Perbincangan pengguna:Amran Ibrahim Rashidi

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Selamat datang ke Wikipedia, Amran Ibrahim Rashidi!

Terima kasih kerana menyertai Wikipedia Bahasa Melayu, kini terdapat seramai 334,808 pengguna berdaftar!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke Wikipedia dan terima kasih atas sumbangan anda! Saya Yosri, salah seorang penyunting di sini dan saya berharap anda sudi untuk membantu laman ini.
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda:
  Pengenalan kepada Wikipedia
  Lima tonggak Wikipedia
  Tutorial suntingan
  Bagaimana menyunting halaman
  Manual gaya penulisan
  Asas-asas Kod Wiki
  Bagaimana mencipta artikel
  Laman bantuan
  Apa yang Wikipedia bukan
Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
  Digalakkan berani dalam mengemaskini laman
  Digalakkan beranggapan niat baik
  Digalakkan mengamalkan prinsip kesopanan
  Digalakkan mengamalkan pandangan berkecuali
  Jangan melaku musnah
  Jangan sampai disekat
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh:
  Meja bantuan
atau:
  Bertanya soalan kepada penyelia
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
  Menjadi seorang WikiPari dan WikiSihir
  Membantu menyumbang pada artikel
           
  Melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan
  Membantu mencipta templat baru
  Membantu dalam projek yang tersedia di WikiProjek

Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada laman penyuntingan.

Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia Bahasa Melayu. Selamat menyumbang!

Do not understand Malay? Visit our embassy now.
Ikhlas daripada saya, Yosri
Yosri (bincang) 18:15, 8 November 2015 (UTC)[balas]


Laman perbincangan[sunting sumber]

Anda dinasihatkan mengosongkan laman perbincangan agar mudah pengguna lain menghubungi anda. Hadkan maklumat diri pada laman pengguna anda. Rujuk pada tajuk di atas. Yosri (bincang) 17:06, 22 November 2015 (UTC)[balas]

RENCANA BUKU KUMPULAN PUISI REMAJA BINTANG TIMUR[sunting sumber]

                                                        RENCANA MAYAPADA
                             Sorotan Awal Puisi Terapi Berdasarkan Pelopornya Amran Ibrahim Rashidi
                                                        OLEH: YATIM AHMAD
                                      Editor Jom Sastera, Kolumnis Sastera New Sabah Times


IA ADALAH PERUBATAN MODEN Abad ke-21. Ia ubat penawar kekacauan jiwa. Ia penawar kelupaan, ia mungkin kegunaan warga emas atau yang belum berumur untuk menyegarkan kesihatan minda mereka. Tapi, ia bukan sejenis pil supplement atau ubat cecair, ia adalah puisi! Jika sebelum ini kita terbiasa puisi untuk dibaca, atau deklamasi atau dilagukan, kini fasa 2015 memperkenalkan produk baru puisi yang jauh lebih sofistikated, mungkin dari segi definisi adalah baru iaitu ‘terapi’.

Lelaki yang mempopularkan puisi terapi ialah Amran Ibrahim Rashidi, kini sedang bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Puisi Terapi di Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur. Dia adalah seorang penyair amat dikenali, mungkin saya belum pernah bersemuka, tetapi daripada halaman sosial terutama akaun facebook, dia bukan saja tampan, penampilan kemas, malah dia memiliki ciri penghibur dan sebab itu mungkin Tuhan menunjukkan dia jalan untuk bereksprimentasi dengan terapi puisi.

Selepas kira-kira dua tahun Amran tampil dengan bacaan atau lagu puisi di acara GAPENA atau acara rasmi lain, mindanya berurat jauh kedalam hati nurani manusia untuk mengkaji puisi sebagai rawatan, akhirnya dia mencipta jenama ini, diperkuatkan dengan Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur, terbitan Institut Terjemahan dan Terbitan Buku Malaysia (ITBM) dan PENA pada 2014.

Amran dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 1 Jun 1981. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Idris, Kuala Kangsar, Perak dan Sekolah Rendah Kebangsaan Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan, manakala pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Besi, Kuala Lumpur.

Memulai pembabitan dalam ujana kesusasteraan, khusus deklamasi puisi merdeka, seni persembahan puisi seperti muzikal puisi dan lagu puisi sebelum beranjak ke genre seni penulisan puisi. Antara media yang pernah menyiarkan karya beliau ialah Dewan Bahasa, Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan beberapa antologi puisi terbitan GAPENA, PENA, ITBM dan lain-lain.

Pernah muncul johan dan naib johan peringkat negeri Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka anjuran GAPENA, DBP, JKKN, MBM sejak tahun 2003. Kini sering diundang membaut persembahan puisi (deklamasi, muzikal, dekon, lagu) di RTM1,TV3, Ikim.Fm, TVAlhijrah, majlis korporat dan majlis sastera. Pernah juga membuat persembahan puisi di Sarawak, Brunei dan Indonesia. Juga sering dilantik jurulatih, juri dalam bidang berkenaan di institusi pendidikan, badan kerajaan dan badan korporat.

Amran adalah bekas Setiausaha Kelab Penyair dan Deklamator GAPENA, kini giat mengusahakan muzikal puisi terapi untuk dimajukan dalam bentuk buku, cakera padat, video dan juga e-buku.

Dalam kata penghantar kumpulan puisinya, Amran berkata dalam kajiannya membuktikan bahawa ekspresi jiwa menerusi sentuhan sastera dan kata-kata yang halus dan puitis (puisi) mampu merawat jiwa yang terganggu. Sesetengah negara telah mengambilnya sebagai sebahagian rawatan selari dengan perubatan moden.

“Luahan perasaan sebegini dikenali sebagai penulisan terapeutik. Kadang-kadang juga disebut terapi puisi. Ia digunakan untuk membantu insan bermasalah ingatan dan kekacauan jiwa, khasnya warga emas. Tekanan yang terbungkam atau terpendam di dalam diri mengundang pelbagai masalah biologi,” katanya.

Amran berkata, puisi terapi boleh dirasai ketika berekspresi, lalu seperti merangsang khalayak memikirkan muhasabah diri, melihat masalah, menerima hakikat dan akhirnya cuba menyesuaikan diri dengan masalah atau penyakit yang dialami.

Sebagai contoh, ia bagai hubungan antara deklamator dengan khalayak untuk berkongsi berkongsi mengatasi masalah, dan ini menimbulkan keselesaan antara dua pihak kerana perasaan yang diluah bukan sahaja melegakan jiwa kepada dua pihak, malahan memberikan kesan penyelesaian.

Menurutnya, sesuai evolusi teknologi komunikasi yang meluas, pilihan penulisan bukan sahaja mudah dan bertambah, malah penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS), emel, serta laman sosial seperti facebook dan Blog mampu memberikan peluang kepada rakan untuk menggunakan teknik ini.

“Ia juga seperti penghayatan lagu yang indah dan mengusik jiwa, terutama lagu-lagu yang nostalgik yang boleh mengimbau kenangan silam dan pada masa yang sama Ini adalah usaha yang mulia untuk kebajikan orang lain di samping membantu menambah nilai diri,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Za’im Muhamad Yussof, semasa mengulas kumpulan puisi ini di facebook berkata, bahawa Kalau bait-bait ini ialah meter-meter muzik, maka bait-bait puisi beliau melagukan rentak staccato yang punya jeda yang jelas untuk direntakkan.

Mesej-mesejnya langsung dan melebihkan tumpuan kepada nilai estetika khususnya jeda dan dalam beberapa kes, diksi berbanding makna yang tampak sederhana tanpa metafora yang mendalam tetapi cukup dan sesuai buat para amatur dan pelajar yang baru mengayuhi kolek-kolek sampan kepenyairan. Ini bersesuaian dengan genre puisinya - kumpulan puisi remaja. Sesuai amat untuk remaja.

Dari segi suara, suara Amran amat kuat dengan kecintaan yang mendalam terhadap perjuangan bahasa disaduri mesej Islam dan Melayu yang tuntas, langsung dan jelas sekaligus hal ini amat menarik memandangkan ramai anak muda lebih berkecenderungan untuk masuk ke daerah anti-thesis yang terkadang tampak mencelarukan. Tetapi tidak bagi Amran. Sekalipun hidup dirudung malang, namun jihad agama dan perjuangan bangsa menjadi inti terutama sebagaimana dijelmakan Amran dalam puisi "Syair Yang Tinggal" (Mohammad Za’im Mohamad Yussof, facebook, 7 Oktober 2014)

Sementara itu, Amran berkata kumpulan puisinya mengemukakan pelbagai tema termasuk Ketuhanan, alam, perpaduan, kemanusiaan, dipersembahkan berbentuk puisi moden, puisi tradisional seperti pantun, gurindam, syair, seloka, dan juga puisi yang begitu sesuai untuk dijadikan senikata lagu untuk dinyanyikan.

Selain itu, ada beberapa puisi yang sesuai untuk deklamasi, seperti Degup Pahlawan yang mengungkap kisah perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air di Bukit Kepong suatu masa dahulu.

Kumpulan Puisi ini memuatkan 55 puisi, berharga RM15.

Sesiapa berminat sila hubungi Amran menerusi akaun facebooknya

  • Hakcipta Jom Sastera

ULASAN BUKU KUMPULAN PUISI REMAJA BINTANG TIMUR[sunting sumber]

                                                   Oleh: Muhammad Za'im Mohamad Yusoff
                                        Penulis Muda, Ahli Jawatankuasa Grup Karyawan Luar Negara


                             ULASAN RINGKAS KUMPULAN PUISI REMAJA : BINTANG TIMUR TULISAN Amran Ibrahim Rashidi

Amran seorang deklamator. Dinobatkan selaku johan deklamator serta dijemput ke sana sini, ke dalam TV mahupun atas pentas seni sudah menjadi hujah, Amran seorang deklamator. Dan puisi-puisi dalam buku sulungnya ini adalah hujah ketiga yang sememangnya mengesahkan bahawa Amran seorang deklamator. Deklamator tegar.

Kalau bait-bait ini ialah meter-meter muzik, maka bait-bait puisi beliau melagukan rentak staccato yang punya jeda yang jelas untuk direntakkan. Mesej-mesejnya langsung dan melebihkan tumpuan kepada nilai estetika khususnya jeda dan dalam beberapa kes, diksi berbanding makna yang tampak sederhana tanpa metafora yang mendalam tetapi cukup dan sesuai buat para amatur dan pelajar yang baru mengayuhi kolek-kolek sampan kepenyairan. Ini bersesuaian dengan genre puisinya - kumpulan puisi remaja. Sesuai amat untuk remaja.

Dari segi suara, suara Amran amat kuat dengan kecintaan yang mendalam terhadap perjuangan bahasa disaduri mesej Islam dan Melayu yang tuntas, langsung dan jelas sekaligus hal ini amat menarik memandangkan ramai anak muda lebih berkecenderungan untuk masuk ke daerah anti-thesis yang terkadang tampak mencelarukan. Tetapi tidak bagi Amran. Sekalipun hidup dirudung malang, namun jihad agama dan perjuangan bangsa menjadi inti terutama sebagaimana dijelmakan Amran dalam puisi "Syair Yang Tinggal".

                                                     Bila dewasa ilmu ditempa
                                                     mengaji agama ke hujung nyawa
                                                     budi bahasa jiwalah bangsa
                                                     tinggallah dunia tinggal amalnya.

Saya tabik hormat pada beberapa puisi beronakan pantun lantaran Amran faham benar ketinggian seni pantun. Pantun bagi failasuf-failasuf Melayu, bukan sekadar merimakan a-b-a-b dengan baris pembayang dan maksud yang jelas erti, namun ia lebih dari itu. Pembayang semoleknya membayangkan erti seperti alir pemikiran lateral sebelum masuk merungkaikan literal pada baris-baris maksud. Lihat sahaja pantun dalam puisi "Padi Rukun". Amran menukil :

                                                     Padi bukan sebarang padi
                                                     makin tunduk makin berisi
                                                     negeri bukan sebarang negeri
                                                     rakyat tawaduk kuat mengaji.

Jeda Amran cemerlang dengan menyamakan jeda tengah yang sering dicuaikan pemantun-pemantun biasa. Lebih cemerlang, metafora padi yang dekat dengan baruh ekonomi orang Melayu seakan mengherdik pada baris maksud bahawa negeri yang maju bukan sekadar keberhasilan laba ekonomi tetapi pada nilai diri bersendikan agama dan kesopanan bangsa. Saya menunggu dengan sabar karya Amran yang khusus pada mengungkapkan cuma rangkap-rangkap pantun yang tersusun pada rangka dan makna.

Secara tuntas, kumpulan puisi ini bagus untuk para deklamator sebagaimana Amran untuk dipersembahkan di seribu satu sanggar seni tanah air. Juga buat yang baru berjinak-jinak dengan dunia kepenyairan bersesuaian dengan usia keremajaan puisi anda yang seharusnya sekemas puisi-puisi Amran.

7/10

Tahniah buat Amran!

SUMBANGAN PENULIS SASTERA DALAM DUNIA KESUSASTERAAN MELAYU (PUISI)[sunting sumber]

                                    SUMBANGAN PENULIS SASTERA DALAM DUNIA KESUSASTERAAN MELAYU (PUISI)


                                                        AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
                                                           UNIVERSITI MALAYA
                                                              KUALA LUMPUR
                                                           PUISI MELAYU MODEN
                                                                JEEA 2316
                                     SUMBANGAN PENULIS SASTERA DALAM DUNIA KESUSASTERAAN MELAYU (PUISI)
                                              DISERAHKAN KEPADA : DR. NORHAYATI BINTI AB RAHMAN
                                                   NO.NAMA PELAJAR	             NO. METRIK
                                                1. ANUGRAH AKHMAD BIN MOHAMAD	JEE 120002
                                                2. ROSMIATI BINTI RAMANG	JEE 120016


1.0 PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil`alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan dengan izin dan kurnianya, dapat kami menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Dr. Norhayati binti Ab Rahman iaitu selaku penyelaras mata pelajaran Puisi Melayu Moden (JEEA2316) di atas kesudian beliau memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.

Ucapan ribuan terima kasih juga kepada Dr. Norhayati kerana banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.Tanpa bimbingan dan dorongan beliau mungkin kami tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Seterusnya,ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang dapat kami perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini.


2.0 PENGENALAN

Umumnya, ramai masyarakat khususnya di Malaysia mempunyai kemahiran atau bakat dalam dunia kesusasteraan. Kemahiran ini dapat dilihat melalui penulisan-penulisan kreatif atau deklamasi sebuah puisi. Kata ‘puisi’ berasal daripada bahasa Yunani iaitu poises yang bermaksud ‘penciptaan’. Dalam bahasa Latin, puisi disebut poietes atau poeta. Pada awalnya, kata puisi adalah poieo (paio atau poea) yang membawa maksud “membangun; menyebabkan, menimbulkan, menyair”. Makna ini semakin lama semakin dikhususkan kepada makna “hasil seni sastera yang menggunakan irama, sajak, dan kata-kata hiasan.” Dalam bahasa Inggeris kata puisi diambil daripada kata poetry, yang erat hubungannya dengan poet atau poem. Manakala dalam bahasa Yunani pula, kata poet itu bermaksud “orang yang mencipta melalui imaginasinya.

Perkembangan dunia puisi semakin berkembang dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan teknologi di Malaysia. Ramai sasterawan dan tokoh penulis sastera yang lahir mengharumkan dunia kesusasteraan Melayu menerusi tulisan-tulisan kreatif khususnya genre puisi. Di samping itu, terdapat juga penulis-penulis kreatif yang bergiat aktif dalam bidang puisi namun namanya masih belum dikenali dengan cukup terkenal dalam dunia sastera.

Kertas kerja ini membincangkan mengenai penulis kreatif yang memberi sumbangan kepada khazanah kesusasteraan tanah air sama ada penulis di peringkat daerah atau peringkat negeri namun nama penulis tersebut masih belum terkenal dalam dunia keusasteraan atau penulis tersebut seringkali terpinggir daripada arus perdana perkembangan kesusasteraan semasa.

Oleh yang demikian, kertas kerja ini memilih seorang penulis kreatif yang juga merupakan seorang deklamator iaitu Amran Ibrahim Rashidi yang berasal daripada Kuala Kangsar, Perak.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini memberi tumpuan kepada kajian terhadap penulis yang bergiat aktif dalam dunia puisi namun masih belum terkenal dalam dunia kesusasteraan. Antara objektif kajian ialah :

  1. Untuk mengenalpasti pemikiran dan pembawaan yang beliau ketengahkan dalam penulisan puisi beliau.
  2. Untuk menganalisis puisi-puisi yang telah beliau hasilkan dengan membahagikan puisi-puisi tersebut mengikut tema.


4.0 JUSTIFIKASI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, justifikasi membawa maksud hujah atau pendapat yang dikemukakan sebagai alasan bagi sesuatu perkara yang dilakukan. Berkenaan dengan justifikasi, pengkaji akan menerangkan sebab dan alasan untuk mengambil penulis ini sebagai tokoh kajian. Tajuk yang telah dipilih oleh pengkaji iaitu mengkaji seorang penulis puisi yang masih kurang diperkatakan dalam dunia sastera di Malaysia namun penulis tersebut banyak menghasilkan puisi sekaligus memberi sumbangan dalam dunia sastera. Berdasarkan tajuk ini, pengkaji telah memilih seorang penulis yang banyak menulis puisi sekaligus beliau juga merupakan pendeklamasi puisi yang sering mendapat jemputan untuk mendeklamasikan sajak beliau. Beliau ialah Amran Ibrahim Rashidi yang mana beliau kini bergiat secara aktif dalam dunia puisi. Walaupun beliau bergiat aktif dalam dunia puisi namun beliau masih belum dikenali ramai dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Antara alasan dan sebab pengkaji memilih Amran Ibrahim Rashidi sebagai penulis yang dipilih ialah kerana tidak terdapat mana-mana kajian sama ada peringkat ijazah, ijazah tinggi atau peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang memilih beliau untuk dianalisis berdasarkan kepada pencapaian dan sumbangan beliau dalam dunia sastera. Hal ini menepati kehendak soalan di mana pengkaji disarankan untuk memilih penulis yang sudah menghasilkan puisi sekaligus memberi sumbangan yang besar dalam dunia puisi namun nama beliau masih belum terkenal.

Selain itu, pengkaji memilih Amran Ibrahim Rashidi sebagai analisis kajian berdasarkan pencapaian dan sumbangan beliau dalam bidang sastera khususnya puisi adalah disebabkan oleh kemahiran dan kebolehan beliau yang mahir dalam menulis puisi dan mahir dalam deklamasi puisi. Beliau merupakan seorang penulis yang mengetengahkan pemikiran berdasarkan kepada unsur terapi jiwa dalam puisi-puisi yang beliau hasilkan. Puisi terapi jiwa merupakan pemikiran yang dibawa oleh beliau dalam penulisan puisi sekaligus mendeklamasikan puisi diiringi oleh iringan muzik. Perkara ini menarik minat pengkaji untuk memilih beliau sebagai tokoh yang dipilih dalam kajian ini. Tambahan lagi, unsur terapi jiwa yang beliau ketengahkan dalam bidang puisi ini memaparkan bahawa beliau berusaha untuk membantu masyarakat-masyarakat di luar yang mengalami masalah jiwa. Terapi jiwa ini sedikit sebanyak boleh memberi inspirasi dan sentuhan emosi kepada pendengar.

Oleh yang demikian, pengkaji mengambil justifikasi ini untuk memilih Amran Ibrahim Rashidi sebagai penulis yang dikaji menerusi pencapaian dan sumbangan beliau dalam bidang sastera Melayu.


5.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merupakan satu cara untuk mengumpul maklumat dan data berkenaan dengan tajuk yang dipilih. Pengkaji mengumpul data untuk mengkaji seorang penulis yang kurang diperkatakan oleh masyarakat namun banyak menulis puisi dan secara tidak langsung memberi sumbangan dalam dunia Kesusasteraan Melayu. Antara kaedah yang digunakan ialah :

5.1 Kaedah Temu Bual

Untuk menjalankan kajian ini, kaedah penyelidikan yang pengkaji gunakan adalah temu bual. Pengkaji telah menjalankan sesi temu bual dengan penulis yang menjadi pilihan iaitu En. Amran Ibrahim Rashidi. Tempat temubual di lakukan di Universiti Malaya dan Taman Gombak Ria iaitu rumah beliau. Temubual di lakukan pada 9/10/2014 pada pukul 11.00 pm di Kolej Kediaman Kelapan, Universiti Malaya dan rumah beliau sendiri pada 2 November 2014 sekitar pukul 5.00 pm.

5.2 Kajian Kepustakaan

Berpandukan kaedah kepustakaan, empat buah perpustakaan yang terdapat di Universiti Malaya telah dikunjungi, iaitu Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Peringatan Za’ba Universiti Malaya, Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Pengkaji menggunakan kajian kepustakaan ini untuk mengunmpul bahan data dan maklumat berkenaan dengan puisi Melayu moden.

5.3 Kaedah Rakaman Video, Audio dan Fotografi

Semasa sesi temu bual dijalankan, kami menggunakan kaedah rakaman video. Selain itu, kami juga telah menggunakan kaedah tambahan seperti rakaman audio (suara) yang mengandungi perbualan antara pengkaji dan juga penulis. Segala maklumat yang diberikan oleh penulis yang dikaji melalui sesi temubual tersebut digunakan oleh pengkaji sebagai bukti dan sebagai data dan maklumat dalam kajian ini.


AMRAN IBRAHIM RASHIDI

6.0 LATAR BELAKANG PENULIS

Nama sebenar beliau ialah Amran bin Ibrahim Rashidi. Beliau telah dilahirkan pada 1 jun 1981 di Setapak, Kuala Kangsar, Perak. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala Kangsar, dan Sekolah Rendah Kebangsaan Ampangan, Seremban. Beliau meneruskan sekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Ampangan, Seremban dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Besi, K.L. Beliau merupakan pelajar graduasi daripada Kolej Islam Antarabangsa atau International Islamic College, Malaysia, Diploma Pentadbiran Perniagaan pada tahun 2008. Juga merupakan pelajar graduasi daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA Hons) (Pengurusan dan Keusahawanan) pada tahun 2014 dan merupakan aktivis puisi secara sepenuh masa.

6.1 KETERLIBATAN PENULIS DALAM BIDANG PUISI

Beliau mula terlibat dalam bidang puisi daripada sekolah rendah lagi. Menurut beliau, beliau mula bergiat dalam bidang puisi semasa berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi. Semasa di sekolah menengah tersebut, beliau bertanding dalam satu pertandingan deklamasi puisi yang bertemakan anti dadah dan beliau telah memenangi pertandingan tersebut dan masuk ke peringkat zon. Kemenangan beliau menjadi pencetus semangat dan menyemarakkan lagi semangat beliau untuk menceburkan diri dalam bidang puisi.

Menurut beliau, keterlibatan dalam bidang puisi sebenarnya bermula sejak berada di sekolah rendah kerana beliau sering menulis puisi namun tidak menyedari bahawa tulisan beliau merupakan sebuah puisi. Hasil tulisan itu diberikan kepada rakan-rakan beliau untuk dibaca. Setelah beliau rujuk kembali hasil tulisan tersebut, barulah beliau sedari bahawa hasil tulisan tersebut merupakan sebuah puisi. Hasil daripada tulisan puisi tersebut, dikemas kini dan puisi-puisi tersebut akan dibukukan dalam buku puisi sulung iaitu Bintang Timur terbitan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Beliau menggilap lagi bakat yang ada sehingga mahir dalam menulis sebuah puisi. Beliau bukan sahaja mahir dalam seni deklamasi puisi, bahkan mahir dalam teknik penulisan puisi.

Menurut beliau, faktor utama yang mendorong beliau untuk terus menceburkan diri dalam bidang puisi ini adalah sememangnya mempunyai jiwa kental dalam bidang puisi. Selain itu, peluang dan dorongan daripada guru-guru juga merupakan salah satu faktor beliau masih terus menceburkan diri dalam bidang puisi. Menurut beliau, pada awalnya, beliau juga seolah-olah dipaksa untuk meminati bidang puisi, namun perasaan itu semakin lama menjadikan puisi ini sebahagian daripada jiwa beliau. Sehingga kini, beliau masih bergiat aktif dalam bidang puisi dan menjadikan tulisan dan deklamasi sajak sebagai perkerjaan sambilan beliau. Banyak pencapaian yang beliau perolehi sepanjang keterlibatan beliau dalam bidang puisi sehingga kini.

6.2 PENCAPAIAN PENULIS DALAM DUNIA PUISI

Amran Ibrahim Rashidi merupakan seorang deklamator puisi dan seorang penulis yang aktif dalam dunia puisi pada masa kini. Beliau sudah menceburkan diri dalam bidang puisi daripada Sekolah Menengah dan banyak pencapaian yang telah dicapai. Anugerah yang beliau perolehi pada tahun 2014 ialah mendapat Johan Malam Puisi Merdeka anjuran Yayasan Warisan Negara, Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia dengan kerjasama Istana Budaya 2014. Selain itu, beliau juga mendapat tempat ketiga Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka anjuran GAPENA, DBP, PEN 2014.

Berikut merupakan pencapaian yang telah beliau kecapi sepanjang karier sehingga ke hari ini. Antara pencapaian dan anugerah yang telah beliau sandang ialah Johan Malam Puisi Merdeka anjuran Yayasan Warisan Negara, Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia, Indonesia dengan kerjasama Istana Budaya pada tahun 2014. Selain itu, beliau juga pernah menerima tempat ketiga Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan peringkat Negeri Sembilan anjuran GAPENA, DBP, PEN juga pada tahun 2014. Beliau pernah menerima naib johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan anjuran GAPENA dan DPMP peringkat negeri Pahang pada tahun 2013. Tambahan lagi, beliau juga menyandang tempat kedua dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan peringkat Kuala Lumpur anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), 2012 dan Finalis Sayembara Deklamasi Puisi Patriotik peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan dan Komunikasi Malaysia, 2013.

Selain daripada deklamasi puisi, beliau juga aktif dalam muzikal puisi. Antara pencapaian yang telah beliau kecapi ialah melakukan persembahan muzikal puisi Syair Ya Palestina diiring petikan gambus secara langsug di Rumah GAPENA, 6 September 2014. Selain itu, beliau juga melakukan persembahan muzikal puisi Titisan Kasih Bonda diring gesekan biola secara langsung sempena Hari Ibu di Rancangan Assalamualaikum, TVAlhijrah, 11/5/2014. Tambahan lagi, beliau juga pernah melakukan persembahan muzikal puisi sempena Hari Bumi dan Kemanusiaan di Dataran Merdeka anjuran JKKN Pusat dan DBKL, 29/3/2014 dan 30/3/2014. Beliau juga pernah melakukan persembahan muzikal puisi Riwayat Pesawat sempena Hari Bumi dan Kemanusiaan di Dataran Shah Alam anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam, 29/3/2014. Terdapat banyak lagi pencapaian yang telah beliau kecapi melalui persembahan lagu muzikal.

Selain itu, beliau juga aktif dalam bidang pengacaraan. Menurut beliau, memahami puisi dan mempraktikkan puisi akan memberi satu kemahiran lain dalam diri seperti mahir dalam bidang pengacara. Antara bidang pengacaraan yang telah beliau perolehi ialah pengacara di seminar dan konsert Festival Gambus Antarabangsa kali kedua anjuran JKKN, UPSI, 14/12/2013. Beliau juga pernah menjadi pengacara Bulan Bahasa Kebangsaan di Laman Santai Istana Budaya 2010. Tambahan lagi, beliau juga pernah menjadi pengacara majlis Pertandingan Deklamasi Puisi UIAM, Dewan Eksperimental 2006 dan menjadi Pengacara Majlis Konvensyen Mahasiswa PKPIM dan DBP, Balai Tun Syed Nasir DBP 2005 serta Pengacara Majlis Minggu Suai Kenal Kolej Islam Antarabangsa, Auditorium Utama UIA 2004. Beliau merupakan seorang yang aktif bukan sahaja mempunyai kemahiran dalam berpuisi tetapi juga dalam bidang pengacaraan.

Pencapaian beliau juga boleh didapati melalui jemputan dalam deklamasi puisi. Antara jemputan yang telah beliau terima ialah deklamasi puisi Hingga Hujung Nyawa di Perhimpunan Deklamator dan Penyair, Melaka 26/9//2014. Selain itu, beliau juga pernah menerima jemputan untuk deklamasi puisi di Konvensyen Perdana Pendidikan Nasional di Dewan Merdeka PWTC yang dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad anjuran Majlis Permuafakatan Melayu dan GAPENA, 27/8/2013. Disamping itu, beliau juga menerima jemputan untuk deklamasi puisi berkumpulan di Malam Tangisan Gaza anjuran GAPENA dan IKIM.FM 2012 dan deklamasi puisi di Rumah Walikota Sumatera Barat Indonesia 2012 serta Jemputan Deklamasi Puisi di Institut Seni Indonesia Padang, Sumatera Barat, Indonesia 2012. Beliau juga menerima jemputan deklamasi puisi di Majlis Perasmian Hari Puisi Nasional ke-15 anjuran GAPENA,DBP, dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka 2012.

Pencapaian beliau yang seterusnya dapat dilihat menerusi penyertaan beliau dalam seminar dan sebagai jurulatih. Beliau pernah menjadi Penceramah dan jurulatih Bengkel Pemilihan Akhir Genta Puisi anjuran Jabatan Penjara Malaysia, 13-17 Oktober 2014, Penceramah dan jurulatih Sayembara Genta Puisi anjuran Jabatan Penjara Malaysia, 2-5 September 2014, Jurulatih deklamasi syair dan seloka Sekolah Kebangsaan Convent 1, Bukit Nanas, K.L, 7-10 Oktober 2014, Fasilitator Bengkel Penulisan dan Persembahan Puisi Trdisional dan Moden di Festival Bahasa Kolej Cempaka Wanita Antarabangsa (Cempaka International Ladies College) Sepang yang dirasmikan oleh Dato Professor Dr. Wira Latif bakar, Ketua Satu GAPENA, 30 Oktober – 1 November 2014, Jurulatih Dekon Puisi Kolej Kelapan, Univerisiti Malaya, KL, Januari – Mac 2014 dan Jurulatih Puisi dan Lagu SMK. Taman Melati, KL, Februari - April 2014.


7.0 ANALISIS KARYA

7.1 PEMIKIRAN DAN PEMBAWAAN DALAM KARYA

Amran Ibrahim Rashidi merupakan penulis dan deklamator puisi yang membawa unsur terapi dalam puisi beliau. Beliau membawa aspek terapi dalam puisi-puisi hasil tulisan beliau sendiri. Pemikiran beliau diadaptasikan ke dalam puisi untuk membantu masyarakat dalam memberi ketenangan jiwa. Tambahan lagi, beliau menggunakan muzik terapi untuk menyokong dan membantu menggerakkan emosi pendengar semasa berpuisi.

Beliau membawa tema yang memberi unsur terapi kepada pendengar. Antara tema dalam puisi beliau ialah tema alam, tema ibu, tema Islamik, tema keinsanan, tema kepahlawanan, tema bahasa, dan tema perpaduan.

7.1.1 TERAPI MUZIK DAN NYANYIAN

Menurut kamus dewan edisi keempat (2013), terapi merupakan rawatan satu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan. Terapi juga merupakan suatu perkerjaan aktiviti fizikal atau mental yang dilakukan untuk membantu merawat, memulihkan, atau mengatasi masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yang dihadapi oleh seseorang.

Muzik terapi merupakan satu bidang professional yang menggunakan muzik untuk pemulihan, pemeliharaan, dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal. Golongan sasaran ialah kepada mereka yang menghadapi trauma, gangguan emosi, ketegangan, kerencatan akal, penyakit kanser dan lain-lain. Tujuan terapi ini adalah untuk memulihkan kekuatan fizikal, memberi sokongan emosi kepada pesakit serta memberi peluang melepaskan perasaan dan menenangkan fikiran. Terapi boleh meningkatkan emosi, harga diri, keupayaan dan kemajuan akademik, dan melatih pertuturan.

Umumnya, muzik mempunyai keupayaan tersendiri dalam mempengaruhi bahagian-bahagian otak tertentu. Dalam terapi ini, muzik betindak dengan mempengaruhi bahagian otak yang mengawal emosi, seterusnya mengurangkan ketegangan dan meningkatkan ketenangan. Contonya seperti terapi muzika; yang mampu membuka jalan ke arah pembentukan jiwa dan rohani yang baik. Perkara ini membawa kepada diri seseorang untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta Yang Maha Esa.

Berdasarkan kepada kenytaan ini, Amran Ibrahim Rashidi memberi penekanan kepada puisi terapi iaitu puisi yang berlatarkan muzik-muzik yang dapat menyentuh jiwa dan emosi pendengar. Tambahan lagi, kebanyakan puisi yang beliau hasilkan memberi tumpuan kepada aspek-aspek yang dapat memberi terapi kepada masyarakat. Contohnya dapat dilihat menerusi puisi-puisi beliau yang menyentuh aspek keagamaan dan kerohanian, tentang ibu, perpaduan, alam dan sebagainya. Semua perkara ini dapat memberi sentuhan jiwa berdasarkan kepada kata-kata yang beliau ketengahkan dalam puisi dan berlatarkan muzik terapi semasa dendangan deklamasi yang beliau persembahkan.

7.2 ANALISIS SAJAK-SAJAK TERPILIH

Berdasarkan kepada kajian ini, pengkaji akan memilih beberapa jenis puisi Amran Ibrahim Rashidi dan akan menggolongkan sajak-sajak beliau kepada beberapa tema. Pengkaji akan melihat tema yang akan dikemukakan dan memberikan fungsi sajak tersebut. Pengkaji mengambil 24 jenis sajak hasil tulisan beliau dan menggolongkannya dalam beberapa tema. Pembahagian tema sajak-sajak ini boleh dilihat dalam carta 1.0. Antara sajak yang menjadi pilihan pengkaji dapat dilihat dalam senarai berikut :

  1. Amalan Insan
  2. Barisan Khalifah Himpunan Nazofah
  3. Detik Waktu
  4. Madrasah Nurani
  5. Menadah Nur
  6. Nur Qalbi
  7. Salam Bumi Anbiya
  8. Syahadah
  9. Lewat Usia
  10. Kuntuman Perpaduan
  11. Kota Janji
  12. Bahasa Kalbu
  13. Guru Bahasa
  14. Rumpun Setia
  15. Titisan Kasih Bonda
  16. Teman
  17. Syair Yang Tinggal
  18. Riwayat Pesawat
  19. Tangisan Gaza
  20. Warisan Zaman
  21. Rumpun Setia
  22. Tenang Alam
  23. Tunduk Berjasa
  24. Padi Rukun


Carta 1.0 : Pembahagian Tema Sajak-Sajak Terpilih

Berdasarkan kepada carta 1.0, pengkaji memilih 24 jenis puisi Amran Ibrahim Rashidi dan membahagikan puisi ini mengikut tema. Dapat dilihat melalui carta ini, terdapat 37 % atau 9 buah sajak yang menyentuh tema keagamaan. Bagi tema perpaduan pula, terdapat 21% atau 5 buah sajak yang menyentuh mengenai perpaduan. Tema kasih sayang pula terdapat 21% atau 5 buah sajak yang telah dikenalpasti terdapat dalam pilihan sajak tersebut. Tema alam juga menunjukkan 21% atau 5 buah sajak yang terdapat dalam senarai sajak terpilih sahil tulisan Amran Ibrahim Rashidi.

Menerusi pemikiran yang dibawa oleh beliau dalam menulis puisi, beliau lebih memberi tekanan kepada unsur terapi kepada masyarakat. Sajak-sajak beliau banyak yang memberi unsur penghayatan jiwa dan memberi kesan emosi kepada pendengar. Tambahan lagi, beliau juga menggunakan alat bantuan muzik dalam puisi bertujuan untuk memberi kesan emosi kepada pendengar.

Amran Ibrahim Rashidi sudah menulis dan menghasilkan banyak puisi dan beliau sering mempersembahkan sajak-sajak hasil tulisan beliau sendiri kepada masyarakat. Bukan itu sahaja, dalam laman sesawang seperti youtube juga menjadi salah satu cabang elternatif untuk beliau mempromosikan dan memperdengarkan dendangan sajak yang telah beliau hasilkan.

Berdasarkan kepada kajian ini, pengkaji akan membahagikan beberapa tema mengikut sajak-sajak yang telah dipilih dan menggolongkan sajak-sajak tersebut kepada tema keagamaan, tema perpaduan, tema kasih sayang dan tema tentang alam.

7.3 TEMA KEAGAMAAN

Umumnya, setiap hasil penulisan sama ada dalam bentuk prosa atau puisi mempunyai fokus cerita atau perbicaraan yang ingin disampaikan oleh seorang penulis. Tema merupakan gagasan utama penulis untuk menyampaikan sesuatu kepada pembaca dan pendengar sama ada untuk membicarakan suatu perstiwa atau memberi pengajaran. Menurut sumber Wikipedia tema merupakan satu gagasan utama yang menjadi pokok perbicaraan dan tema sering berkaitan dengan makna kehidupan. Menerusi karya, pengarang akan membawa makna tertentu dalam kehidupan, mengajak pembaca untuk melihat, merasakan dan menghayati makna kehidupan tersebut dengan cara memandang permasalahan itu lalu mengekspresikan dalam karya.

Agama merupakan satu pegangan dalam hidup manusia. Dalam memberi kesedaran kepada masyarakat, agama merupakan satu wadah yang dapat memberi sentuhan emosi dan rohani kepada masyarakat. Tema keagamaan selalu menjadi perhatian kepada penulis-penulis dalam menulis puisi kerana tema ini dapat memberi kesedaran dan sentuhan emosi sekaligus memberi kesan terapi kepada pendengar.

Tema keagamaan yang telah dihasilkan oleh Amran Ibrahim Rashidi dapat dilihat menerusi kata-kata yang yang dipaparkan dalam puisi seperti tunduk bersujud, benih taubat, insaf dan sebagainya. Antara sajak-sajak hasil tulisan beliau yang memaparkan tema keagamaan ialah Amalan Insan, Barisan Khalifah Himpunan Nazofah, Detik Waktu, Madrasah Nurani, Menadah Nur, Nur Qalbi, Salam Bumi Anbia, Syahadah dan Lewat Usia. Sajak –sajak ini memaparkan tema keagamaan yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat berdasarkan kepada kata-kata yang terdapat dalam puisi ini. Contohnya dapat dilihat menerusi puisi Menadah Nur yang menceritakan mengenai kisah seorang manusia yang menemui hidayah dan menyesali segala perbuatannya dengan memberi sepenuh tumpuan untuk bertaubat kepada Allah SWT.

                                                           Menadah Nur
                                               Titis-titis insaf membasahi amal kontang
                                               menunda kemarau nasuha di padang kehidupan
                                               tersemai benih taubat di ladang kembara rohani
                                               debu kesal melayang terbang ke sempadan iman
                                               jabar taqwa hadir di pandangan mata hati
                                               nun di sana lurus kebenaran menanti
                                               langkah ibadah menjejak amanah.
                                               Bayangan hidayah berdampinglah di sisi
                                               sesetia bulan menyenari malam kelan menemani
                                               seiltizam mentari menerangi siang suluh berbakti
                                               walau seri kian mengesot pergi
                                               walau terang kian menunduk pasti 
                                               tetaplah bersama bayangi diri
                                               terlalu terluka andai menghilang lagi.
                                               Wahai sang nyawa yang hidup
                                               Malaikat maut sedia menunai perintah
                                               jantung direntap denyut terhenti
                                               mengigil sekujur tubuh kesakitan
                                               roh dan jasad pun terpisah
                                               syahadah peneman kalimah pemergian.

Rangkap puisi di atas menjelaskan bahawa penulis menceritakan kisah keinsafan seorang manusia yang akhirnya diberi satu hidayah sehingga memberi kesedaran yang hakiki. Berdasarkan kepada puisi ini, penulis mengambil tema keagamaan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk berpegang teguh kepada ajaran agama Islam dan berada di landasan yang benar. Berdasarkan kepada puisi ini juga, penulis menekankan bahawa Malaikat maut senantiasa menunggu untuk menarik nyawa. Hal ini memberi gambaran kepada masyarakat untuk senantiasa membuat amal sebelum terlambat.

                                                       Syahadah
                                               Dengan kalimah syahadah
                                               dengan lafaz bismillah
                                               di sini jasad dan nyawa bersatu
                                               walau jauh jarak terpisah membelah
                                               kukirim degup jantungku untukmu
                                               hembusan nafasku buat syuhada
                                               Demi-Mu ya Rabbi
                                               ini warkah setia sumpah
                                               Al-Quran wahyu pedoman terindah
                                               coretan ikutan sunnah ya Rasulullah
                                               utusan luka berdarah jihad fisabilillah.

Berdasarkan kepada sajak Syahadah ini, penulis memberi menekankan bahawa agama Islam merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan. Tunduk kepada Allah SWT merupakan sifat yang mulia. Selain itu, penulis menegaskan kepada masyarakat agar menjaga hubungan sesama Islam. Penulis juga menjelaskan bahawa kehidupan merupakan sebuah perjuangan dalam agama untuk menentukan kehidupan di akhirat kelak. Berdasarkan kepada puisi ini, penulis amat memberi penekanan peri pentingnya agama dalam kehidupan. Penulis memberi saranan kepada masyarakat untuk sedar daripada kesilapan dan bertaubat kepada Allah SWT.

Berdasarkan kepada tema keagamaan ini, penulis memberi sentuhan emosi berdasarkan kepada kesedaran dalam aspek keagamaan. Penulis memberi gambaran keinsafan kepada pembaca berdasarkan kepada kata-kata yang indah dan dapat mempengaruhi emosi masyarakat. Berdasarkan kepada pemikiran dan pembawaan penulis dalam puisi, tema keagamaan ini jelas menunjukkan bahawa penulis memberi kesan terapi kepada pembaca. Kesan terapi ini dapat dilihat menerusi kata-kata dalam puisi yang memberi fokus kepada kehidupan masyarakat yang selalu lalai dalam kehidupan dan berlinangan dengan dosa. Penulis memberi terapi jiwa agar masyarakat sedikit sebanyak mendapat impak yang positif berdasarkan kepada puisi ini.

7.4 TEMA PERPADUAN MELALUI BAHASA

Perpaduan merujuk kepada penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Perpaduan merujuk kepada perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Umumnya, terdapat pelbagai jenis bangsa dalam suatu kawasan dan bangsa-bangsa ini hidup dalam kelompok masing-masing. Perpaduan sangat penting kerana perpaduanlah keadaan dan suasana akan menjadi lebih aman dan teratur. Perpaduan kaum menjadi faktor utama untuk memajukan Negara dan menjamin keamanan hidup dalam Negara. Penulis-penulis sastera terutama dalam bidang puisi banyak juga yang memberi penekanan terhadap tema perpaduan. Mereka beranggapan bahawa puisi dapat memberi kesedaran kepada masyarakat untuk bersatu padu dan berinteraksi sesama masyarakat yang berlainan bangsa.

Perpaduan yang diketengahkan oleh Amran Ibrahim Rashidi dapat dilihat menerusi puisi-puisi beliau yang memberi penekanan terhadap kesatuan perpaduan melalui bahasa. Setelah diteliti melalui puisi-puisi berkenaan perpaduan hasil tulisan beliau, kebanyakan puisi ini menceritakan konsep perpaduan melalui bahasa. Penulis banyak menekankan isu mengenai bahasa yang menjadi salah satu faktor yang boleh mewujudkan perpaduan kaum.

Sekiranya diteliti secara umum mengenai masyarakat yang hidup dalam pelbagai suku kaum, bahasa merupakan satu wadah yang menjadikan perpaduan kaum menjadi satu. Mereka boleh berinteraksi dengan baik berlandaskan kepada satu bahasa yang boleh diterima oleh semua kaum. Contohnya seperti di Malaysia di mana semua kaum berinteraksi dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Kaum Cina dan India juga berinteraksi dengan mengguanakan bahasa Melayu. Hal ini memperlihatkan peri pentingnya bahasa dalam menghasilkan perpaduan antara kaum.

Antara contoh puisi-puisi yang bertemakan perpaduan melalui bahasa ialah puisi Kuntuman Perpaduan, Kota Janji, Bahasa Kalbu, Guru Bahasa, dan Rumpun Setia.

                                                      Kota Janji
                                               Kata dikota janji laksana
                                               tempang bicara asing petahnya
                                               usah berpura kencang lagaknya
                                               memilih bahasa bukan di jiwa
                                               indah bahasa padu saksama
                                               hindar prasangka erat sebangsa.
                                               Serpih mimpi ngeri bertandang lagi
                                               laman perpaduan terdampar resah
                                               kepuraan warna hiasan yang terserlah
                                               ukiran jiwa di Timur yang using
                                               siang berganti bayang malam bertukar bintang
                                               binaan silam generasi timbul tenggelam.
                                               Toleh sejenak pada kota bahasa
                                               kitalah warga setia yang membina
                                               jangan ada tangan cuba meruntuh
                                               jatuh bangun tamadun inilah nadi
                                               kukuh sepakat padu suara senada
                                               tiada dua kota janji hanya satu bahasa.

Puisi Kota Janji menggambarkan peri pentingnya bahasa yang membawa kepada perpaduan dalam satu Negara. Penulis menyerlahkan pemikiran beliau melalui puisi ini dan memberi penekanan kepada aspek mempertahankan bahasa kerana bahasa merupakan salah satu aspek utama dalam membina Negara yang damai. Perkataan “kukuh sepakat pada suara nada” memaparkan betapa pentingnya perpaduan kaum untuk mempertahankan satu tamadun atau Negara. Mempertahankan tamadun ini berkisarkan daripada bahasa yang disepakati bersama kaum.

7.5 TEMA KASIH SAYANG

Secara umumnya, kasih sayang terdapat dalam diri semua makhluk ciptaan Allah S.W.T sama ada manusia mahupun haiwan. Sifat kasih sayang ini meupakan satu anugerah yang bernilai yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada semua makhluknya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kasih sayang bermaksud (1) cinta kasih; (2) (perasaan) belas kasihan; berkasih sayang menaruh kasih sayang (pd): kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamu.

Secara fitrahnya, manusia memerlukan kasih sayang dalam menjalani kehidupan seharian. Kasih sayang boleh terjadi antara manusia dengan pencipta, kasih sayang sesama manusia seperti kasih sayang terhadap ibu bapa, sahabat dan sebagainya. Tema kasih sayang banyak digarapkan dalam penulisan puisi. Oleh itu, terdapat ramai penulis sajak memasukkan tema kasih sayang dalam sajak-sajak yang dihasilkan. Umpamanya, Amran Rashidi banyak memasukkan tema kasih sayang dalam sajak-sajak beliau sehingga dapat menyentuh emosi pembaca sekaligus memberi santapan rohani kepada khalayak. Antara sajak yang memaparkan tema kasih sayang ialah Titisan Kasih Bonda, Tangisan Gaza, Teman, Syair Yang Tinggal dan Riwayat Pesawat. Contoh dapat dilihat dalam sajak Titisan Kasih Bonda. Dalam sajak ini dapat dilihat tentang kasih sayang ibu terhadap anaknya.

                                                    Titisan Kasih Bonda
                                               Pangkumu tak henti membuai
                                               tanganmu tak jemu menepuk
                                               tubuh kecil yang masih gebu
                                               tak mengenal erti hidup
                                               bibir tak pernah kering mengecap
                                               setitis susumu adalah darahku
                                               sehela nafasmu adalah nyawaku
                                               sebuah pengorbananmu adalah hidupku
                                               seuntai kasihmu adalah syangku
                                               dirimu tak pernah jemu
                                               mengasihi hingga akhir hayat.
                                               Jejakmu masih basah segar di ingatan
                                               walau kau telah pergi meninggalkan 
                                               terbujur kaku di hadapan putih suci berkapan 
                                               kukucup dahimu di usia kecil
                                               ketika aku terlalu dahagakan kasih 
                                               ketika aku mengharapkan belaian 
                                               aku terlalu rindukanmu sungguh.

Petikan sajak di atas telah menggambarkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya yang tidak terhingga. Hal ini dapat dilihat apabila seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya. Petikan ini telah menceritakan seorang ibu yang sanggup bersengkang mata untuk menidurkan anaknya. Dapat dilihat pengorbanan seorang ibu sungguh besar apabila seorang ibu itu menjaga anaknya yang masih tidak tahu erti hidup dengan belaian mesra penuh kasih sayang.

Puisi ini juga memberi gambaran kepada masyarakat akan kasih saying seorang anak yang merindui ibunya di kala ibunya sudah pergi buat selamanya. Puisi ini menceritakan kerinduan yang tidak terhingga seorang anak kepada ibunya. Daripada puisi ini, terserlah dengan jelas unsur kasih sayang yang ditimbulkan daripada watak anak dan ibu dan ini sekaligus dapat memberi terapi jiwa kepada masyarakat. Terapi jiwa dapat dilihat menerusi kata-kata yang diungkapkan semasa deklamasi dan diiringi oleh iringan muzik yang dapat memberi sentuhan jiwa kepada pendengar.

Petikan puisi ini menunjukkan bahawa pemilihan kata yang digunakan oleh penyair dapat menimbulkan segala macam emosi kepada khalayak. Dapat dilihat melalui seluruh rangkap dalam petikan ini menceritakan kehidupan penyair. Penyair merindui kasih sayang ibunya yang telah pergi selamanya. Hal ini sekaligus dapat menimbulkan segala macam perasaan khalayak yang turut sama merasai situasi seperti penyair.

Antara contoh lain dapat dilihat menerusi tema kasih sayang terlihat pada puisi Tangisan Gaza. Puisi ini menceritakan tentang kasih sayang sesama insan. Hal ini dapat dilihat apabila penderitaan gaza juga dapat dirasai oleh insan lain.

                                                                 Tangisan Gaza
                                               Tangisanmu tangisku jua Palestinaku yang berdarah
                                               deritamu deritaku jua di lembaran sejarah 
                                               lukamu lukaku jua yang tersiat kulit sengsara
                                               merah darah bergenang di raut wajah resah
                                               tiada kekejaman semewah zionis dan sekutu Amerika 
                                               lahap Al-Aqsa senjata Fosforus dibedil laba
                                               terhakis tubuh melayang debu dan abu. 	


Daripada petikan di atas dapat digambarkan bahawa penderitan yang dirasai oleh Gaza akibat kekejaman Zionis turut dirasai oleh insan lain. Setiap tangisan, derita dan luka sengsara rakyat gaza yang menderita akibat peperangan ini turut dirasai oleh insan lain. Hal ini jelas dapat dilihat kasih sayang sesama manusia apabila kesakitan dan penderitaan insan lain turut dirasai oleh insan lain.

Kesimpulannya, Tema kasih sayang ini dapat menyentuh emosi khalayak yang dapat menjadi santapan rohani kepada pendengar. Tema seumpama ini dapat merangsang emosi dan dapat melahirkan bermacam-macam perasaan khalayak sama ada perasaan sedih, duka, gembira dan sebagainya. Puisi-puisi bertemakan kasih sayang ini boleh menjadi puisi terapi kepada khalayak kerana dapat marawat emosi dan memberi ketenangan kepada khalayak.

7.6 TEMA KEINDAHAN ALAM

Alam semula jadi adalah ciptaan Allah S.W.T yang dapat memberi ketenangan jiwa kepada manusia. Tidak dapat dinafikan lagi semua makhluk akan terpesona apabila melihat keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Keindahan alam ini dapat menjadikan seseorang individu menjadi tenang dari segi emosi dan fizikal. Ketenangan sangat penting dalam diri seseorang individu. Hal ini kerana ketenangan hati dapat menetapkan pendirian seseorang, mengawal diri dan bertindak positif.

Salah satu tema yang menjadi pilihan penyair ialah tema alam. Penyair menggarapkan tema keindahan alam dalam sajak-sajak untuk menggambarka keindahan ciptaan Allah. Di samping memberi ketenangan jiwa kepada khalayak. Contoh sajak yang berlandaskan tema alam dihasilkan oleh Amran Ibrahim Rashidi ialah Warisan Zaman, Rumpun Setia, Tenang Alam, Tunduk Berjasa dan Padi Rukun. Contoh puisi Warisan Zaman,

                                                           Warisan Zaman
                                               Alam adalah sahabat yang paling berjasa
                                               unggas dan mergastua berdendang tenang
                                               hamis tanah mengigatkan kepada alam abadi
                                               ranting di hujung dahan lambai-melambai mesra
                                               di pohon kenanga terukir indah peristiwa 
                                               kenangan manis yang tak mungkin di lupa. 
                                               Rumbia itulah meneduh keterikan
                                               rumbia jugalah mereda kesejukan
                                               sesekali menitis harapan dari celahan awan kalbu
                                               sesekali mengakar impian dari rekahan tanah retak seribu
                                               membasahi amal kontang di bumi
                                               bertunas iman dan taqwa dalam diri.

Daripada petikan ini penyair menggambarkan mengenai alam yang dikatakan sebagai sahabat yang banyak berjasa kepada manusia. Keindahan alam yang digambarkan dalam puisi ini menyebabkan ramai khalayak yang hidup di kota yang penuh dengan kesibukan dan kesesakan kota ingin menikmati suasana alam yang digambarkan oleh penyair. Penulis menggunakan unsur alam untuk memberi kesan terapi dan memberi ketenangan jiwa kepada masyarakat. Hal ini kerana, alam sering dikaitkan dengan perkara-perkara yang boleh memberi ketenangan jiwa seperti bunyi air terjun, kehijauan daun dan pokok dan sebagainya. Hal ini telah menimbulkan emosi khalyak yang ingin merasai ketenangan alam tersebut.

Selain itu, penyair juga banyak menggunakan simbol alam dalam sajak beliau. Simbol alam ini beliau gunakan untuk merujuk kepada sifat-sifat insan seperti merendah diri. Puisi simbol alam ini dapat dilihat menerusi sajak Tunduk Berjasa.

                                                    Tunduk Berjasa
                                               Padi resminya tunduk berjasa
                                               tumbuh melata serata buana
                                               tinggi budinya tinggilah jiwa
                                               budiman pula padalah bangsa.
                                               Tunduk makinnya berisi pula
                                               tidaklah lupa pada alamnya
                                               hidup matinya subur bernyawa
                                               jejak bermakna nilai budaya.

Puisi di atas menjelaskan mengenai sifat seseorang manusia yang merendah diri. Manusia yang merendah diri selalunya akan dipandang baik oleh masyarakat sekeliling dan akan dilayan dengan baik. Walaupun mempunyai banyak ilmu atau harta kekayaan, namun manusia itu tetap merendah diri disebabkan oleh sifat yang mulia. Puisi Tunduk Berjasa ini menggunakan unsur alam sebagai simbol yang merujuk kepada seorang manusia. Penulis menggunakan unsur alam iaitu padi. Padi sering diperkatakan oleh masyarakat merupakan sejenis tumbuhan yang semakin berisi semakin tunduk. Ramai masyarakat yang sering menggunakan ‘padi’ sebagai simbol kepada manusia yang merendah diri.

7.7 SUMBANGAN PENULIS

Berdasarkan kepada puisi-puisi yang telah beliau hasilkan, jelaslah menunjukkan bahawa beliau banyak menghasilkan puisi yang berlatar mengenai masyarakat. Puisi-puisi beliau banyak yang menyentuh mengenai kehidupan masyarakat sama ada daripada aspek perpaduan kaum, kemanusiaan dan sebagainya. Hal ini memberi gambaran bahawa beliau merupakan seorang yang menitikberatkan isu-isu masyarakat. Walaupun beliau masih belum terkenal seperti penulis-penulis tersohor tanah air, namun sedikit sebanyak beliau banyak memberi sumbangan kepada masyarakat khususnya kepada masyarakat yang memerlukan terapi jiwa. Hal ini berketepatan dengan perjuangan beliau dalam bidang puisi iaitu puisi terapi.

Antara sumbangan beliau dalam dunia puisi ialah perjuangan dan pemikiran beliau dalam menulis puisi. Beliau memperjuangkan puisi terapi untuk memberi kesan emosi dan terapi jiwa kepada masyarakat umum khususnya kepada masyarakat yang mempunyai ketidakseimbangan emosi atau jiwa. Umumnya, terapi jiwa merupakan satu jenis perubatan secara alami yang menggunakan muzik sebagai salah satu cara untuk mengubati emosi, perasaan dan tingkah laku. Beliau mengetengahkan puisi terapi ini kepada masyarakat bertujuan untuk memberi ketenangan jiwa dan sedikit sebanyak dapat memberi kesan kepada tingkah laku masyarakat ke arah kebaikan. Selain daripada menulis puisi, beliau juga mahir dalam mendeklamasikan sajak. Beliau mendeklamasikan sajak berlatarkan muzik yang dapat memberi unsur terapi. Hal ini berketepatan dengan pemikiran dan perjuangan beliau dalam memberi terapi kepada masyarakat. Daripada kata-kata melalui puisi yang telah dihasilkan didendangkan dengan bentuk deklamasi puisi dengan iringan muzik sedikit sebanyak dapat menyentuh jiwa dan emosi pendengar.

Tambahan lagi, beliau juga bukan shaja menghasilkan puisi-puisi moden seperti sajak bahkan menulis puisi-puisi traditional seperti syair, gurindam, pantun, nazam dan sebagainya. Ini merupakan salah satu alternatif untuk mengekalkan hasil seni orang Melayu dalam kesusasteraan Melayu agar kesenian ini tidak di telan zaman. Beliau juga banyak menghasilkan lagu-lagu puisi seperti puisi Anugerah, puisi Nur Qalbi dan lagu puisi Bintang Timur. Kesemua lagu ini dinyanyikan sendiri oleh beliau dan tujuan utama lagu-lagu ini adalah untuk memberi kesan terapi kepada masyarakat. Sebahagian daripada persembahan beliau telah disiarkan di kaca televisyen dan radio. Semua ini merupakan sumbangan yang beliau berikan terutama dalam dunia kesusasteraan Melayu.


8.0 KESIMPULAN

Menerusi kajian ini, dapat disimpulkan Amran Ibrahim Rashidi merupakan seorang penulis yang bebakat besar dalam bidang sastera. Berdasarkan kepada perjuangan dan pemikiran yang beliau ketengahkan dalam puisi memaparkan bahawa beliau seorang yang peka dengan isu-isu semasa terutama perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat. Perjuangan yang beliau bawa menerusi puisi terapi jiwa dapat dilihat berdasarkan kepada puisi-puisi yang beliau hasilkan. Berdasarkan kepada sajak-sajak yang menjadi pilihan dalam kajian ini memperlihatkan bahawa sajak-sajak yang beliau hasilkan dapat memberi unsur terapi dan menyentuh emosi pembaca dan pendengar. Antaranya seperti tema keagamaan, tema kasih sayang, tema perpaduan dan tema alam. Kesemua tema ini boleh memberikan kesan terapi melalui kata-kata yang terdapat dalam puisi tersebut. Tambahan lagi, beliau merupakan seorang deklamator dan ini merupakan salah satu perjuangan beliau yang memberi kesan terapi melalui alunan muzik.

Berdasarkan kepada sajak-sajak pilihan dalam kajian ini, pengkaji hanya mengambil 24 sajak hasil tulisan beliau. Umumnya, beliau mempunyai banyak sajak yang sudah diterbitkan oleh syarikat-syarikat penerbitan dan beliau juga akan mengeluarkan buku sulung iaitu Bintang Timur yang diterbitkan oleh ITBM dan PENA. Buku sulung ini merupakan kumpulan puisi yang mengisi semua hasil-hasil penulisan beliau. Buku Bintang Timur ini mengandungi 49 jenis puisi dan puisi-puisi ini mengetengahkan puisi terapi sejajar dengan perjuangan dan pemikiran beliau. Analisis kajian berdasarkan kepada puisi-puisi beliau memaparkan sumbangan yang secara tidak langsung menaikk an dunia kesusasteraan Melayu. Walaupun beliau masih belum terkenal seperti tokoh-tokoh sastera, namun beliau memberi sumbangan yang besar menerusi puisi terapi.

Pengkaji mengharapkan agar beliau meneruskan perjuangan dalam bidang puisi dan mengangkat dunia sastera keperingkat yang lebih tinggi sama ada dalam Negara atau luar Negara. Tambahan lagi, pengkaji mengharapkan agar nama beliau lebih dikenali dalam dunia kesusasteraan Melayu menerusi puisi terapi dan lagu muzikal yang dapat memberi sentuhan emosi dan jiwa para pendengar.


9.0 BIBILIOGRAFI

  1. Institut Jantung Negara, 2013.Trapi Minda. Muzik Tenangkan Jiwa, Harian Metro. http://www.ijn.com.my/index.php/events-a-news/news/372-terapi-minda-muzik-tenangkan-jiwa-harian-metro-17-may-2013. Dipetik pada 10.11.2014 pada 9.15pm.
  2. JamesYeow. Pengenalan Mzuk Terapi. http://www.angelfire.com/ky/jyeow/bmversi.html. Dipetik pada 10.11.2014 pada 10.45pm.
  3. Kamus Dewan (Edisi Keempat), 2013. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
  4. Temu bual bersama Amran Ibrahim Rashidi pada 9.10.2014 dan 2.11.2014 bertempat di Universiti Malaya dan Taman Gombak Ria, Selangor.
  5. Umar Junus, 1976. Perkembangan Puisi Moden Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
  6. Umar Junus, 1971. Puisi Melayu Moden : nota-nota Kuliah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya


10.0 LAMPIRAN

10.1 Sesi Temu Bual bersama Amran Ibrahim Rashidi

10.2 SAJAK-SAJAK AMRAN IBRAHIM RASHIDI

                                                Hingga Hujung Nyawa
                                               Hingga hujung nyawa
                                               berdegup jiwa puisi
                                               hembusan kalbu dan sukma
                                               cinta kasih nan suci
                                               abadilah kau di sisi
                                               berdenyutlah di relung hati.
                                               Mengarca makna diri
                                               terukir indah peribadi
                                               mengerdip bak bintang kejora
                                               menghias malam yang sunyi
                                               membias bak pelangi
                                               mewarnai alam mensyukuri
                                               mengambang bak purnama
                                               di dada malam menyuluhi
                                               terbitnya bak mentari
                                               sehamparan siang menyinari.


                                                   Lewat Usia
                                               Di lewat usia
                                               termenung di jendela
                                               sepi hidup bersisa
                                               seringkali menghitung tuaian
                                               di ladang kehidupan
                                               sesekali menjenguk semaian
                                               di perbatasan harapan
                                               entah menguning
                                               entahkan hampa di pertengahan.
                                               Menanti saat tiba
                                               di permukaan setia
                                               mengecap nikmat bahagia
                                               di hamparan jiwa
                                               dengarlah bisik hati
                                               dari kekasih sejati
                                               detik-detik kita
                                               menyemai kasih mesra.


                                                               Menadah Nur
                                               Bersimpuh di sejadah insani menadah nur kasih Mu
                                               saat alam sembunyikan sinar benderang yang silau
                                               purnama hadir bercahaya syahdu temani diri
                                               dingin nafas bumi menghembus tenang kalbu
                                               sesekali mengerdip bintang harapan menyapa
                                               menjadi saksi jiwa hamba merintih hiba
                                               merayu damai ke negeri abadi.
                                               Titis-titis insaf membasahi amal kontang
                                               menunda kemarau nasuha di padang kehidupan
                                               tersemai benih taubat di ladang kembara rohani
                                               debu kesal melayang terbang ke sempadan iman
                                               jabar taqwa hadir di pandangan mata hati
                                               nun di sana lurus kebenaran menanti 
                                               langkah ibadah menjejak amanah.
                                               Bayangan hidayah berdampinglah di sisi
                                               sesetia bulan menyeri malam kelam menemani
                                               seiltizam mentari menerangi siang suluh berbakti
                                               walau seri kian mengesot pergi
                                               walau terang kian menunduk pasti
                                               tetaplah bersama bayangi diri
                                               terlalu terlukan andai menghilang lagi.
                                               Wahai sang nyawa yang hidup 
                                               malaikat maut sedia menunai perintah
                                               jantung direntap denyut terhenti
                                               menggigil sekujur tubuh kesakitan
                                               roh dan jasad pun terpisah
                                               syahadah peneman kalimah pemergian.
                                               Di hamparan ini redha akan ketentuan 
                                               andai diberi pilihan ingin berakhir di sini
                                               terlalu berat untuk bangkit dari rintihan
                                               sesungguhnya hamba-Mu insan yang lemah.

MENULIS PUISI, KAJIAN PENULIS PUISI[sunting sumber]

                                                                MENULIS PUISI
                                                                   AKEA3314
                                         
                                               PENSYARAH: DR. MOHAMAD SALEEH BIN RAHAMAD @ AHAMAD
                                                   
                                                     TAJUK TUGASAN : KAJIAN PENULIS PUISI
                                                     Dunia Penyairan Amran Ibrahim RashidiPuisi Terapi Jiwa, Penyembuh Emosi


                                                   NAMA PELAJAR : NURUL FARHANA BT ABDULLAH
                                                             NO. MATRIK: JEE130018
                                                    FAKULTI     : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU


1.0 PENGENALAN

Za’ba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini, perkara yang dikatakan itu menarik hati orang yang mendengarnya. Seterusnya Za’ba mengatakan bahawa karangan berangkap itu ialah karangan yang disusunkan dengan bahagian yang berkerat-kerat, dan antara sekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyi, rentak atau isinya, serta kebanyakan memakai timbangan atau sukatan yang tertentu.

Kajian ini tertumpu untuk mendekati penulis yang telah berjaya menghasilkan karya dalam dunia sastera. Penulis pilihan yang dilakukan oleh pengkaji ialah Amran Ibrahim Rashidi. Dari segi pengolahan bahasa, falsafah yang digunakan oleh penulis akan dirungkaikan untuk membuka skop pemikiran masyarakat tentang puisi yang tidak hanya jumud dalam dunianya yang tersendiri.


Penulis Pilihan: Amran Ibrahim Rashidi

2.0 BIODATA PENULIS

Amran bin Ibrahim Rashidi dilahirkan di Kuala Kangsar,Perak pada 1 Jun 1981. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala Kangsar, Perak dan Sekolah Rendah Kebangsaan Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Pendidikan menengah yang diterima oleh beliau ialah di Sekolah Menengah Agama Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Besi, Kuala Lumpur. Beliau merupakan pelajar graduasi daripada Kolej Islam Antarabangsa atau International Islamic College Malaysia, Diploma Pentadbiran Perniagaan pada tahun 2008. Juga merupakan pelajar graduasi daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA Hons) (Pengurusan dan Keusahawanan) pada tahun 2014. dan merupakan aktivis puisi secara sepenuh masa.

Beliau sebenarnya mula membabitkan diri dalam dunia kesusasteraan melalui arena seni deklamasi puisi merdeka dan seni persembahan puisi yang lain, termasuklah muzikal puisi dan lagu puisi sebelum beranjak ke genre seni penulisan puisi. Antara media yang pernah menyiarkan karya beliau ialah Dewan Bahasa, Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan beberapa antologi puisi terbitan GAPENA, PENA, ITBM dan lain-lain.

Beliau telah menyertai dan pernah memenangi johan dan naib johan peringkat negeri Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka anjuran GAPENA, DBP, JKKN, MBM semenjak tahun 2003 sehingga kini. Malah beliau sering mendapat undangan persembahan puisi (deklamasi, muzikal, dekon, lagu) di RTM1,TV3, Ikim.Fm, TVAlhijrah, majlis korporat dan majlis sastera. Keaktifan penulis muda ini amat menyerlah, Amran Ibrahim Rashidi juga turut membuat persembahan puisi sehingga ke Sarawak, Brunei dan Indonesia.

Beliau seringkali dilantik sebagai jurulatih, juri mahupun penceramah puisi dan lagu, dekon, muzikal puisi dan deklamasi puisi oleh institusi pendidikan, badan kerajaan dan badan korporat sehingga kini. Hal ini kerana Amran Ibrahim Rashidi turut mahir menulis, mengacara, menyanyi, dan mendeklamasi puisi. Penglibatan aktif beliau juga dapat dilihat dalam penyertaannya di bengkel-bengkel dan seminar penulisan anjuran DBP, PENA, dan GAPENA. Keberanian dan kemampuan penulis juga telah meningkatkan kepercayaan banyak pihak sehingga dilantik sebagai Setiausaha Kelab Penyair dan Deklamator GAPENA.

Penulis sedang mengusahakan muzikal puisi terapi untuk dimajukan dalam bentuk buku, cakera padat, video dan juga e-buku. Selain itu turut menjadi salah seorang aktivis puisi terapi secara sambilan, Amran Ibrahim Rashidi juga merupakan salah seorang tenaga pengajar Feseni Kolej Kediaman ke-8 Universiti Malaya. Melalui hasil temubual juga, beliau dilihat sebagai seorang yang tidak “kedekut ilmu” malah dalam temubual terbabit juga dapat diketahui bahawa hobi yang sering dilakukan semasa waktu lapang antaranya ialah menulis puisi, deklamasi puisi dan menyanyi lagu puisi.


3.0 KARYA YANG TELAH TERHASIL

Kumpulan Puisi Bintang Timur terbitan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), 10 Disember 2014. Memuatkan tema ketuhanan,alam,perpaduan,kemanusiaan dan tidak ketinggalan perjuangan bahasa Melayu. Antara yang sesuai untuk dideklamasikan ialah “Degup Pahlawan” yang mengungkapkan kisah perjuangan menuntut tanah air di Bukit Kepong pada suatu masa dahulu. Buku beliau dapat memberi ransangan dan terapi hati, minda serta mendidik jiwa pembaca. Contoh:

                                               Degup pahlawan berdenyut kencang
                                               di setiap nafas terhembus pengorbanan
                                               alirnya ke setiap inci tubuh dan jasad
                                               tembusi ruang perjalanan panjang
                                               tidakkan hilang dimamah zaman
                                               keringatmu membela bangsa
                                               jasamu menyubur jiwa.

Tulisannya banyak kepada tumbuhan contohnya sajak “Tunduk Berjasa” merujuk kepada padi, “Kuntuman Perpaduan” pula menggunakan gambaran bunga. Melalui hasil temubual, menurut beliau alam sekitar, kemanusiaan merupakan tema yang sesuai sepanjang zaman, contohnya “Titisan Kasih Ibu”. Jelas dapat digambarkan dalam penulisan beliau banyak mencipta perlambangan yang statik dan tak bernyawa seperti haiwan tetapi lebih kepada tumbuhan. Menurut penulis, kepentingan puisi ialah dapat memandu manusia ke arah yang lebih baik. Penulis juga tidak terkecuali mengangkat kejujuran berpuisi dalam mengkritik kerajaan contohnya dalam puisi “Rimbun Bersih”.

                                               Angin sepoi-sepoi bahasa Hang Tuah berlagu pilu
                                               daun-daun sejarah Salatus Salatin berguguran
                                               menyembah bumi nan bertuah
                                               redup pilu damai peribadi
                                               bergadai budi diwarisi terus berbakti
                                               pada tanah pusaka bercambah tunas perjuangan
                                               rela Melayu demi parasit
                                               rela Melayu demi kesetiaan
                                               rela Melayu demi kuasawan.


4.0 PENCAPAIAN PENULIS

Amran Ibrahim Rashidi merupakan seorang deklamator atau pemuisi yang terbukti seorang aktif dan juga rajin. Beliau sering berusaha untuk meningkatkan cara penulisan dan penyampaian puisi kepada masyarakat. Antara yang telah dicapai oleh beliau ialah kejayaan membuat rakaman album deklamasi. Rakaman deklamasi puisi merdeka yang dilakukan oleh beliau telah dimuatkan dalam Koleksi Cakera Padat Suara Juara Deklamator Kelab Penyair dan Deklamator GAPENA 2014. Selain itu, beliau turut terlibat dalam penghasilan suara deklamasi 11 puisi Koleksi Cakera Padat Puisi Bermontaj terbitan DBP 2009.Album Puisi Terapi Bintang Timur 2015 turut dijayakan oleh penulis Amran Ibrahim Rashidi.

Kejayaan penulis juga dapat dilihat dari segi penyertaan dan pencapaian sayembara deklamasi puisi. Penulis telah berjaya dinobatkan sebagai Johan Malam Puisi Merdeka anjuran Yayasan Warisan Negara, Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia dengan kerjasama Istana Budaya 2014. Keaktifan dan keterlibatan beliau terus lagi disemarakkan dengan kejayaan beliau sebagai Johan Sayembara Deklamasi Puisi Patriotik Putrajaya, Persint 11 2011. Malah dalam Sayembara Deklamasi Syair peringkat Putrajaya, Persint 11 2010 yang telah dianjurkan, sekali lagi anugerah johan berjaya diperolehi oleh penulis. Boleh dikatakan kebanyakan pertandingan yang dimasuki oleh beliau, pasti akan ada tempat yang berjaya dirangkul oleh Amran Ibrahim Rashidi. Johan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka peringkat Pahang, Auditorium Taman Budaya Pahang 2007 juga menjadi bukti pencapaian penulis yang tidak asing lagi dalam dunia penyairan.

Pencapaian Amran Ibrahim Rashidi juga dapat dilihat dari segi lagu, muzikal puisi dan muzikal deklamasi. Beliau banyak memenuhi undangan dan dilihat sebagai seorang penyair muda yang aktif untuk menghidupkan puisi terapi kepada masyarakat. Sebagai buktinya beliau telah dijemput untuk membuat persembahan lagu berbentuk ketuhanan, lagu Zapin dan muzikal puisi di Majlis Makan Malam Amal Syria, Hotel De Palma Ampang, anjuran Malaysia Life Line for Syria yang dirasmiakan oleh Syeikh Kurayyim Rajeh, Ulama Syria, pada 6.7.2013. Selain itu, persembahan lagu puisi Zapin Pejuang dan lagu puisi Syair Ya Palestina telah dipertontonkan kepada khalayak di Majlis Pelancaran Antologi Puisi Lantera Sastera Penyair Empat Negara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bertarikh 22.6.2013. Penulis dilihat mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam menarik anak muda untuk turut sama membangunkan dunia sastera yang kini dilihat kurang dipandang oleh sesetengah masyarakat. Falsafahnya yang ingin mewujudkan puisi terapi sering digunakan dalam persembahan beliau. Hal ini boleh dilihat melalui persembahan beliau yang sering menggunakan alatan-alatan muzik yang dapat mewujudkan terapi kepada jiwa masyarakat. Alatan muzik seperti gambus digunakan dalam puisi terapi jiwa, hal ini dapat dilihat dalam persembahan muzikal puisi “Sayap Intifada” dan “Daerah Keinsafan”yang diringi petikan gambus secara langsung yang disiarkan dalam Rancangan Assalamualaikum, TV Alhijrah bertarikh 29.11.2014.

Amran Ibrahim Rashidi juga bergiat aktif dalam bidang pengacaraan dan sering menjadi jurulatih jemputan. Dalam bidang pengacaraan, dengan bakat yang telah dimiliki oleh beliau yang bijak menguasai pentas beliau telah menjadipengacara di kebanyakan seminar dan konsert-konsert. Konsert Festival Gambus kali ketiga anjuran National Conservatory Gambus dan Muzium Seni Asia Unversiti Malaya, yang bertarikh 21.12.2014 merupakan salah satu majlis yang menjadikan beliau sebagai pengacaranya.Beliau telah dijemput menjadi Jurulatih Dekon Puisi Kolej Kedua belas dan Kolej Kelapan Univerisiti Malaya, pada bulan Januari hingga Mac 2015. Penglibatan dan kemampuan penulis dapat diserlahkan lagi dengan kemampuannya sebagai Pembentang Resolusi di Konvensyen Pemikir Muda, UITM Shah Alam. Beliau telah mewakili Penulis Muda GAPENA yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri, 2012.

Amran Ibrahim Rashidi berjaya menunjukkan kemampuannya sebagai seorang yang disegani dalam dunia penyairan. Hal ini boleh dilihat dari segi kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat untuk menjadikan beliau sebagai hakim sayembara deklamasi puisi. Contohnya sebagai hakim Pertandingan Dekon Sajak peringkat saringan dan separuh akhir anjuran Jabatan Penjara Malaysia yang bertarikh 5.9.2014 dan hakim Sayembara Deklamasi Sajak Pewaris Melayu anjuran Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya bertarikh 20.5.2014. Amran Ibrahim Rashidi turut sama dilihat sebagai seorang yang diberi perhatian oleh pihak media, sebagai buktinya beliau sering mendapat jemputan dari pihak luar untuk mendeklamasikan puisi.Temubual puisi dan deklamasi secara langsung bagi membantu promosi acara Baca Puisi anjuran JKKN dan DBKL di rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM1 bertarikh 30.3.2014, temubual bicara puisi dan deklamasi di rancangan Nukilan terbitan radio Ikim.Fm, 21.3.2014 dan temubual secara langsung bagi mempromosi Malam Tangisan Gaza selenggara Kelab Penyair dan Deklamator GAPENA di rancangan Selamat Pagi Malaysia merupakan antara jemputan media kepada beliau yang membuktikan nama Amran Ibrahim Rashidi tidak asing lagi dalam dunia penyairan.


5.0 GAYA PENYAIRAN

5.1 Pengucapan dan Pemikiran.

Penulis sering melebihkan sesuatu perlambangan yang tidak bernyawa. Menurut temubual yang telah diperolehi, beliau banyak menulis puisi dengan cuba untuk mengikat rima di belakangnya untuk menyedapkan bunyi sesebuah puisi seperti yang terdapat dalam puisi-puisi ciptaan orang-orang dahulu. Contohnya sajak “Kuntuman Perpaduan” :

                                               Harum mekar kuntuman perpaduan
                                               subur berkembang kelopak idaman
                                               mewarnai alam kehidupan insan
                                               mengharap rahmat dari Tuhan.
                                               Disemai benih nilai kesatuan
                                               gemburnya tanah baja kesetiaan
                                               bercambah keluhuran saling berpautan
                                               perlu-memerlukan sesama insan.

Menurut Amran Ibrahim Rashidi, beliau banyak memberikan sesebuah tajuk mengikut perkataan yang digunakannya dalam permulaan baris pertama. Dalam penghasilan sesebuah puisi, penulis baru biasanya mempunyai pengaruh semasa mengolah puisinya yang tersendiridalam proses membentuk identiti.

Menurut beliau juga, menulis dan membuat persembahan sesebuah puisi perlu mencari jiwa puisi itu sendiri agar mudah untuk menghasilkannya. Dari segi pembentukkan rima,menurut beliau, ianya keluar dari hati dan berlaku secara spontan. Gaya penyairan yang sering digunakan oleh beliau lebih kepada membangkitkan tema yang sejagat. Malah menurut beliau, cabaran yang tinggi dalam menghasilkan puisi ialah menonjolkan tema. Penulis juga mengaku bahawa puisilah yang berjaya membentuk keperibadian beliau yang dulu dikatakan sebagai seorang yang belum kenal erti kehidupan.

5.2 Bahasa dan Falsafah

Daripada bacaan banyak buku, penulis dapat menghasilkan sesuatu puisi yang mempunyai bahasa yang indah. Pengaruh daripada idola yang tertentu juga dapat membentuk bahasa dan falsafah yang digunakan dalam sesebuah penulisan. Amran Ibrahim Rashidi menggunakan falsafahterapi jiwa penyembuh emosi merawat hati. Beliau berhasrat untuk menjadikan puisi terapi sebagai suatu industri yang boleh dimasukkan dalam pendidikan dan perubatan seperti yang dilakukan oleh negara barat. Menurut beliau puisi terapi amat berpotensi untuk dikembangkan di Malaysia. Di Amerika,dikatakan bahawa warganya cepat untuk mencari pertolongan apabila mereka dilanda musibah. Salah satu bentuk terapi yang telah lama dikembangkan di Amerika adalah psychopoetry, yakni teknik memulihkan perasaan dengan menggunakan puisi.Gambus,seruling dan biola antara yang sering digunakan untuk menjadi gabungan terapi muzik. Umumnya Subjek yang sering digunakan oleh penulis lebih kepada tumbuh-tumbuhan. Antara yang dapat dilihat ialah dalam puisi “Padi Rukun”, “Tunduk Berjasa”.

                                       contoh: Padi resminya tunduk berjasa 
                                               tumbuh melata serata buana
                                               tinggi budinya tinggilah jiwa
                                               budiman pula padalah bangsa.

5.3 Pandangan Penulis Tentang Puisi

Idola sastera beliau ialah Pak Samad yang dilihat berani mengangkat sasterawan rakyat. Menurut beliau, dalam sesebuah penghasilan puisi tarikh dan tempat adalah penting. Bahasa yang digunakan adalah bahasa spontan. Manakala eleman alam dikaitkan dengan isu semasa sering menonjol dalam sesebuah puisi. Menurut Amran Ibrahim Rashidi bukan semua puisi boleh dideklamasikan. Jika dilihat secara halus ada drama dan klimaks dalam sesebuah puisi yang ingin ditonjolkan oleh seseorang penulis.

Pemilihan tajuk yang menarik juga dapat menarik masyarakat pembaca untuk mengetahui isi di dalamnya. Menurut beliau, ada penulis yang menghasilkan sesebuah tajuk dahulu barulah menulis isinya dan ada yag sebaliknya. Namun, dalam penulisan puisi beliau sering menulis tajuk dahulu, barulah isinya dikarang. Apabila ditanya tentang dunia kesusasteraan dipandang sepi oleh masyarakat, beliau menegaskan bahawa minat anak muda terhadap puisi boleh dipupuk kerana beliau juga bukanlah dari bidang kesusasteraan namun, telah jatuh cinta dengan puisi yang banyak menyedarkan beliau tentang kehidupan.


6.0 PENUTUP

Sebagai merumus terhadap kajian ini, perkenalan masyarakat umum kepada penyair-penyair yang terdapat dalam dunia penyairan dapat membantu untuk merancakkan lagi semangat masyarakat terutamanya generasi muda mendalami isi di dalamnya.Dalam pengkajian terhadap penulisan Amran Ibrahim Rashidi ini dapat meningkatkan pemahaman dan menjadi panduan yang khusus kepada pengkaji dalam penciptaan sesebuah puisi.

Pendekatan kajian puisi digunakan sebagai usaha membuktikan keindahan bahasa yang universal dalam sesebuah puisi yang memperlihatkan kebolehan penyair mengolah bahasa, memperhalusi serta menerap daya kreatif dalam menyampaikan maksud bahasa yang digunakan. Hal ini terbukti dapat dilihat dengan penghasilan karya-karya yang terdapat dalam buku sulung Amran Ibrahim Rashidi iaitu Kumpulan Puisi Remaja, Bintang Timur.


7.0 RUJUKAN

  1. Amran Ibrahim Rashidi (2012) Muzikal Puisi Terapi Titisan Kasih Bonda. Dipetik Daripada: https://www.youtube.com/watch?v=5QiD2w-NHYM
  2. Amran Ibrahim Rashidi Dipetik Daripada: https://www.facebook.com/amran.rashidi?fref=ts
  3. Amran Ibrahim Rashidi (2015).Kumpulan Puisi Remaja: Bintang Timur. ITBM, Kuala Lumpur.
  4. Amran Ibrahim Rashidi (2015).Kumpulan Puisi Remaja: Bintang Timur. ITBM, Kuala Lumpur. Temu bual, 29 Mac:5.00

MENGENALPASTI CIRI-CIRI PUISI DAN MENGANALISIS KEKUATAN YANG TERDAPAT DALAM KUMPULAN PUISI REMAJA BINTANG TIMUR[sunting sumber]

                Mengenalpasti Ciri-ciri Puisi dan Menganalisis Kekuatan yang Terdapat dalam Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur
                                                         AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
                                                             UNIVERSITI MALAYA
                                                               KUALA LUMPUR
                                                            PUISI MELAYU MODEN
                                                                 JEEA 2316
                Mengenalpasti Ciri-ciri Puisi dan Menganalisis Kekuatan yang Terdapat dalam Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur

                                              DISERAHKAN KEPADA : DR. NORHAYATI BINTI AB RAHMAN
                                                                NAMA PELAJAR                    
                                                           1.  GULZAR MD. JASIN      
                                                         2.  NURUL FAHANA ABDULLAH           


1.0 Pengenalan

Perkataan ‘puisi’ adalah berasal daripada bahasa Yunani, iaitu poieses yang bermaksud ‘penciptaan’. Dalam bahasa Latin pula, puisi disebut sebagai poietes atau poeta. Pada awalnya kata puisi adalah poieo,paio atau poea yng bermaksud membangun, menyebabkan, menimbulkan dan menyair. Selain itu, puisi juga didefinisikan sebagai ungkapan atau pernyataan fikiran dan perasaan penyair yang terbentuk dalam satu kesatuan struktur. Menurut Muhammad Hj.Salleh, puisi adalah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksaan penyairnya dan tradisinya manakala menurut H.B.Yassin pula, puisi adalah pengucapan dengan perasaan yang di dalamnya mengandungi fikiran-fikiran. Menurut Za’ba, “puisi khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan itu bertambah menarik kepada hati orang yang mendengarnya”.

Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur yang ditulis oleh Amran Ibrahim Rashidi mempunyai kekuatan yang tersendiri. Kekuatan yang dapat dikenal pasti dalam puisi-puisinya ialah dari aspek tema, struktur, gaya bahasa, suasana dan juga perlambangan. Seperti yang diketahui umum, Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur mempunyai pelbagai tema yang berkait rapat dengan kehidupan manusia. Oleh itu, puisi-puisi yang terdapat dalam buku ini memenuhi tuntutan semasa dan Amran Ibrahim Rashidi turut terkenal dengan puisi-puisi terapi jiwa yang memberi kesan kepada jiwa pembaca.

Sementara itu, kumpulan puisi yang ditulis oleh Amran Ibrahim Rashidi mempunyai mesej dan pengajaran yang berguna kepada masyarakat. Setiap puisi yang dicipta oleh Amran Ibrahim Rashid mempunyai kekuatan yang tersendiri yang sekaligus dapat mengangkat hasil karyanya dan dikenali ramai.


2.0 Objektif

Terdapat dua objektif kajian dalam Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur iaitu:

  1. Mengenalpasti ciri-ciri puisi dalam Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur.
  2. Menganalisis kekuatan yang terdapat dalam Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur.


3.0 Skop Kajian

Kajian ini tertumpu kepada puisi yang dipilih dalam Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur hasil penulisan Amran Ibrahim Rashidi. Kajian ini tertumpu kepada ciri-ciri puisi moden iaitu tema, gaya bahasa, struktur, pemikiran dan sebagainya. Selain itu, kajian ini turut memperlihatkan kekuatan yang terdapat dalam Kumpulan Puisi Remaja: Bintang Timur yang ditulis oleh Amran Ibrahim Rashidi. Selain itu, buku hasil tulisan Amran Ibrahim Rashidi dipilih sebagai analisis kajian adalah berdasarkan pencapaian dan sumbangan beliau dalam bidang sastera khususnya puisi. Hal ini demikian kerana, kemahiran dan kebolehan beliau yang mahir dalam menulis puisi dan mahir dalam deklamasi puisi. Beliau merupakan seorang penulis yang mengetengahkan pemikiran berdasarkan kepada unsur terapi jiwa dalam puisi-puisi yang beliau hasilkan. Puisi terapi jiwa merupakan pemikiran yang dibawa oleh beliau dalam penulisan puisi sekaligus mendeklamasikan puisi diiringi oleh iringan muzik. Perkara ini menarik minat pengkaji untuk memilih buku hasil tulisan beliau sebagai analisis kajian ini. Terapi jiwa ini sedikit sebanyak boleh memberi inspirasi dan sentuhan emosi kepada pendengar. Sememangnya, puisi-puisi Amran Ibrahim Rashidi mempunyai kekuatan yang tersendiri. Sementara itu, justifikasi kajian ini ialah puisi-puisi dalam kumpulan puisi ini memenuhi tuntutan semasa dari aspek kemanusiaan, ketuhanan, perjuangan agama, bangsa dan bahasa. Secara umumnya, buku ini dapat memberi ransangan terapi hati, minda dan mendidik jiwa pembaca yang memilikinya untuk manfaat bersama secara bacaan dalam hati mahupun pendengaran di halwa telinga. Selain itu, pemilihan buku ini adalah kerana dapat menyuntik semangat kebersamaan dan nilai keinsanan sekali gus dapat berkongsi kemanfaatan sesama insan.


4.0 Metodologi Kajian

Metodologi yang digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan data dan maklumat ialah kaedah kepustakaan. Bahan kajian ini diperolehi di Perpustakaan Utama Universiti Malaya dan Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu. Bahan-bahan yang berkaitan kajian dirujuk dan dipinjam di perpustakan-perpustakaan tersebut sebagai bahan tambahan semasa kajian dijalankan. Dengan kaedah sekunder ini juga, penting untuk melakukan kajian bagi menunjukkan kekuatan puisi-puisi dalam buku Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur. Selain itu, buku Umar Junus iaitu Perkembangan Puisi Melayu Moden turut menjadi bahan rujukan dalam kajian ini.


5.0 Analisis

Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur sememangnya mempunyai kekuatan yang tersendiri. Penulis buku ini ialah Amran Ibrahim Rashidi yang mengandungi 76 buah puisi yang terdiri daripada pelbagai tema. Puisi yang ditulis oleh Amran Ibrahim Rashidi merupakan puisi terapi jiwa yang sangat sesuai dengan masyarakat. Oleh itu, kajian ini akan membahaskan atau membicarakan tentang kekuatan puisi-puisi Amran Ibrahim Rashidi dalam Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur.

Kekuatan yang terdapat dalam Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur ialah dari aspek tema. Tema merupakan pokok persoalan atau inti yang hendak dikemukakan oleh penyair. Selain itu, tema juga dapat didefinisikan sebagai gagasan, idea atau pemikiran utama penyair. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita dan sebagainya. Kumpulan Puisi ini mengemukakan pelbagai tema termasuk ketuhanan, kemanusiaan, perpaduan dan perjuangan agama dan bahasa Melayu. Tema yang pertama ialah tema ketuhanan atau keagamaan. Penyair telah menyentuh tema seperti ini dalam puisi “Nur Qalbi”. Puisi “Nur Qalbi” ini dicipta oleh Amran Ibrahim Rashidi yang menceritakan tentang hubungan manusia dengan Allah. Ini dapat dibuktikan lagi melalui petikan puisi di bawah,

                                               Tertawan aku sendiri
                                               meratapi resah dosa ini
                                               berserah pada Ilahi
                                               kabulkan bisik hati            			  
                                                                     (Nur Qalbi, 47)

Melalui petikan puisi di atas, dapat dibuktikan bahawa penyair memaparkan tema ketuhanan atau keagamaan. Penggunaan kata “aku” merujuk kepada hamba atau manusia yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Sementara itu, penyair juga menegaskan bahawa setiap perkara yang berlaku adalah kehendak Allah dan sebagai manusia mestilah berserah kepadaNya kerana sesungguhnya Dia mengetahui segalanya. Berdasarkan kepada tema keagamaan ini, penulis memberi sentuhan emosi berdasarkan kepada kesedaran dalam aspek keagamaan. Ini secara tidak langsung dapat memberi kesan terapi kepada pembaca menerusi kata-kata dalam puisi yang memberi fokus kepada kehidupan masyarakat yang selalu lalai dalam kehidupan dan berlinangan dengan dosa. Penulis memberi terapi jiwa agar masyarakat sedikit sebanyak mendapat impak yang positif. Tema yang dinyatakan oleh penyair sememangnya menjadi satu kekuatan bagi puisi “Nur Qalbi” kerana puisi ini menceritakan tentang keinsafan manusia akan dosa-dosa yang dilakukannya dan berharap Allah akan memberi cahaya keimanan. Oleh hal yang demikian, tema ini secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan kehidupan masyarakat di luar sana terutama masyarakat Islam yang sememangnya sangat mementingkan agama dan percaya kepada Allah.

Tema yang kedua dalam Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur ialah jihad agama. Tema ini jelas diperlihatkan oleh Amran Ibrahim Rashidi dalam puisi “Syair Yang Tinggal”. Berdasarkan puisi ini, penyair telah menjelaskan tentang perjuangan agama. Ini dibuktikan melalui petikan puisi di bawah :

                                               Takdir yang Esa demikian rupa
                                               keluh tiada yakin hikmahnya
                                               hanyalah Dia Maha Berkuasa
                                               iman di dada penuh hendaknya
                                               Bila dewasa ilmu ditempa
                                               mengaji agama ke hujung nyawa 
                                               budi bahasa jiwalah bangsa 
                                               tinggallah dunia tinggal amalnya			 
                                                                             (Syair Yang Tinggal, 63)

Sememangnya rangkap puisi di atas menerangkan tentang kepentingan ilmu agama dalam sesebuah kehidupan masyarakat. Melalui puisi ini juga, penyair menekankan tentang ilmu yang dipelajari seterusnya membawa kebaikan kepada masyarakat. Setiap masyarakat seharusnya memperjuangkan ilmu agama kerana ilmu agama itu adalah sesuatu yang bernilai dan tidak akan hilang dimamah zaman walaupun manusia yang memperjuangkannya sudah tiada malah meninggalkan banyak kebaikan kepada masyarakat di luar sana. Sementara itu, ilmu agama juga sangat penting dalam kehidupan manusia kerana dengan ilmu manusia dihormati dan disanjungi. Sememangnya, penyair telah menyuarakan kepentingan ilmu agama melalui puisi “Syair Yang Tinggal” dan melalui puisi ini juga dapat memberi kesedaran kepada pembaca. Penulis memberi gambaran keinsafan kepada pembaca berdasarkan kepada kata-kata yang indah yang dapat mempengaruhi emosi masyarakat. Ini turut diperkukuhkan lagi dengan firman Allah SWT iaitu “Sesungguhnya amalan-amalan itu dikira dengan niat dan setiap orang memperolehi apa yang dia niatkan”. [2][3] (al-Bukhari). Oleh hal yang demikian, tema jihad agama dalam puisi “Syair Yang Tinggal” sangat jelas diperlihatkan oleh penyair yang menjadi kekuatan puisi tersebut.

Tema ketiga yang menjadi kekuatan Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur oleh Amran Ibrahim Rashidi ialah tema perpaduan melalui bahasa. Penyair telah menyentuh mengenai tema perpaduan melalui bahasa dalam puisi “Kering Yang Layu”. Puisi ini menyuarakan kebimbangan penyair mengenai Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan. Ini dapat dibuktikan melalui petikan puisi di bawah:

                                               Gugusan bunga bahasa kering yang layu 
                                               pudar warna tiada bau 
                                               hanya menanti waktu gugur 
                                               menyembah bumi 
                                               hancur berdebu 
                                               berkecai... 
                                               Esok lusa subur bumi menghujani 
                                               rintik membasahi mungkin 
                                               tunas bercambah menghijau 
                                               redup bumi menimbun 
                                               kian meninggi 
                                               bunga bahasa mekar segar mewarnai 
                                               kembali…					
                                                                              (Kering Yang Layu, 28)

Berdasarkan rangkap di atas, dapat disimpulkan bahawa penyair begitu bimbang akan kedudukan Bahasa Melayu yang semakin lama semakin hilang. Seperti yang diketahui umum, sistem pendidikan dalam negara sedikit sebanyak telah memberi impak yang negatif terhadap Bahasa Melayu sehingga Bahasa Melayu dipinggirkan dan Bahasa Melayu jarang digunakan dalam majlis-majlis formal. Ini secara tidak langsung menimbulkan rasa kebimbangan semua pihak termasuklah penyair. Dengan ini, penyair telah menyuarakan kebimbangannya itu melalui puisi “Kering Yang Layu” supaya masyarakat sedar akan kepentingan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, bahasa dapat mewujudkan perpaduan dalam sesebuah negara. Perpaduan merujuk kepada penyatuan dalam sesebuah masyarakat dan juga merujuk kepada perhubungan sosial yang mengaitkan manusia.. Perpaduan sangat penting kerana perpaduanlah keadaan dan suasana akan menjadi lebih aman dan teratur. Melalui puisi “Kering Yang Layu”, beliau memberi penekanan terhadap bahasa dan berharap agar bahasa dapat dipertahankan dan akan kembali mekar seperti dahulu. Oleh hal yang demikian, puisi “Kering Yang Layu” sememangnya mempunyai kekuatan dari aspek tema kerana tema yang dipaparkan oleh penyair memberi impak yang positif yang kepada pembaca dan secara tidak langsung dapat mengangkat puisi tersebut sebagai puisi yang hebat kerana mempunyai kekuatan yang tersendiri.

Tema keempat yang menjadi kekuatan puisi Amran Ibrahim Rashidi ialah tema kasih sayang melalui puisi “Titisan Kasih Bonda”. Puisi ini berkisarkan tentang kasih sayang yang berpanjangan antara anak dan ibu walaupun ibunya sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Contoh di bawah memperlihatkan tema kasih sayang yang dipaparkan oleh penyair:

                                               bibir tak pernah kering mengecap 
                                               setitis susumu adalah darahku 
                                               sehela nafasmu adalah nyawaku 
                                               sebuah pengorbananmu adalah hidupku 
                                               seuntai kasihmu adalah sayangku 
                                               dirimu tak pernah jemu 
                                               mengasihi hingga akhir hayat		
                                                                         (Titisan Kasih Bonda,70)

Jelaslah, melalui puisi di atas, penyair telah menimbulkan unsur kasih sayang antara ibu dan anak. Menurut kamus Dewan, kasih sayang dapat didefinisikan sebagai cinta, kasih, perasaan belas kasihan dan juga berkasih sayang. Tema kasih sayang banyak digarapkan dalam penulisan puisi. Oleh itu, terdapat ramai penulis puisi yang memasukkan tema kasih sayang dalam puisi-puisi yang dihasilkan. Umpamanya, Amran Rashidi Ibrahim banyak memasukkan tema kasih sayang dalam puisi-puisinya dan salah satu daripadanya ialah puisi “Titisan Kasih Bonda”. Tema yang digarapkannya secara tidak langsung dapat menyentuh emosi pembaca sekaligus memberi santapan rohani kepada khalayak. Umumnya, kasih sayang merupakan satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia dan dalam sesebuah keluarga. Melalui kasih sayang, manusia akan hidup gembira dan bahagia. Perkataan “mengasihi hingga akhir hayat” menunjukkan bahawa penyair meletakkan aspek kasih sayang yang berpanjangan antara ibu dan anak. Oleh itu, tema kasih sayang ini sekaligus menjadi kekuatan puisi Amran Ibrahim Rashidi.

Seterusnya tema perjuangan. Amran Ibrahim Rashidi telah memaparkan tema perjuangan dalam puisi “Degup Pahlawan”. Selain tema kasih sayang, perjuangan agama, ketuhan dan bahasa, Amran Ibrahim Rashidi juga telah menyentuh tema perjuangan yang secara tidak langsung menjadi kekuatan puisi yang dihasilkannya. Contohnya dapat dilihat melalui petikan puisi “Degup Pahlawan":

                                               Degup pahlawan berdenyut kencang 
                                               di setiap nafas terhembus pengorbanan 
                                               alirnya ke setiap inci tubuh dan jasad 
                                               tembusi ruang perjalanan panjang 
                                               tidakkan hilang dimamah zaman 
                                               keringatmu membela bangsa 
                                               jasamu menyubur jiwa				
                                                                                   (Degup Pahlawan, 14)

Berdasarkan rangkap puisi di atas, dapat dibuktikan bahawa penyair telah menekankan tema perjuangan pahlawan tanah air. Puisi ini berkisarkan tentang perjuangan parajurit dan pengorbanan mereka untuk menegakkan tanah air daripada penjajah. Puisi “Degup Pahlawan” yang ditulis oleh Amran Ibrahin Rashidi memberi mesej dan pengajaran kepada pembaca atau masyarakat di luar sana mengenai pengorbanan pejuang tanah air. Melalui puisi ini juga, pembaca dapat memperingati segala pengorbanan dan jasa para pejuang terdahulu dalam menegakkan tanah air untuk memperolehi kemerdekaan. Melalui puisi ini, jelaslah bahawa Amran Ibrahim Rashidi sememangnya memperlihatkan tema perjuangan dalam karyanya.

Kekuatan yang seterusnya ialah dari aspek gaya bahasa. Gaya bahasa merupakan salah satu unsur dalam sesebuah puisi. Gaya bahasa adalah cara khas yang menyatakan fikiran dan perasaan dalam bentuk tulisan atau lisan. (Moelino,1989). Dalam puisi, penyair berusaha menyampaikan idea, perasaan dan fikirannya dengan menggunakan bahasa yang dibuat sedemikian rupa sehingga tampak indah dan penuh makna. Menurut Umar Junus, gaya bahasa ialah manipulasi penggunaan bahasa sesuai dengan yang ingin dinyatakan penulisnya sehingga menimbulkan kesan tertentu kepada pembaca. Hb Yassin pula menyatakan bahawa gaya bahasa adalah perihal memilih dan menggunakan kata sesuai dengan pemikiran yang ingin disampaikan. Menurut Kamus Dewan, gaya bahasa ialah cara penggunaan bahasa atau pemakaian bahasa dalam sesebuah karya sastera. Bahasa dalam puisi berperanan memberi kejelasan makna, di samping membangkitkan emosi dan imaginasi kepada pembaca secara wajar. Oleh hal yang demikian, pembaca yang memahami gaya bahasa dengan baik secara tidak langsung akan dapat memahami isi dan kandungan pemikiran yang ingin disampaikan oleh penyair.

Seperti yang diketahui umun, terdapat banyak gaya bahasa yang digunakan oleh penulis dalam menghasilkan sesebuah karya. Antaranya ialah gaya bahasa simile, personafikasi, aliterasi, asonansi dan sebagainya. Dalam Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur terdapat gaya bahasa yang diguna oleh Amran Ibrahim Rashidi. Contohnya, gaya bahasa metafora, asonansi, aliterasi, anafora dan juga personafikasi. Gaya bahasa pertama yang terdapat dalam puisi-puisi Amran Ibrahim Rashidi ialah gaya bahasa Anafora. Gaya bahasa Anafora ialah pengulangan kata di depan baris yang sejajar atau berturutan. Gaya bahasa ini berfungsi menimbulkan kesan penegasan maksud dan keindahan irama. Sebagai contoh dalam puisi Nur Qalbi,

                                               Jangan jangan rebah diuji
                                               jangan jangan ternoda lagi			
                                               jangan jangan rebah diuji
                                               Berikan nur berikan nur qalbi				
                                                                          (Nur Qalbi, 47)

Perkataan “jangan-jangan” dalam rangkap puisi di atas dapat dibuktikan bahawa penyair menggunakan gaya bahasa Anafora yang menjadi kekuatan dalam menghasilkan karya iaitu puisi Nur Qalbi. Gaya bahasa ini memberi penegasan maksud atau makna yang ingin disampaikan iaitu penyair menjelaskan bahawa manusia perlu kuat dalam menghadapi setiap perkara yang diuji oleh Allah dan jangan sesekali mudah rebah dengan ujianNya. Oleh itu, pembaca dapat memahami pemikiran yang ingin disampaikan oleh penyair dengan gaya bahasa yang digunakan dalam puisi tersebut.

Gaya bahasa yang kedua ialah gaya bahasa Asonansi. Gaya bahasa Asonansi ialah pengulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris puisi. Gaya bahasa Asonansi bertujuan menimbulkan kesan kemerduan dan keindahan bunyi pada puisi. Ini dapat dibuktikan melalui puisi “Syair Yang Tinggal” dan juga puisi “Nur Qalbi”,

                                               Hilanglah nyawa nafas tiada 			
                                                                        (Syair Yang Tinggal,63)
                                               Jangan jangan ternoda lagi			 
                                                                       (Nur Qalbi,47) 

Berdasarkan petikan puisi di atas, gaya bahasa Asonansi telah ditonjolkan oleh penyair iaitu pengulangan bunyi vokal “a” dalam puisi “Syair Yang Tinggal” dan puisi “Nur Qalbi”. Ini jelas menunjukkan bahawa puisi yang dicipta oleh Amran Ibrahim Rashidi mempunyai kekuatan dari segi gaya bahasa. Gaya bahasa yang digunakan oleh penyair mampu menimbulkan kesan keindahan bunyi pada puisi dan sekaligus membuat jiwa pembaca merasa tenang. Sememangnya, Amran Ibrahim Rashidi terkenal dengan puisi-puisi yang menjadi terapi jiwa. Oleh itu, dengan penggunaan gaya bahasa yang sesuai oleh beliau dapat menjadikan setiap puisi-puisinya mempunyai kekuatan tersendiri yang mampu memikat para pembaca di samping puisi-puisinya sarat dengan mesej yang berguna.

Gaya bahasa yang seterusnya ialah gaya bahasa Aliterasi. Gaya bahasa Aliterasi ialah pengulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris puisi. Ianya berfungsi menimbulkan kesan kemerduan dan keindahan bunyi pada puisi. Misalnya dalam puisi “Syair Yang Tinggal”,

                                               budi bahasa jiwalah bangsa 		
                                                                       (Syair Yang Tinggal,63)
                                               menguning saujana di bendang kita 	
                                                                              (Tunduk Berjasa, 74)

Berdasarkan petikan puisi di atas, penyair memperlihatkan gaya bahasa Aliterasi dalam puisi “Syair Yang Tinggal” iaitu pengulangan bunyi konsonan “b” dan pengulangan konsonan “n” dalam puisi “Tunduk Berjasa”. Melalui gaya bahasa yang digunakan oleh penyair, dapat disimpulkan bahawa puisi-puisi Amran Ibrahim Rashidi mempunyai kekuatan dari aspek gaya bahasa. Begitu juga, gaya bahasa Personafikasi turut menjadi kekuatan dalam puisi Amran Ibrahim Rashidi. Gaya bahasa Personafikasi membawa maksud tindakan penyair memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak. Gaya bahasa jenis Personifikasi berfungsi menggerakkan imaginasi pembaca. Sebagai contoh dalam puisi Kuntuman Perpaduan,

                                               gemburnya tanah baja kesetiaan
                                               merimbun menaungi alam keikhlasan 	
                                                                              (Kuntuman Perpaduan,34)

Melalui petikan puisi di atas, perkataan “tanah baja kesetian” dan “alam keikhlasan” merupakan contoh gaya bahasa Personafikasi yang digunakan oleh penyair untuk menggerakkan imaginasi pembaca. Perkataan (tanah baja dan alam) merupakan sesuatu benda yang bukan hidup dan (kesetian dan keikhlasan) adalah sifat yang terdapat pada manusia. Oleh itu, jelaslah gaya bahasa Personafikasi yang dimasukkan oleh penyair dalam puisi “Kuntuman Perpaduan”. Gaya bahasa Metafora pula ialah penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. Gaya bahasa ini merupakan gabungan kata konkrit dan asbstrak. Sebagai contoh dalam puisi “Kering Yang Layu:,

                                               Gugusan bunga bahasa yang layu
                                               pudar warna tiada bau
                                               hanya menanti waktu gugur			
                                                                       (Kering Yang Layu, 28)

Perkataan (bunga bahasa) menunjukkan gaya bahasa Metafora di mana bunga merupakan sesuatu perkara yang dapat disentuh dan dapat dilihat yang dipanggil konkrit manakala bahasa adalah sesuatu yang tidak dapat disentuh yang dipanggil abstrak. Oleh itu, lahirlah gaya bahasa Metafora dalam puisi “Kering Yang Layu” oleh Amran Ibrahim. Sememangnya, karya Amran Ibrahim Rashidi mempunyai kekuatan dari aspek gaya bahasa. Hal ini demikian kerana, gaya bahasa yang ditonjolkan oleh beliau dapat menimbulkan keindahan dalam setiap puisi ciptaannya. Struktur atau bentuk juga merupakan salah satu kekuatan yang terdapat dalam puisi-puisi Amran Ibrahim Rashidi. Bentuk puisi bukan hanya dapat dilihat tetapi merangkumi bentuk isi dalamannya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar iaitu yang tersirat. Bentuk puisi melibatkan tiga perkara asas iaitu skema sukatan baris dan bunyi, gaya bahasa iaitu pemilihan kata atau diksi, dan makna skema susunan pengucapan dalam maksud, peraturan perkataan, fikiran dan kesatuan keseluruhannya. Secara umumnya, bentuk puisi terbahagi kepada dua iaitu bentuk luaran dan bentuk dalaman. Bentuk luaran merujuk kepada sifat-sifat binaan reka bentuknya yang dapat dilihat dengan jelas. Bentuk luaran termasuklah susunan baris dalam rangkap, susunan atau jumlah perkataan dalam baris dan susunan rima di hujung baris dalam rangkap. Misalnya, bentuk susunan baris dalam rangkap dan susunan rima tidak menentu dan tidak terikat mengikut keseimbangan isi dan bentuk. Ini boleh dilihat menerusi binaan puisi “Degup Pahlawan” seperti contoh di bawah:

                                               Degup pahlawan berdenyut kencang 
                                               di setiap nafas terhembus pengorbanan
                                               alirnya ke setiap inci tubuh dan jasad
                                               tembusi ruang perjalanan panjang
                                               keringatmu membela nasib
                                               jasadmu menyubur jiwa
                                               Roh dan jasad terbilang kian sepi
                                               Melenai barisan para syahid perang
                                               bergetar kalbu menghela sejarah kian lelah
                                               di bukit maruah belantara pusaka
                                               rebah tubuh berdarah menyembah bumi bertuah
                                               terlayang debu saksi kebenaran
                                               membisikkan pada alam sang purba setia
                                               angin selatan kencang khabarkan kisah tempur sebangsa
                                               disihir walang sang khianat petaka
                                               boneka kuasa naungan
                                               Bintang Tiga batu loncatan				
                                                                                                  (Degup Pahlawan,14)

Berdasarkan rangkap di atas, jelaslah menunjukkan bentuk susunan baris dalam rangkap dan susunan rima tidak menentu dan tidak terikat mengikut keseimbangan isi dan bentuk. Ini merupakan salah satu contoh bentuk luaran yang dipaparkan dalam puisi “Degup Pahlawan”.

Bentuk dalaman pula merujuk kepada sifat-sifat yang lebih abstrak, iaitu cara persembahan fikiran dan pernyataan perasaan. Pada setiap binaan puisi akan menggambarkan kesan fikiran serta perasaan penyair. Bentuk dalaman ini boleh didapati dalam berbagai-bagai jenis. Antaranya jenis balada (romantik), dramatik (sajak yang diselitkan dialog), elergi (sajak yang mengungkapkan perasaan dukacita dan keluh), epigram (sajak yang mengungkapkan nasihat atau pengajaran tentang kehidupan) dan sajak yang menunjukkan rasa cinta dan mengagungkan Tuhan. Amran Ibrahim Rashidi menggunakan simbol atau perlambangan alam dalam persembahan fikirannya. Sebagai contoh, penggunaan “padi” dalam puisi ‘Tunduk Berjasa’ yang membawa elemen epigram untuk tatapan khalayak.

                                               Padi resminya tunduk berjasa
                                               tumbuh melata serata buana
                                               tinggi budinya tinggilah jiwa
                                               budiman pula padalah bangsa
                                               tunduk makinnya berisi pula 
                                               tidaklah lupa pada alamnya
                                               hidup matinya subur bernyawa 
                                               jejak bermakna nilai budaya			
                                                                        (Tunduk Berjasa,74)

Puisi di atas menjelaskan mengenai sifat manusia yang merendah diri. Ini dapat dikaitkan dengan “padi” iaitu semakin berisi semakin tunduk ke bawah. Ini membawa maksud manusia seharusnya mempunyai sikap merendah diri walaupun mempunyai ilmu yang tinggi dan jangan bongkak terhadap manusia lain. Sememangnya, manusia yang merendah diri selalunya akan dipandang baik oleh masyarakat sekeliling dan akan dilayan dengan baik. Amran Ibrahim Rashidi telah menggunakan unsur alam sebagai simbol yang merujuk kepada sifat manusia dalam puisi “Tunduk Berjasa”. Jelaslah bahawa ini merupakan bentuk atau cara penyampaian fikiran penyair dalam puisinya. Selain itu, penyair turut meluahkan perasaan marah, sedih, gembira, mengharukan dan sebagainya dengan menggunakan bahasa yang sesuai untuk memberi kesan kepada pembaca. Contohnya, dalam puisi ‘Titisan Kasih Bonda’, penyair menyatakan perasaan sedih seorang anak yang kehilangan ibunya. Ini boleh dilihat dalam petikan puisi di bawah:

                                               Kukucup dahimu di usia kecil
                                               ketika aku terlalu dahagakan kasih 
                                               ketika aku mengharapkan belaian
                                               aku terlalu rindukanmu sungguh.
                                               Bersemadilah bonda di pusara abadi
                                               damai berkekal amal kebajikan 
                                               anakmu pasti mendoakan 
                                               ampunkan segala dosa bonda Ya Rabbi
                                               tempatkan dia syurga abadi
                                               izinkan anakmu meniti hidup
                                               terus melangkah tanpa titisan kasihmu bonda 	
                                                                                        (Titisan Kasih Bonda,70)

Menerusi puisi ini, penyair berjaya mengheret pembaca di luar sana menyelami perasaan sedih dan secara tidak langsung dapat memberi kesan kepada pembaca. Petikan puisi ini juga, menunjukkan bahawa pemilihan kata yang digunakan oleh penyair dapat menimbulkan emosi kepada khalayak. Misalnya, perkataan ‘terus melangkah tanpa titisan kasihmu bonda’. Ini menunjukkan bahawa penyair memaparkan perasaan sedih seorang anak yang kehilangan kasih sayang ibunya kerana ibunya sudah tiada dan pergi buat selama-lamanya. Hal ini sekaligus dapat menimbulkan kesan sedih khalayak yang turut sama merasai situasi seperti penyair. Jadi, kekuatan puisi Amran Ibrahim Rashidi jelas dibuktikan melalui struktur atau bentuk puisi itu sendiri yang mengangkat sesebuah karya ciptaannya.

Kekuatan yang seterusnya ialah suasana dalam puisi yang ditonjolkan oleh penyair. Sesebuah puisi akan membawa pembacan ke dalam suasana perasaan tertentu. Pembaca akan tersentuh perasaannya apabila penyair dapat menghidupkan suasana tertentu secara tepat ke dalam hati pembaca. Suasana merupakan akibat yang ditimbulkan dalam puisi terhadap jiwa pembaca. Misalnya, suasana nada sedih, murung, mengharukan, gembira, bersemangat, marah dan sebagainya. Suasana sesebuah puisi dapat dibina daripada gambaran-gambaran yang dilukiskan oleh penyair melalui manipulasi bahasanya. Gambaran tersebut akan menghidupkan suasana perasaan pembaca dengan melihat, mendengar, dan merasa kesan pengucapan serta pelbagai gambaran bahasa itu. Seperti yang diketahui umum, puisi yang berlainan tema akan mewujudkan suasana yang berbeza kepada pembaca. Contohnya, suasana bersemangat yang ditonjolkan oleh penyair dalam puisi ‘Degup Pahlawan’. Ini jelas dapat dilihat dalam rangkap puisi di bawah:

                                               Dengup pahlawan berdenyut kencang
                                               di setiap nafas terhembus pengorbanan
                                               alirnya ke setiap inci tubuh dan jasad
                                               tembusi ruang perjalanan panjang
                                               tidakkan hilang dimamah zaman
                                               jasamu menyubur jiwa
                                               izinkan terus kental berjuang dengan keringat sendiri
                                               bertebar wira sejati di pelosok nusa aman
                                               deguplah nadi degup pada setiap roh 
                                               deguplah nadi degup pada setiap jasad
                                               deguplah nadi pada setiap nafas			
                                                                            (Degup Pahlawan,14)

Berdasarkan rangkap puisi di atas, penyair telah menonjolkan suasana semangat patriotisme dalam puisi ‘Degup Pahlawan’ yang menunjukkan semangat berkobar-kobar dalam diri pejuang yang berjuang demi bangsa, agama dan tanah air tercinta. Suasana yang dipaparkan oleh penyair secara tidak langsung memberi kesan emosi kepada pembaca. Dengan ini pembaca turut merasai sendiri suasana yang ingin disampaikan oleh penyair iaitu suasana yang bersemangat dalam memperjuangkan tanah air tercinta. Ini merupakan satu kekuatan yang ditonjolkan oleh Amran Ibrahim Rashidi dalam puisinya.

Selain itu, penyair juga memasukkan suasana sedih dalam puisi ‘Kering Yang Layu’. Puisi ini berkisarkan tentang Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan atau dianaktirikan dalam sistem pendidikan mahupun kehidupan seharian. Bukti boleh dilihat dalam rangkap puisi di bawah:

                                               Gugusan bunga bahasa kering yang layu
                                               pudar warna tiada bau
                                               hanya menanti waktu gugur
                                               menyembah bumi
                                               hancur berdebu
                                               berkecai….					
                                                                                  (Kering Yang Layu, 28)

Berdasarkan rangkap puisi di atas, dapat dilihat penyair menggunakan perkataan “kering yang layu” untuk menunjukkan bahawa bahasa semakin hilang dan dipinggirkan oleh masyarakat. Hal ini secara tidak langsung menimbulkan suasana sedih dalam diri penyair dan penyair telah meluahkan rasa kesedihannya melalui puisi “Kering Yang Layu”. Suasana dalam puisi-puisi Amran Ibrahim Rashidi merupakan satu kekuatan dalam karyanya. Hal ini demikian kerana, suasana yang disampaikannya memberi impak kepada pembaca iaitu pembaca turut merasai kesedihan terhadap Bahasa Melayu yang semakin lama semakin hilang dan tidak diendahkan lagi. Akhir sekali suasana mengharukan. Penyair juga memasukkan suasana yang mengharukan di dalam puisinya iaitu ‘Titisan Kasih Bonda’. Puisi ini mengisahkan tentang kasih sayang antara anak dan ibu. Penyair memasukkan suasana yang mengharukan dalam puisi ini kerana seorang anak terpaksa hidup tanpa kasih sayang ibu setelah kehilangan ibunya buat selamanya. Ini jelas dapat dilihat melalui contoh di bawah:

                                               Ku kucup dahimu di usia kecil
                                               ketika aku terlalu dahagakan kasih 
                                               ketika aku mengharapkan belaian
                                               aku terlalu rindukanmu sungguh.
                                               Bersemadilah bonda di pusara abadi
                                               damai berkekal amal kebajikan 
                                               anakmu pasti mendoakan 
                                               ampunkan segala dosa bonda Ya Rabbi
                                               tempatkan dia syurga abadi
                                               izinkan anakmu meniti hidup
                                               terus melangkah tanpa titisan kasihmu Bonda	
                                                                                        (Titisan Kasih Bonda,70)

Puisi ini sememangnya menimbulkan suasana yang sangat mengharukan. Penyair mencipta puisi ini dengan menonjolkan suasana yang mengharukan iaitu mengenai kasih sayang antara anak terhadap ibunya yang telah pergi meninggalkannya. Contoh rangkap “Terus melangkah tanpa titisan kasihmu Bonda” menggambarkan suasana yang mengharukan seoarang anak yang terpaksa menjalani hidupnya tanpa kasih sayang bondanya. Setiap anak dalam dunia ini sememangnya memerlukan kasih sayang seorang ibu dan menyayangi mereka tanpa ada penghujungnya. Begitu juga kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya yang sentiasa berkorban dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan anak-anaknya. Puisi ini secara tidak langsung dapat memberi kesan mengharukan kepada pembaca. Pembaca turut merasai suasana yang mengharukan yang cuba ditonjolkan oleh penyair dalam puisi “Titisan Kasih Bonda” dan tersentuh dengan setiap bait-bait yang disampaikan oleh penyair. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa suasana merupakan salah satu aspek kekuatan yang terdapat dalam Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur yang ditulis oleh Amran Ibrahim Rashidi. Kekuatan ini secara tidak langsung dapat mengangkat puisi-puisi Amran Ibrahim Rashidi.

Sementara itu, aspek perlambangan juga merupakan salah satu kekuatan Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur. Penyair dengan bijak telah memasukkan unsur perlambangan dalam menghasilkan karyanya. Perlambangan adalah kata-kata yang digunakan berupaya menyatakan sesuatu di luar makna kata-kata itu sendiri. Menurut Kamus Dewan, perlambangan ialah perihal yang menggunakan sesuatu sebagai lambang. Sebagai contoh, dapat dilihat melalui puisi ‘Tunduk Berjasa’:

                                               Padi resminya tunduk berjasa 
                                               tumbuh melata serata buana 
                                               tinggi budinya tinggilah jiwa 
                                               budiman pula padalah bangsa. 
                                               Tunduk makinnya berisi pula 
                                               tidaklah lupa pada alamnya 
                                               hidup matinya subur bernyawa 
                                               jejak bermakna nilai budaya. 			
                                                                        (Tunduk Berjasa,74)

Berdasarkan contoh puisi di atas, penyair telah menggunakan simbol alam iaitu padi yang merujuk kepada sifat manusia yang merendah diri. Puisi di atas menjelaskan mengenai sifat manusia yang merendah diri. Ini dapat dikaitkan dengan “padi” iaitu semakin berisi semakin tunduk ke bawah. Ini membawa maksud manusia seharusnya mempunyai sikap merendah diri walaupun mempunyai ilmu yang tinggi dan jangan bongkak terhadap manusia lain. Sememangnya, manusia yang merendah diri selalunya akan dipandang baik oleh masyarakat sekeliling dan akan dilayan dengan baik. Amran Ibrahim Rashidi telah menggunakan unsur alam sebagai simbol yang merujuk kepada sifat manusia dalam puisi “Tunduk Berjasa”. Justeru itu, perlambangan menjadi salah satu elemen yang menguatkan puisi ini kerana penyair berjaya menghubungkaitkan simbol dengan makna yang cuba disampaikan.


6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Kumpulan Puisi Remaja Bintang Timur mempunyai kekuatan dari segi karya sastera puisi melayu moden. Keseluruhan puisi dalam buku ini mengemukakan pelbagai tema termasuk ketuhanan, alam, perpaduan, kemanusian dan juga perjuangan bahasa Melayu yang menjadi salah satu kekuatan puisi hasil tulisan Amran Ibrahim Rashidi. Selain tema, kumpulan puisi ini turut mempunyai kekuatan dari aspek struktur, gaya bahasa, suasana, perlambangan dan sebagainya.

Sementara itu, kumpulan puisi ini memberi kesan terapi secara langsung kepada pembaca. Pembaca sendiri dapat mengalami kesedihan, keinsafan, kegembiraan, kekecewaan, kekalutan, keperitan, keinsafan dan kesyahduan apabila membaca kumpulan puisi ini. Buku ini juga dapat memberi pengajaran yang berguna kepada pembaca. Hal ini kerana, terdapat banyak pengajaran yang diterapkan oleh Amran Ibrahim Rashidi dalam buku ini.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kumpulan puisi Amran Ibrahim Rashidi mempunyai kekuatan yang tersendiri yang sama taraf dengan tokoh-tokoh sastera yang lain. Ini juga secara tidak langsung dapat mengangkat karya beliau sehingga dikenali ramai.


7.0 Rujukan

  1. Amran Ibrahim Rashidi (2012) Muzikal Puisi Terapi Titisan Kasih Bonda. Dipetik Daripada: https://www.youtube.com/watch?v=5QiD2w-NHYM
  2. Amran Ibrahim Rashidi Dipetik Daripada: https://www.facebook.com/amran.rashidi?fref=ts
  3. Amran Ibrahim Rashidi (2015).Kumpulan Puisi Remaja: Bintang Timur. ITBM, Kuala Lumpur.
  4. Amran Ibrahim Rashidi (2015).Kumpulan Puisi Remaja: Bintang Timur. ITBM, Kuala Lumpur. Temu bual.

PUISI TERAPI JIWA: PENYEMBUH EMOSI DAN MERAWAT HATI[sunting sumber]

                                                          PUISI TERAPI JIWA:
                                                   PENYEMBUH EMOSI DAN MERAWAT HATI


                                                            RENCANA OLEH:
                                                        AMRAN IBRAHIM RASHIDI


                 RENCANA PUISI TERAPI JIWA: PENYEMBUH EMOSI DAN MERAWAT HATI, TUNAS CIPTA DBP, FOKUS, MUKASURAT 10-12, MAC 2016


1. Pengenalan

Kajian telah membuktikan bahawa luahan emosi, perasaan, dan hati menerusi sentuhan sastera, puisi dan kata-kata yang halus dan puitis mampu merawat jiwa yang terganggu. Sesetengah negara telah mengambilnya sebagai sebahagian rawatan psikologi selari dengan perubatan moden tanpa menggunakan ubat-ubatan secara fizikal. Sebaliknya menggunakan puisi sebagai bahan dan ramuan penyembuhannya. Luahan perasaan sebegini dikenali sebagai penulisan terapeutik dengan menggunakan kaedah penulisan secara kreatif yang terkandung pemikiran dan emosi yang jelas. Ia juga disebut sebagai terapi puisi yang digunakan untuk membantu insan yang mempunyai tekanan hidup yang tinggi, bermasalah emosi, perasaan yang tidak terkawal, lupa daya ingatan dan kekacauan jiwa, terutama warga emas. Termasuk juga anak yang kehilangan ibu atau bapa, isteri atau suami yang kehilangan pasangan, ibu atau ayah tunggal, pelajar kurang berdisiplin, kaki judi dan arak, pesakit mental, pesakit berpenyakit kronik seperti barah otak dan sebagainya. Tekanan yang terbungkam atau terpendam di dalam diri mengundang pelbagai masalah biologi dan psikologi. Ia termasuk amarah yang tidak terkawal boleh menghasilkan sejenis rembesan bendalir di dalam organ yang terdapat dalam tubuh badan manusia menyebabkan ketumbuhan yang makin membesar dan seterusnya menjadi barah atau kanser. Ketika meluahkan perasaan melalui puisi, seseorang itu akan menginsafi diri, bermuhasabah diri, meneliti masalah, menerima hakikat dan akhirnya cuba untuk menyelesaikannya dan menyesuaikan diri dengan masalah atau penyakit yang dialami, dengan hati yang aman dan terbuka. Percayalah puisi bakal memberi kepuasan dan kesan yang mendalam pada diri kita apabila menulis dengan kata-kata yang positif dan penuh keindahan. Membacanya secara dalam hati mahupun mempersembahkannya di depan khalayak secara berkumpulan mahupun di pentas besar yang sangat memerlukan persediaan rapi dari segi kemahiran seni persembahan puisi itu sendiri juga memberi kepuasan diri di luar jangka pemikiran kita. Unsur seni penulisan, seni persembahan, seni deklamasi, seni suara, seni lakon, seni pentas dan seni artistik digabung dalam sesuatu persembahan puisi di pentas bagi memberi kepuasan maksima dengan penghayatan yang mendalam dan menyentuh hati buat diri juga khalayak yang melihat dan mendengar. Ia boleh membuatkan kita rasa sedih, ketawa, marah, benci, rindu, terkenang, insaf dan boleh menitiskan airmata kita sekaligus melegakan perasaan. Pada masa yang sama ia akan memberi kesan terapi kepada jiwa secara tidak langsung. Dengan itu, pastinya penyembuhan emosi yang positif bakal terjadi secara sedar atau tidak, lambat atau cepat. Pastinya proses merawat hati yang terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa pendek ataupun panjang dengan perasaan lega yang dialami setelah menghayati puisi-puisi akan meningkatkan emosi yang sihat dan membentuk peribadi yang luhur lagi berpekerti mulia yang budiman. Keadaan ini bakal menyediakan diri di daerah yang lebih damai hati dan tenang fikiran bagi mengharungi kehidupan seharian yang kian mencabar kini. Alamilah sendiri kesyukuran, keinsafan, kegembiraan, kekecewaan, kemarahan, kesedihan, kekalutan, keperitan, keasyikan, kemerduan dan kesyahduan bait-bait puisi sepenuh hati. Inilah yang diperlukan oleh jiwa kita. Yakinlah puisi adalah terapi jiwa sekaligus penyembuh emosi dan berkesan untuk merawat hati.


2. Sejarah dan Perkembangan

Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan atau satu kehadiran (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu, terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya. Menurut kamus perubatan Mosby (2001), terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan fungsi badan secara normal. Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu. Sekitar 5000 tahun yang lalu, di wilayah yang sekarang kita kenali negara Iraq, sebuah penemuan baru menakjubkan dicipta (bahasa yang tertulis pada tablet di tanah liat yang merupakan dasar untuk abjad kita). Beberapa waktu setelah itu, Mesir mencatat peristiwa besar hidup mereka di dalam makam Firaun sebagai cara untuk menjamin keabadian. Kata-kata yang ajaib ditulis pada papirus kemudian ditelan oleh pesakit sebagai penawar untuk penyakit. Sementara itu, di sisi lain dunia, Cina menciptakan ideogram. Ideogram ini disandingkan dengan dua gambar atau lebih, kemudian membuat sebuah abjad, iaitu puisi visual. Ideogram untuk puisi (shih) terdiri daripada dua makna iaitu yen (bahasa atau berbicara) dan Szu (bait). Jadi, puisi adalah bait kata-kata, bait berbahasa, atau suci. Epic of Gilgamesh, telah menulis tiga ribu tahun yang lalu, bahawa manusia pertama yang tercatat perjuangan dengan kepedihan dari kehilangan. Sekitar 1000 SM David disembuhkan oleh Saul melalui nyanyian Mazmur yang diiringi oleh harpanya. Pada abad V SM Yunani, drama dianggap sebagai sebahagian daripada penyembuhan masyarakat. Teater menggambarkan trauma seperti pembunuhan, pemerkosaan, dan pelbagai lagi. Persembahan ini terikat antara nasib dengan kehendak bebas hasil kehidupan masyarakat. Aristoteles menjelaskan mekanisme "katarsis" atau kepuasan penonton mengalaminya sendiri peran atau pelakon sebagai penderita (terror), dan peran atau pelakon sebagai penyembuh (pity) (Gorelick, 1987). Freud mengatakan, “Bukan aku, tetapi para penyair, menemukan alam bawah sadar.” Pada akhir 1940-an Shrodes Caroline menerapkan kerangka psikoanalitik untuk memahami bagaimana kesan penulisan pada jiwa pembaca (Shrodes, 1960). Pada tahun 1950an Eli Greifer seorang penyair, ahli perubatan dan pengacara yang memulakan sebuah kumpulan terapi puisi di Creedmore State Hospital di New York. Tahun 1959 di rumah sakit Cumberland, Brooklyn, dengan dibimbing oleh Dr. Jack J. Leedy dan Dr Sam Spector. Dr Leedy menerbitkan buku pertamanya tentang terapi puisi tahun 1969, Poetry Therapy, yang terdiri daripada kumpulan esei atau makalah kajian daripada banyak pelopor terapi puisi. Saat ini semakin ramai pakar dalam bidang psikologi mulai percaya untuk menggunakan puisi yang sangat berkait rapat dengan penyembuhan mental dan emosi. Salah satu dari mereka adalah Arthur Lerner, Ph.D. Los Angeles yang telah membangunkan sebuah Poetry Therapy Institute tahun 1970-an di Westcoast serta mengarang buku berjudul Poetry in the Theraupeutic Experience. Tahun 1980, telah diadakan satu pertemuan bagi mengumpulkan orang-orang yang aktif di bidang ini yang bekerja di seluruh negara untuk menyusun semula panduan, latihan, pengiktirafan dan pensijilan terapi puisi serta mendirikan National Association for Poetry Therapy.


3. Jenis-jenis Terapi

Di negara yang lebih berdaya maju terutama aspek ekonomi termasuk kebudayaan dan keseniannya seperti bangsa Eropah di Amerika Syarikat, keupayaan pemeliharaan kesihatan fizikal, mental dan jiwa mendapat perhatian yang agak besar. Terdapat pelbagai kaedah terapi yang mereka gunapakai, usahasama dan majukan dalam negara mereka sehingga kini seterusnya ke seluruh dunia. Antaranya ialah terapi fizikal yang dipanggil fisioterapi ortopedik yang menggunakan rawatan pilihan iaitu urutan, senaman, daya tarikan, teknologi, prosedur-prosedur baru muncul yang menggunakan komputer, ultrasound, rangsangan elektrik, dan lain-lain peranti. Manakala salah satu terapi untuk mental yang kian popular ialah terapi muzik yang merupakan alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi di mana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. Tidak pula terbatas di unit-unit rawatan sakit mental dan jiwa di rumah sakit, tetapi mereka juga boleh bergabung dengan kelompok-kelompok yang terbentuk di tengah-tengah masyarakat untuk tujuan kesihatan mental dan jiwa. Sejak kebelakangan ini, pelbagai kaedah psikoterapi moden telahpun muncul yang dapat memberi manfaat langsung kepada kehidupan seharian kita. Salah satu medium yang dapat dimanfaatkan dalam psikoterapi adalah puisi. Puisi merupakan karya sastera yang mengungkapkan pemikiran dan perasaan penyair secara khalayan atau imaginatif melalui kata demi kata yang jernih lagi menjernihkan. Ia dapat mengalirkan pemikiran yang jernih secara damai dan perasaan yang bersih penyair secara tenang melalui sesebuah karya puisi dengan indahnya. Fungsi tersebut menjadikan puisi sebagai cara berkesan untuk melepaskan kekusutan emosi bagi penulisnya yang tentunya memiliki kesan yang positif terhadap aspek psikologi seseorang. Kemampuan puisi dalam meredakan ketegangan perasaan dan emosi inilah yang boleh menjadi kekuatan puisi sebagai salah satu kaedah berkesan dalam pelaksanaan psikoterapi. Terapi puisi boleh membawa kepada kebahagiaan dalam menyelamatkan penderita adalah suatu kebenaran. Emosi yang kuat dan ketakutan terus-menerus bergolak dalam diri kita jika tidak dapat mengawalnya dengan baik. Terapi puisi memberi kita keyakinan bahawa individu dapat memperoleh manfaat dan menyembuhkan penyakit hati dan perasaan. Aliran pemikiran ini menggunakan alam bawah sadar yang dinamik dan teknik yang memanfaatkan konsep-konsep psikodinamik, seperti transferensi atau kontratransferensi, konflik, serta pertahanan dan keamanan. Terapi puisi adalah untuk meningkatkan keseimbangan kesihatan emosi dan pemahaman luaran dan dalaman dalam mengamati diri dan orang lain. Ia juga dapat meningkatkan pemikiran, kreativiti, ekspresi diri, dan harga diri. Dari sudut lain juga ia dapat mempertingkatkan hubungan dengan Tuhan, sesama insan, berdikari dan daya komunikasi. Di samping dapat membebaskan emosi yang negatif dan meredakan ketegangan, ia juga untuk mencipta penemuan baru melalui idea-idea baru, wawasan, dan maklumat. Akhir sekali untuk menjana perubahan peribadi dan meningkatkan keterampilan diri dalam menangani sesuatu masalah dan menyesuaikan keadaan dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan berkesan.


4. Meningkatkan Kesihatan dan Mengurangkan Tekanan

Keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan untuk memastikan kesihatan mental warga tua terjamin dengan memberi sokongan yang positif untuk mereka menjalani hidup dengan lebih sihat.Kira-kira 10% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini diramal mengalami penyakit mental menjelang 2020. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata pertambahan populasi penduduk berusia 50-an dan ke atas menjelang 2020 akan memberi implikasi terhadap sistem penjagaan dan pemberian perkhidmatan kesihatan seperti kesihatan mental dan fizikal. Dr Lokman Hakim berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan bahawa kemurungan adalah satu daripada penyakit mental yang menduduki tempat kedua teratas selepas penyakit jantung iskemia menjelang 2020. Bebanan kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan. Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar. Tidak ketinggalan masalah-masalah sosial pelajar yang menjurus kepada penyakit mental dan gangguan emosi juga meningkat saban tahun di era digital kini. Seks bebas dan jenayah seksual yang melibatkan pelajar di bawah umur kian menjadi wabak di kalangan masyarakat. Sekaligus menyumbang kepada kes sumbang mahram dan pembuangan bayi juga meningkat. Seterusnya masalah buli dan samseng di kalangan pelajar lelaki mahupun wanita. Akibat daripada tekanan hidup yang tinggi menyebabkan mereka makin bertindak ganas dan kurang terkawal. Masalah ponteng sekolah juga merupakan masalah yang kian berleluasa di sekolah akibat daripada sistem pendidikan yang masih kurang berjaya menyemai minat dan suasana lebih seronok untuk menikmati dan menimba ilmu. Kemuncaknya pelajar akan terjebak dengan gejala black metal dan terjerumus kepada kancah penyalahgunaan dadah secara tidak sedar. Akidah mereka terpesong kerana terpengaruh dengan budaya barat yang negatif dan juga terpengaruh dengan rakan sebaya. Semoga dapat temui jalan dan kaedah berkesan di negara kita bagi memajukan bidang puisi sebagai fungsi dalam rawatan alternatif di era serba moden dan digital kini khususnya terapi puisi bagi menyembuhkan masalah emosi. Terapi puisi bukan sahaja membantu mereka yang bermasalah emosi merungkai kata-kata untuk menggambarkan kehilangan, tetapi juga membantu untuk menemukan kata-kata yang membawa harapan. Realiti dan kata-kata memiliki hubungan yang berkait rapat antara satu sama lain termasuk Tuhan, alam kehidupan dan insan. Realiti membuatkan kita menemui kata-kata untuk menggambarkan peristiwa, pengalaman, dan bayangan kata-kata tentang realiti agama juga budaya. Terapi puisi membantu mereka yang bermasalah emosi bagi menerima kenyataan untuk memahami keinginan dan keperluan serta menjangkau apa yang ingin dicapai.

Melibatkan diri untuk mengundi calon birokrat WBM[sunting sumber]

Salam sejahtera saudara/i, terlebih dahulu saya mohon jasa baik anda untuk melibatkan diri dalam memilih birokrat di WBM memandangkan situasi semasa di WBM dimana birokrat sedia ada di WBM agak tidak aktif dan memerlukan sekurang-kurangnya seorang untuk dilantik sebagai birokrat bagi memastikan WBM dapat berurusan dengan lebih cekap. Saya harap anda dapat melibatkan diri dengan mengundi saudara Zamwan sebagai birokrat WBM di sini, undian anda amat bermakna bagi kami semua sebagai warga WBM. Terima kasih. Aplikasi (bincang) 16:09, 24 Januari 2017 (UTC)[balas]