Angkatan Keadilan Insan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Angkatan Keadilan Insan Malaysia
Malaysian People's Justice Front
AKIM
Ketua Zakaria Salleh
Diasaskan 16 Februari 1995[1]
Dibubarkan 15 Disember 2010
Ibu pejabat Kota Bharu, Kelantan[2]
Keahlian 15,000[3]
Ideologi Keadilan Islam
Warna rasmi green, red, yellow
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) ialah bekas sebuah parti politik di Malaysia, sekarang dikenali sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) [4].

Parti AKIM pada mulanya ditubuhkan sebagai parti serpihan dari Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 1995, berikutan percanggahan pendapat sesama ahli parti itu. Ada juga beberapa ahli Semangat 46 yang menyertai AKIM berikutan pembubarannya pada tahun 1996.AKIM pernah bertanding dalam pilihan raya umum 1999 untuk kerusi-kerusi parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu, tetapi tidak berjaya.[5]

Pada tahun 2008, Hanafi Mamat selaku presiden parti itu mendaftarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, tetapi hanya berjaya meraih 92 undian, sekaligus kerugian deposit RM 15,000. Walaupun begitu, beliau berharap agar pilihan raya kecil itu dijadikan landasan untuk mendedahkan partinya kepada umum.

Pada 15 Disember 2010, Datuk Zaid Ibrahim, seorang bekas pemimpin parti UMNO (Barisan Nasional) dan PKR (Pakatan Rakyat), dilantik sebagai Presiden baru parti ini (kemudiannya dipanggil "Ketua Parti") dalam sebuah mesyuarat yang turut menyaksikan perubahan perlembagaan baru dan nama baru parti menjadi "Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air" (KITA)[6]

Presiden[sunting | sunting sumber]

Presiden

  • 1995-February 1998: Musa Salih
  • 1998-1999: Mohd Din Nizam Din (acting)[7]
  • 1999-2002: Mohammad Yusoff[8]
  • 2002-26 Disember 2009: Hanafi Mamat [9]
  • 26 Disember 2009- 15 Disember 2010: Zakaria Salleh[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]