Perbadanan Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perbadanan Johor (juga digelar Johor Corporation ataupun JCorp) ialah sebuah syarikat kerajaan negeri Johor, yang dahulunya digelar "Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor" (PKENJ). Ditubuhkan pada tahun 1968, ia merupakan sebahagian rancangan aksi afirmatif kerajaan Malaysia untuk menyusun semula masyarakat berbagai kaum dengan membasmikan ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum bumiputera dengan kaum yang bukan bumiputera. Perbadanan-perbadanan kemajuan ekonomi negeri direka untuk mengelakkan tatacara birokratik dan merupakan syarikat pelaburan kerajaan negeri masing-masing.

Lembaga pengarah[sunting | sunting sumber]

Sebagai sebuah agensi negeri, jawatan pengerusi lembaga pengarah JCorp dipegang oleh Menteri Besar, dan dibawahnya terdapat sepuluh orang pengarah yang terdiri daripada:

Sejarah[sunting | sunting sumber]

PKENJ bermula operasinya pada Ogos 1970 dengan perlantikan Menteri Besar YB Tan Sri Hj Othman Bin Mohd Saat sebagai pengerusinya dan YB Tan Sri Dato' Hj Basir Bin Ismail sebagai ketua eksekutif. Pejabat pertamanya berada di Aras 2, Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, dan operasinya bermula dengan cuma dua kakitangan. PKENJ menggantikan namanya kepada "Johor Corporation" pada akhir tahun 1995.

Sebagai sebuah entiti perusahaan awam, JCorp telah memainkan peranan yang besar dalam memeliharakan pertumbuhan ekonomi di negeri Johor, khususnya dibeberapa sektor ekonomi yang berpotensi tinggi, termasuknya perusahaan pertanian, pemajuan perindustrian, pemajuan hartanah dan sebagainya. JCorp juga memajukan Pasir Gudang sebagai sebuah bandar perindustrian di tenggara Johor. Sejak 1 Julai, 1977, ia telah dilantik sebagai pihak berkuasa tempatan bagi Pasir Gudang, iaitu pihak berkuasa tempatan pertama yang diswastakan di Malaysia dibawah kontrak setiap lima tahun.

Perusahaan utama[sunting | sunting sumber]

Pada masa kini, perusahaan-perusahaan utama JCorp dianjurkan oleh syarikat awam tersenarai masing-masing:

  • Minyak sawit: Kulim (Malaysia) Berhad
  • Perubatan pakar: KPJ Healthcare Berhad
  • Pemajuan hartanah: Johor Land Berhad (sebuah anak syarikat Kulim (Malaysia) Berhad)
  • Usaha-usaha niaga usahawan dalaman: Sindora Berhad.

Kesemua usaha-usaha niaga usahawan dalaman diketuai oleh kakitangan JCorp sendiri. Pada tahun 2005, syarikat-syarikat dibawah Bahagian Perusahaan Usahawan Dalaman (Intrapreneur Venture Division)termasuk:

  • Aquapreneur Sdn Bhd
  • Epasa Shipping Agency SB
  • Excellent Relation Sdn Bhd
  • HC Duraclean Sdn Bhd
  • Hotel Selesa Sdn Bhd
  • IPPJ Sdn Bhd
  • JTP Trading Sdn Bhd
  • Metro Parking Sdn Bhd
  • Pro Office Bulk Mailing
  • Pro Communication Services
  • Sibu Island Resort
  • Tepak Marketing Sdn Bhd
  • JKiNG Sdn Bhd
  • Willis (M) Sdn Bhd

Pautan luar[sunting | sunting sumber]