri Pertahanan Israel, Ariel Sharon berhenti atau dipecat dan juga mengutuk serta mencela beberapa pegawai perisikan dan tentera.

Yang lain tidak bersetuju dengan laporan tersebut:

"Pembunuhan beramai-ramai itu bukan merupakan tindakan membalas dendam terhadap pembunuhan Bachir Gemayel yang dilakukan secara spontan tetapi merupakan satu operasi yang telah dirancang terlebih dahulu bertujuan memberi kesan terhadap perpindahan beramai-ramai rakyat Palestin daripada Beirut serta bahagian-bahagian lain di Lubnan. Penglibatan Israel dalam pembunuhan terhadap rakyat Palestin telah mewujudkan satu corak perjuangan politik yang mengusutkan melalui tindakan keganasan massa terhadap orang awam, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua." [1]

Beberapa pihak seperti Noam Chomsky dan Robert Fisk telah mendakwa bahawa pihak Israeli memang menyedari akan kejadian pembunuhan beramai-ramai itu. Selain itu, mereka mempertikaikan bahawa terdapatnya anggota PLO di dalam kem-kem berkenaan, seperti dakwaan (1) laporan Suruhanjaya Kahan bahawa IDF telah menghantar 150 Phalangist untuk menentang 2,000 anggota PLO (satu ciri taktik ketenteraan yang lemah) dan (2) pihak Phalangist cuma kehilangan dua nyawa, sesuatu yang mustahil dalam pertempuran yang berlanjutan selama 36 jam yang melibatkan 2,000 pejuang yang cukup berpengalaman [FT]. Beberapa pihak membantah analisis yang dilakukan oleh Chomsky dan menganggapnya sebagai sesuatu yang subjektif berdasarkan pandangan politik beliau yang dianggap sebagai radikal.

Bagaimana pun, para pengkritik mempunyai pelbagai bantahan terhadap pandangan berkenaan. Menurut mereka, Israel tidak pernah mendakwa kesemua anggota PLO (berbanding pejuang Fatah) bersenjata atau cuba mengatur pertahanan; dalam kejadian-kejadian sebelumnya, pihak Phalangist telah dipanggil untuk menyaring anggota PLO daripada kumpulan Lubnan yang lain. Phalangist menunjukkan sikap yang baik dalam kes-kes seumpama ini. Tambahan pula, Israel menyatakan bahawa Panglima Medan Phalangist, Elie Hobeika, pada ketika itu telah mempunyai hubungan dengan Syria (beliau secara terbuka berpaling tadah seketika kemudian). Ini menunjukkan bahawa beliau mungkin telah merencanakan penyembelihan itu sebagai provokasi politik terhadap sekutu Israeli beliau (satu tindakan yang tidak asing bagi dirinya). Akhirnya, Israel menekankan bahawa tentera Israeli tidak pernah menerima sebarang perintah (dalam kejadian ini atau yang lainnya) yang boleh menyebabkan kematian di pihak orang awam yang tidak bersenjata.

Namun begitu, Israel telah memberikan perakuan secara bertulis bahawa ia akan melindungi orang awam Palestine, kerana itu telah menjadi tanggungjawabnya di bawah undang-undang antarabangsa sebagai kuasa penakluk.

Berikutan dengan pilihan raya Sharon 2001 untuk jawatan Perdana Menteri Israel, satu saman telah dikemukakan di Belgium berkenaan peranannya dalam peristiwa penyembelihan Sabra dan Shatila. Mahkamah Agung Belgium memutuskan pada 12 February, 2003, bahawa Sharon (dan yang lain, antaranya adalah Yaron) boleh disabitkan di bawah tuduhan ini. Pengkritik saman ini menuduh bahawa ia di lakukan untuk tujuan politik. Israel bertindak balas dengan bising "furor" terhadap keputusan ini dan mempersoalkan hak mahkamah Belgium untum membicarakan kes ini, walaupun rakyat Israel yang membawa kes (tidak berkenaan) pada mahkamahyang sama terhadapPalestin. Ramai yang mendapati mamlumat dalam saman itu memeranjatkan "disturbing". Sebahagiannya berasaskan pada maklumat Suruhanjaya Kahan (Kahan commission) yang tidak pernah dibebaskan kepada umum (bahagian lapuran yang disita) tetapi diberikan kepada pendakwa Belgian oleh sumber Israel.

Perincian kes Belgian boleh di dapati di http://www.indictsharon.net (laman web tidak rasmi aktivist).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • [FT] Fateful Triangle, Noam Chomsky (ISBN 1-57731-152-3)
  • "The Sabra and Shatila massacres: eye-witness reports" Leila Shahid, with an introduction by Linda Butler, in Journal of Palestine Studies XXXII, no. 1 (Autumn 2002)
  • "Pity the nation: The Abduction of Lebanon", Robert Fisk (ISBN 1-57731-195-7)