Perang Candu
| Perang Candu | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pertarungan di Guangzhou (Canton) semasa Perang Candu Kedua |
|||||||||
|
|||||||||
| Pihak bersengketa | |||||||||
|
|||||||||
| Komander | |||||||||
| Kekuatan | |||||||||
| ~40,000 tentera, Amerika: 287 tentera, 3 Kapal Perangs |
~110,000 tentera | ||||||||
| Korban dan kehilangan | |||||||||
| lebih daripada 2,800 mati semasa beraksi atau hilang semasa beraksi | 47,790 mati semasa beraksi atau hilang semasa beraksi | ||||||||
|
|||||
Perang Candu, juga dikenali sebagai Perang Anglo-China, yang merupakan kemuncak pertelingkahan perdagangan dan diplomatik yang tercetus diantara Dinasti Qing dibawah China dengan Empayar British selepas China mencari jalan untuk menghalang British daripada penyeludupan candu. Peperangan ini merupakan sebahagian daripada Perang Candu Pertama dari 1839 sehingga 1842[1] dan Perang Candu Kedua dari 1856 sehingga 1860[2].
Candu, adalah sesuatu yang tidak diharamkan bagi negara United Kingdom, di mana ianya diseludup oleh saudagar pedagang dari India British ke dalam China dengan mengingkari undang-undang larangan China. Penyelesaian secara diplomatik mungkin dapat menyelesaikan masalah ini tetapi masalah dalam komunikasi dan pengasingan yang diamalkan oleh China menyebabkan usaha perbincangan tidak dapat dilakukan. Peperangan secara terbuka antara Britain dan China tercetus pada 1839. Peperangan yang tercetus menyebabkan kontroversi di Britain dan mendapat kritikan yang hebat daripada William Gladstone. Perbalahan yang berlanjutan keatas layanan yang diberikan keatas pedagang British di pelabuhan China menyebabkan berlakunya Perang Candu Kedua.
China yang kalah pada kedua-dua peperangan menyebabkan kerajaan China terpaksa membenarkan candu diperdagangkan . Pihak Britain telah memaksa kerajaan China supaya menanda tangani Perjanjian Nanjing dan Perjanjian Tianjin, juga dikenali sebagai Perjanjian Berat Sebelah, antara perjanjian ini ialah persediaan untuk membuka pelabuhan tambahan dengan tiada larangan kepada pedagang asing, penetapan tariff tetap, diakui oleh kedua-dua negara sebagai sama dalam surat menyurat. Pihak British juga mendapat hak wilayah yang lebih besar. Terdapat beberapa negara yang mengikuti Britain dan melihat perjanjian yang sama dengna pihak China. Ramai orang China mendapati perjanjian ini satu penghinaan dan sentimen ini telah menyebabkan Perbalahan Taiping (1850-1864), Perbalahan Boxer (1899-1901) dan kejatuhan Dinasti Wing pada 1912 yang menyebabkan berakhirnya Dinasti China. Peperangan Candu telah menyebabkan dan memaksa supaya China lebih terbuka kepada dunia luar[3].
Isi kandungan |
[sunting] Latar Belakang
Perdagangan secara terus antara pihak Eropah dan China bermula pada kurun ke-16, selepas pihak Portugis berjaya menawan penempatan India di Goa pada pertengahan kurun ke-16, dan Macau pada tahun 1557 di Selatan China. Selepas pihak Sepanyol memperolehi Filipina, pertukaran barangan dagangan antara China dan Barat meningkat dengan mendadak. Kapal layar Manila yang membawa masuk lebih banyak perak terus dari lombong Amerika Selatan ke China dan kemudian melalui jalan darat yang dikenali sebagai Jalan Sutera. Apabila terlalu banyak barang dagangan dibawa masuk, kerajaan Qing cuba untuk mengehadkan kontrak perjanjian dengan negara luar, mengehadkan pertukaran barang di pelabuhan Canton (kini dikenali sebagai Guangzhou). Perdagangan merupakan subjek yang perlu diselidiki dengan teliti oleh pegawai China. Empayar Sepanyol mula menjual candu, bersama-sama dengan barangan keluaran baharu seperti rokok dan jagung, ke China supaya dapat mengelakan defisit ke atas perdagangan yang menyebabkan harga melebihi perak
Disebabkan kekurangan permintaan ke atas barangan dagangan Eropah dari pihak China, dan permintaan yang tinggi terhadap barangan China dari pihak Eropah seperti teh,sutera dan tembikar menyebabkan pihak pedagang Eropah terpaksa membeli barangan keluaran China dengan perak, barangan yang hanya diterima oleh pihak China. Dari pertengahan kurun ke-17 lebih kurang 28 juta kilogram perak telah diterima oleh China, disebabkan oleh kuasa permintaan yang tinggi dari Eropah, bagi membuat pertukaran barangan dengan pihak China[4]. Masalah pihak Britain bertambah lebih rumit apabila mereka mengunakan standard emas dari pertengahan kurun ke-18 dan ini menyebabkan pihak Britain terpaksa membeli perak dari negara-negara Eropah yang lain, menyebabkan beban hutang akibat daripada tambahan kos pertukaran[5].
Pada kurun ke-18, walaupun mendapat protes daripada kerajaan Qing, pihak perdagang British mula mengimport candu dari India. Disebabkan oleh rasa yang kuat dan tarikan semula jadinya, candu merupakan salah satu cara yang berkesan dalam menagani masalah perdagangan yang dihadapi oleh pihak British. Apabila perminataan terhadap candu yang mendapat sambutan yang baik daripada ribuan orang China yang ketagih dengan candu. Pada 1729, Emapayar Yongzheng telah mengharamkan jualan dan rokok yang dibuat daripada candu, dan hanya membenarkan sebahagian kecil bilangan candu diimport ke China bagi tujuan perubatan[6].
[sunting] Lihat Juga
[sunting] Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Perang Candu |
[sunting] Rujukan
- ↑ (World Civilizations: The Global Experience FOURTH EDITION AP* EDITION)
- ↑ Hanes, William Travis; Frank Sanello (2002). Opium Wars: The Addiction of One Empire and the Corruption of Another. pp. 3.
- ↑ The Opium War and the Opening of China
- ↑ Early American Trade
- ↑ Liu, Henry C. K. (September 4, 2008) [1].
- ↑ Chisholm, Hugh (1911). The Encyclopædia Britannica: A Dictionary of Arts, Sciences, Literature and General Information. pp. 130.