Persatuan Superbikers Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) ditubuhkan oleh peminat dan penunggang motosikal berkuasa besar di Malaysia. Pengerusi persatuan ini ialah Datuk Abdul Halim Sulieman. Sebelum ini ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Konvoi Super Bikers Malaysia Gemilang 50 tahun[sunting | sunting sumber]

Konvoi Super Bikers Malaysia Gemilang 50 tahun dari Johor Bahru , singgah di Melaka dan Port Dickson pada 22 Ogos 2007.350 motosikal berehat di Hotel Glory Beach Resortselepas mengembara 200 kilometer. Mereka akan mengelilingi Semenanjung Malaysia selama 10 hari , sehingga 31 Ogos 2007.[1]

90 % pengguna Lebuh Raya yang disaman kerana memandu laju adalah terdiri daripada kereta dan bukan motosikal. Kebanyakan kemalangan yang melibatkan motosikal ialah motosikal berkuasa 150 cc ke bawah dan bukannya motosikal berkuasa besar.

Misi Damai[sunting | sunting sumber]

Atas nama 'Misi Damai' ahli Persatuan Superbikers Malaysia berkonvoi dari Chiang Rai ke Bukit Kayu Hitam. Di tengah jalan mereka singgah di pejabat Kedutaan Malaysia di bandar raya Bangkok. Ekspedisi ini terdiri daripada 50 penunggang dan 40 pembuncing terdiri daripada personel kanan tentera dan profesional dari tiga negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia. Mereka menggunakan 'bahasa motosikal' setiap masa dan sering mengunakan telefon secara interpersonal.

Ahmad Zahir sendiri menunggang superbike Honda Gold Wing berkuasa 1,800 cc. Sebelum ini Ahmad Zahid mencadangkan Malaysia menerokai industri pengeluaran motosikal berkuasa besar.


Duta Besar Datuk Husni Zai Yaacob menyambut mereka di Bangkok. Ekspedisi ini seiring dengan latihan tentera 11,000 askar dari Thailand, Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan. Latihan tentera bersama ini berlangsung selama 11 hari bermula 1 Februari di wilayah-wilayah Rayong, Phetchaburi dan Lop Buri di Thailand.[2]

Kembara 1Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kembara mengelilingi Semenanjung Malaysia dari 16-22 September 2011 disertai 400 penunggang / 254 motosikal berkuasa tinggi. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan melepaskan mereka selepas Malam Gala Kembara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.Mereka akan bermalam di 13 buah kem tentera dan pusat latihan polis.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.