Permatang Pauh (kawasan pilihan raya parlimen)
| Daerah Parlimen Permatang Pauh |
|
|---|---|
| Fail:P44-PPauh.svg |
|
| Permatang Pauh ditunjukkan di dalam Pulau Pinang, dan Pulau Pinang ditunjukkan di dalam Malaysia | |
| Dicipta: | 1982 |
| Populasi: | |
| MP: | Anwar Ibrahim |
| Parti: | |
| Jenis: | Dewan Rakyat |
| Daerah: | Permatang Pauh |
Parlimen Permatang Pauh (P44) adalah kawasan pilihanraya parlimen Malaysia yang terletak di Pulau Pinang. Ahli Parlimen bagi kawasan ini terkini adalah YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang Malaysia.
Isi kandungan |
Daftar pemilih [sunting]
Seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi pada pilihan raya kecil ini. Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya tersebut dikemaskinikan sehingga 31 Julai2008. Pengundi mengikut pecahan kaum adalah majoritinya adalah pengundi berbangsa Melayu menurun dengan 69.4 % diikuti bangsa Cina, 24.5 % dan bangsa India kekal hanya 5.7 % manakala lain-lain meningkat hingga mencapai 0.1 %.
Pada pilihan raya umum Malaysia pada Mac 2008 telah menyaksikan bahawa peratusan pengundi adalah sama. Namun jika dilihat kepada pilihan raya umum Malaysia 2004, undi Melayu adalah 67.60%, Cina sebanyak 26.30%, India pula adalah 5.7% dan yang lain adalah 0.3%.[1]
Sejarah pilihan raya [sunting]
Semenjak 1969 hingga sekarang menyaksikan parlimen Permatang Pauh bertukar tangan di antara pemerintah Barisan Nasional(dahulu Perikatan) dan juga pembangkang sama ada PAS atau pun PKR. Namun jika dilihat dengan teliti, Parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim sejak 1982 lagi. Pada 1999, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana suaminya berada di dalam penjara. Wan Azizah mendapat undi sebanyak 23,820 undi berbanding lawannya dari UMNO, Datuk Dr Ibrahim Daad yang hanya mendapat 14,743 undi.
Lima tahun berikutnya Wan Azizah mempertahankan kerusi tersebut namun dengan majoriti yang kurang iaitu hanya 590. Beliau mendapat undi sebanyak 21,373 undi berbanding lawannya 21,147 undi.
Pada 2008, beliau mengalahkan bekas Imam Besar Masjid Negara yang juga Exco Pemuda UMNO, Dato'Pirdaus Ismail dengan majoriti yang tinggi iaitu sebanyak 13,388. Wan Azizah mendapat 30,338 undi berbanding Pirdaus hanya mendapat 16,950 undi.
Jadual berikut merupakan rentetan pilihan raya di Permatang Pauh semenjak 1969:-
| Tahun | Ahli Parlimen | Parti | Lawan | Parti Lawan | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|
| 1969 | Mohd Nor Bakar | Musa Mohd Yatim | - | ||
| 1974 | Ariffin Md Daud | Abu Bakar Murni | - | ||
| Baharuddin Ibrahim | - | ||||
| 1978 | Zabidi Ali | Ariffin Md Daud | - | ||
| 1982 | Datuk Seri Anwar Ibrahim | Zabidi Ali | 14,352 | ||
| 1986 | Datuk Seri Anwar Ibrahim | Mohamad Sabu | 10,479 | ||
| 1990 | Datuk Seri Anwar Ibrahim | Mahfuz Omar | 16,150 | ||
| 1995 | Datuk Seri Anwar Ibrahim | Abdul Rahman Manap | 23,515 | ||
| 1999 | Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail | Dato' Dr Ibrahim Saad | 9,077 | ||
| 2004 | Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail | Dato' Pirdaus Ismail | 590 | ||
| 2008 | Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail | Dato' Pirdaus Ismail | 13,388 | ||
Pilihan raya kecil 2008 [sunting]
Sejurus tamat pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan lima negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat manakala yang lainnya masih lagi di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR) telah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen di kawasan ini bagi memberi laluan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi ahli parlimen.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPRM) telah menetapkan tarikh pilihan raya kecil berkenaan dan akhirnya, selepas YB Dato' Seri Anwar Ibrahim menang mengalahkan tiga pencabar lain untuk menjadi ahli parlimen di kawasan ini dan seterusnya menjadi ketua pembangkang Malaysia.
Kerusi DUN dan daerah pengundian [sunting]
Parlimen Permatang Pauh terdiri daripada 3 Dewan Undangan Negeri(DUN) iaitu
- DUN Seberang Jaya (N10):
Bagi DUN ini, daerah pengundian adalah seperti berikut:-
-
- Jalan Sembilang
-
- Kampong Pertama
-
- Seberang Jaya I
-
- Jalan Bahru
-
- Simpang Ampat
- DUN Permatang Pasir (N11):
Bagi DUN ini daerah pengundian adalah seperti berikut:-
-
- Sama Gagah
- Permatang Ara
- Permatang Pauh
- Bukit Indra Muda
- Kampong Pelet
- Kubang Semang
- Tanah Liat Mukim 8
- Kampong Cross Street 2
- Penanti (N12)
Bagi DUN ini daerah pengundian adalah seperti berikut:-
-
- Guar Perahu
-
- Kuala Mengkuang
-
- Telok Wang
-
- Mengkuang
-
- Sungai Lembu
-
- Penanti
-
- Kubang Ulu
-
- Sungai Semambu
-
- Tanah Liat Mukim 9 **Berapit Road
