Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Para pengunjung bergambar bersama maskot bagi MAHA 2012.

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) (Inggeris: Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show) merupakan sebuah pameran pertanian yang diadakan dua tahun sekali di Malaysia. Ia diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

MAHA bermula dengan nama persatuan Malayan Agri-Horticulture Association (MAHA) yang telah ditubuhkan pada bulan Oktober 1922. Tujuan utama penubuhan persatuan MAHA ini adalah untuk memberi tumpuan kepada sektor pertanian dalam menjana ekonomi negara dan menganjurkan pameran-pameran pertanian.

Pertunjukan dan pameran pertama MAHA (singkatan nama persatuan Malayan Agri-Horticulture Association dalam bahasa Inggeris)anjuran persatuan MAHA diadakan di Padang Kelab Lumba Kuda Selangor dari 30 Jun hingga 2 Julai 1923.

Hanya produk-produk yang terbaik dan terkini sahaja yang terdiri daripada tanaman, buah-buahan, hasil ternakan, bunga-bungaan, kraftangan dan pelbagai inovasi sahaja boleh dipamerkan di MAHA, setelah melalui pusingan di pertunjukan MAHA peringkat daerah dan negeri.

Pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu, pihak Jepun telah menggesa rakyat untuk bercucuk tanam bagi meningkatkan makanan sempena kemen "Tanam Lebih Makanan". Pada tahun Jepun 2602 (1942 Masihi), satu pemeran pertanian telah diumumkan di Kelantan yang bertajuk "Pertunjukan Barang-Barang Tanaman, Barang-Barang Hutan, Binatang-Binatang Dalam Air dan Barang-Barang Pertukangan".

Pertunjukan MAHA ke-18 telah dilancarkan pada 2 Ogos 1947 di "Coronation Park" yang terletak di Kuala Lumpur (pada tahun 1930-an, seluruh kawasan di mana Stadium Merdeka terletak sekarang dahulu digelar sebagai "Coronation Park") oleh Gabenor Sir Edward Gent. Ia merupakan pameran pertanian terbesar selepas peperangan tamat dengan keluasan 8 ekar menempatkan 40 buah gerai. 75,000 orang dan lebih telah datang melawat ke pameran tersebut yang berlangsung selama 3 hari.

Keadaan darurat pada tahun 1969 menyebabkan pameran MAHA yang dijadualkan pada Ogos tahun itu ditunda ke tarikh yang lain. Pada tahun 1972 seterusnya kerajaan telah mengisytiharkan pertunjukan MAHA akan digantikan dengan perayaan Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) setiap tahun. Bermulalah perayaan HPPNK yang pertama pada tahun 1975 dengan kesemua ciri-ciri pertunjukan MAHA diserap masuk ke pameran tersebut.

Pertunjukan MAHA kemudiannya dihidupkan kembali pada tahun 1999 dan kini nama singkatanya adalah pameran Malaysian Agriculture, Horticulture, and Agrotourism (MAHA). Bermula dari tahun 2002, pertunjukan MAHA diadakan 2 tahun sekali dan HPPNK juga disambut bersama dengan pameran antarabangsa MAHA.

Majalah MAHA[sunting | sunting sumber]

Majalah MAHA ialah majalah terbitan rasmi Persatuan Agri-Hortikultur Malaya. Ia diterbitkan secara suku tahunan dan membincangkan isu-isu penting untuk memajukan sektor pertanian negara ketika itu.

MAHA[sunting | sunting sumber]

Tema[sunting | sunting sumber]

Tahun Tema
1999 Pertanian menuju ke alaf baru
2000 Ke arah industri pertanian berdaya saing
2002 Transformasi pertanian berdaya saing
2004 Teknologi—peneraju pertanian komersial
2006 Pertanian adalah perniagaan
2008 Pertanian adalah perniagaan
2010 Inovasi pertanian pemangkin pembangunan
2012 Pertanian adalah perniagaan

MAHA 2006[sunting | sunting sumber]

Dengan tema Pertanian Adalah Perniagaan, MAHA 2006 disertai 976 gerai pameran dengan 697 peserta tempatan mengambil bahagian.

Peserta dari Australia, New Zealand, Belgium, United Kingdom, Belanda, Kanada, China, India, Taiwan, Thailand dan Indonesia turut menyertai pameran enam hari itu.

MAHA 2006 merupakan penganjuran kali kelima sejak 1999.

Lebih 100 jenis orkid akan dipamerkan pada pameran pertanian itu termasuk dua spesies hibrid orkid baru yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Dendrobium Abdullah Badawi dan Ascorahnis Datuk Seri Najib .

Selain pameran, sebanyak 631 orkid turut dipertandingkan dalam pertandingan anjuran Persatuan Orkid Ipoh.

MAHA 2008[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Malaysia akan menarik lebih banyak penyertaan sektor pertanian berteknologi tinggi dari luar negara pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 yang bakal dilengkapkan dengan tapak dan dewan ekspo yang lebih luas dan canggih.

MAHA 2010[sunting | sunting sumber]

MAHA 2012[sunting | sunting sumber]

MAHA 2012 berlansung dari 23 November hingga 2 Disember. Pada MAHA kali ini, pihak penganjur mensasarkan seramai tiga juga pengunjung yang akan hadir.[1] Sasaran ini mungkin menjadi kenyataan dengan jumlah pengunjung yang hadri telah mencapai 1 juta pada hari ketiga ia berlansung.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. MAHA sasar tiga juta pengunjung. Sinar Harian. Capaian 30 November 2012
  2. Lebih sejuta kunjungi MAHA. Utusan Malaysia. Capaian 30 November 2012

Pautan luar[sunting | sunting sumber]