Pemberontakan Boxer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemberontakan Boxer
Boxer tianjing.jpg
Angkatan Boxer.
Maklumat am
Tarikh 2 November 1899 - 7 September 1901
Lokasi China
Punca Perjanjian Tidak Adil, ketidakpuasan hati terhadap pemasukan Barat dan Jepun yang berterusan di China terhadap Wangsa Qing yang lemah
Hasil kemenangan pihak berikat
Pihak yang berperang
Perikatan Lapan Negara (disusun menikut sumbangan):

Jepun Empayar Jepun
Rusia Empayar Rusia
United Kingdom Empayar British
Perancis Perancis
Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Empayar Jerman Empayar Jerman
Itali Kerajaan Itali
Flag of Austria-Hungary (1869-1918).svg Austria-Hungary

Persatuan Keharmonian Adil
China Qing Dynasty Flag 1889.svg Wangsa Qing (China)
Komander dan pemimpin
United Kingdom Edward Seymour
Empayar Jerman Alfred Graf von Waldersee
China Qing Dynasty Flag 1889.svg Ci Xi
Kekuatan
mula-mulanya 20,000, jumlah 49,000 50,000-100,000 Boxer
70,000 Tentera Diraja
Kerugian dan kehilangan
2.500 Askar,
526 warga asing/Cina Kristian
semua Boxer,
 ? Tentera Diraja
Orang awam = 18,952+
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Gerakan Boxer (Cina Tradisional: 義和團運動, Cina Ringkas: 义和团运动, pinyin: Yìhétuán Yùndòng, "Gerakan Persatuan Adil dan Harmoni") atau Pemberontakan Boxer ( 義和團之亂 atau 義和團匪亂) ialah satu pemberontakan yang berlangsung di China dari November 1899 hingga 7 September 1901, bertujuan menentang pengaruh asing dalam bidang-bidang perdagangan, politik, agama dan teknologi yang berlaku di China ketika tahun-tahun terakhir pemerintahan Manchu (Dinasti Qing). Gerakan Boxer diasaskan sebagai gerakan petani yang anti-kuasa asing dan anti-imperialisme di China utara. Mereka menyerang orang asing yang membina landasan kereta api dan melanggar hukum feng shui, serta juga orang Kristian yang didapati bertanggungjawab atas dominasi asing di China. Pada Jun 1900, Boxer menceroboh Beijing dan membunuh 230 orang bukan Cina. Berpuluh ribu orang Cina Kristian, tanpa mengira bermazhab Katolik atau Protestan, kebanyakannya dibunuh di wilayah Shandong dan Shanxi sebagai sebahagian intifada ini. Kerajaan pimpinan Maharani Balu Cixi tidak dapat membantu mengawalnya kerana para diplomat, orang awam asing, askar dan sebilangan orang Cina Kristian berundur ke kawasan perwakilan dan bertahan selamar 55 hari sementara satu campuran pelbagai bangsa mengerah 20,000 orang tentera untuk menyelamatkan mereka. Kerajaan China dipaksa membayar gantik rugi kepada para mangsa dan melaksanakan banyak konsesi lain. Pembaharuan seterusnya yang dilaksanakan selepas krisis-krisis 1900 menyediakan asas untuk pengakhiran Wangsa Qing dan penubuhan Republik China moden.

Perspektif[sunting | sunting sumber]

Dalam sejarat Barat tradisional, pemberontak Boxer dikutuk sebagai satu hasil pemikiran tidak bertamadun, tidak rasional dan anti-orang asing di kalangan rakyat jelata. Dalam sejarah timur pula, masih terdapat pertikaian mengenai kepentingan gerakan ini. Sekarang pun, pemberontak Boxer disanjung oleh kerajaan PRC sebagai patriotik dan anti-imperialisme.

Seorang pemberontak Boxer. Sepanduknya dibaca " 欽令 義和團糧臺", iaitu "Atas Arahan Diraja - Komisariat Bekalan Boxer".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]