Majlis Perundingan Agama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Majlis Perundingan Agama ditimbulkan semula selepas berlakunya peristiwa pembakaran gereja dan masjid ekoran isu kalimah Allah pada awal 2010. Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia telahpun ditubuhkan.

Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pernah mencetuskan kontroversi di peringkat cadangan lagi. Sebuah majlis tidak sama dengan suruhanjaya, kalau suruhanjaya, sudah tentu ia ada kuasa. Tidak wajar agama Islam diletakkan dengan kedudukan yang sama dengan ajaran agama lain kerana Islam adalah Agama Persekutuan.[1]

Majlis Silaturahim Antara Agama pernah ditubuhkan oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.Yang Dipertua Majlis Agama Pulau Pinang (MAIPP), Shabudin Yahya melihat majlis ini sebagai cuba meletakkan agama Islam sama taraf kedudukannya dengan agama-agama lain. [2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Antara tahun 1956-1962 , Persatuan Hidup Murni pernah mengusahakan penubuhan satu Majlis Kerjasama Antara Agama Sedunia berpusat di Malaysia. Ia dikenali sebagai 'World Council for Inter-Faith Cooperation'.

1963, ia telah berkembang dan beroperasi di bawah nama baru iaitu Pertubuhan Antara Agama Malaysia sehinggalah pada tahun 1986 ia dikenali sebagai Inter-Faith Spiritual Fellowship (INSaF).

1983 pemimpin-pemimpin agama bukan Islam telah bersetuju untuk membentuk satu majlis yang dikenali sebagai Malaysian Consultative For Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) dan ia juga dikenali sebagai Majlis Perundingan Agama-Agama Malaysia. Ia adalah reaksi dari dasar Islamisasi ketika itu. Penganut Kristian merupakan penganut agama yang paling menonjol dan lantang mengkritik dasar-dasar kerajaan.[4]

Pada 2006, Datuk Seri Samy Vellu menggesa Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memastikan hak orang bukan Islam di negara ini akan lebih terpelihara.MIC membuat keputusan itu selepas berunding dengan Majlis Perundingan Agama yang dianggotai oleh wakil agama Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh.[5]

Istilah[sunting | sunting sumber]

pelbagai istilah digunakan untuk tujuan ini. antaranya ialah :

  1. Muzakarah
  2. Muafakat
  3. Dialog dan intra dialog
  4. Perundingan antara gama
  5. Perbincangan antara agama
  6. Forum

Semuanya bertujuan untuk menyelesaikan perbalahan dan pergaduhan.

Setakat ini, pihak Islam yang tidak mahu berunding atau tidak bersedia untuk berunding. Pihak kerajaan, persatuan NGO dan pihak masjid enggan menonjolkan diri sebaga pakar agama Islam. Parti-parti politik masyarakat Melayu / Islam tidak dapat menonjollkan tokoh wibawa yang dapat diterima oleh majoriti masyarakat.

Agenda perundingan[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, agama Islam menjadi pihak defensif dan agama-agama lain menggunakan hak asasi manusia, sokongan dunia Barat untuk menyerang legasi agama Islam. Secara umumnya di seluruh dunia, amalan dalam agama Islam diserang dari segenap sudut. Umat Islam dikatakan menjadi penyerang / pengganas dalam peristiwa 911.

Ramai bimbang , dialog antara agama ini akan menyebabkan Malaysia terjerumus kepada salah faham konsep toleransi dalam Islam sehingga sama-sama menyokong konsep pluralisme beragama sebagaimana yang dicanang oleh pihak Barat.

Antara isu yang dibangkitkan di Malaysia ialah:

  1. Kesan murtad / pertukaran agama dan memeluk Islam. Seorang yang telah memeluk Islam secara automatik anak-anak bawah 18 tahun turut beragama Islam. [6]
  2. Kalimah Allah
  3. Peruntukan membina pusat agama.
  4. Kebebasan beragama / kebebasan memilih agama.
  5. Perceraian
  6. Nafkah isteri bukan Islam dan anak-anak bukan Islam
  7. Hak penjagaan anak selepas bercerai
  8. Waris harta selepas kematian
  9. Bidang kuasa Mahkamah sivil dan mahkamah syariah. Mahkamah syariah akan menjadi undang-undang tertinggi negara.Bukan Islam dikatakan tidak ada remedi dari segi undang-undang.
  10. Mahkamah Sivil hendaklah dibenarkan mendengar perkara mengenai Islam apabila seorang daripada pihak terlibat bukan Islam.
  11. Keluarga bukan Islam tidak berpeluang untuk mengetahui ahli keluarga mereka yang masuk Islam.

Pandangan positif[sunting | sunting sumber]

Setiap masalah antara agama di Malaysia patut dirundingkan dan difahami.Tidak kenal persamaan dan perbezaan akan membawa kepada sengketa dan prasangka.

Badan Peguam Malaysia mahu semua perbalahan berhubung agama diselesaikan melalui mahkamah. Tetapi keputusan mahkamah akan menyebabkan ada agama yang menang dan ada agama yang kalah. Pihak yang kalah sudah tentu tidak akan puas hati, membuat rayuan demi rayuan dan melantik peguam terkenal. Orang ramai biasanya tidak memahami prosedur mahkamah dan hanya mahukan keputusan yang mudah difahami dan menyebelahi pihaknya sahaja.

Amatlah aneh, Malaysia yang mempunyai lima agama utama tidak mempunyai panel yang membolehkan kita berbincang-bincang.Inilah yang menyebabkan kita sentiasa dalam prasangka atau prejudis dengan agama lain.[7]

Surah al-Kafirun ada menyatakan:

"Katakanlah: Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku".

Pandangan negatif[sunting | sunting sumber]

Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Tan Sri Muhyiddin Yassin beranggapan penubuhan majlis perundingan antara agama tidak perlu. Memadailah sekadar dialog tertutup yang ada selama ini.

Tidak semua pihak dapat menerima hasil keputusan majlis perundingan agama itu nanti. Ia akan berlarutan bertahun- tahun dan setiap agama tidak mahu mengaku kalah.

Forum Memeluk Islam yang hendak diadakan oleh Badan Peguam Malaysia mendapat tentangan umat Islam terutama daripada PAS dan UMNO tetapi disokong oleh PKR dan DAP.

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

  1. Perkara 3 Perlembagaan adalah mengenai Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan.
  2. Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan: "Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkannya.
  3. Perkara 11(4) yang menyebut: "Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama, di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Pengalaman luar negara[sunting | sunting sumber]

Hakikatnya setiap agama akan mengakkan benangnya. Jika sesuatu agama akur kepada pendirian agama lain, ia akan dianggap sebagai kekalahan total .

Sarjana Islam mestilah pakar tentang Bible dan Kristian. Sementara sarjana Kristian mestilah pakar tentang al-Quran dan Islam. Malaysia boleh menjemput sarjana daripada luar negara seperti daripada Amerika Syarikat, Mesir dan Indonesia seperti Yusuf al-Qaradawi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]