Bukit Kayu Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 6°30′N 100°25′E / 6.500°U 100.417°T / 6.500; 100.417

Bandar

Bukit Kayu Hitam
بوكيت كايو هيتم
Coat of arms of Kedah.svg
Geografi
Status
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Kedah
Daerah
Mukim
Keluasan N/A

Bukit Kayu Hitam merupakan bandar sempadan utama di Sempadan Malaysia-Thailand. Bukit Kayu Hitam merupakan penghujung Lebuhraya Utara-Selatan, jalan raya terpanjang di Malaysia yang bermula dari Johor Bahru, Johor di selatan hingga ke sempadan Bukit Kayu Hitam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Bukit Kayu Hitam bermula dari zaman kemaraan tentera Siam menyerang Kedah pada tahun 1824. Menurut cerita masyarakat tempatan, nama Bukit Kayu Hitam ini asalnya diberikan oleh tentera Siam semasa berehat di sebuah bukit. Mengikut cerita, dalam perjalanan untuk menyerang Kedah, tentera Siam telah singgah di sebuah bukit dan berkampung di situ sementara meneruskan perjalanan ke Kedah. Mereka telah memasak nasi disitu dan menggunakan sebatang kayu sebagai senduk. Tanpa disedari, setelah nasi tadi masak, ia berubah menjadi kehitaman, maka tentera Siam tadi kehairanan dan mereka cuba mencari sebab kenapa nasi boleh menjadi hitam. Maka, mereka dapati ia berpunca dari kayu yang digunakan sebagai senduk tadi. Mereka menyiasat dari mana asalnya kayu tersebut dan apabila ditemui tempat kayu itu diambil mereka dapati sekitar pokok tersebut bewarna kehitaman. Pokok tersebut adalah Pokok Komoi. Maka dari situlah wujudnya Bukit Kayu Hitam di mana dalam bahasa Siam disebut Kuan Mhai Dam.

Setelah Siam kalah, orang-orang Melayu mula mendirikan perkampungan di sekitar Bukit Kayu Hitam dengan kegiatan utamanya pertanian disamping peranannya sebagai pintu masuk ke Siam untuk menjual hasil pertanian mereka. Akhirnya ia semakin berkembang yang kemudian berubah menjadi sebuah pekan kecil dimana penduduknya semakin bertambah. Dengan ini kegiatan perdagangan antara Kedah dan Siam semakin rancak disini.

Namun begitu, Bukit Kayu Hitam terpaksa ditutup sepenuhnya pada tahun 1948 berikutan keadaan Darurat 1948 dimana meningkatnya kegiatan Komunis pada masa ini. Semua penduduk, polis dan kastam diarahkan berpindah ke Changloon dan tidak dibenarkan tinggal di Bukit Kayu Hitam. Ini menyebabkan Bukit Kayu Hitam kembali menjadi hutan dan dipenuhi semak.

Pada tahun 1972, Bukit Kayu Hitam dibuka semula oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dengan membuka sebuah ladang getah di Bukit Kayu Hitam iaitu Ladang Rakyat Laka Temin. Pada masa ini juga nama Bukit Kayu Hitam telah hilang dan diganti dengan panggilan Laka Temin. Setelah pembukaan ladang ini, penduduk Laka Temin semakin bertambah. Pada tahun 1981, nama Laka Temin ditukar kembali kepada Bukit Kayu Hitam dan dengan persetujuan pihak Perancang Bandar, Bukit Kayu Hitam dikenali sebagai Bandar Bukit Kayu Hitam hingga kini.

Merentas sempadan[sunting | sunting sumber]

Bukit Kayu Hitam merupakan bandar sempadan antara Malaysia dan Thailand mealui jalan raya dan terletak di penghujung Lebuhraya Utara-Selatan. Lebuh raya tersebut berterusan sebagai Jalan Phetkasem (Laluan Thailand 4).

Kompleks kastam, imigresen dan kuarantin Bukit Kayu Hitam terletak lebih kurang 800 m di selatan sempadan sebenar. Kompleks tersebut terdiri daripada lorong-lorong imigresen dan kastam pandu lalu. Kompleks serupa di sebelah Thailand pula dipanggil kompleks imigresen Sadao yang terletak betul-betul selepas sempadan Malaysian-Thai di bandar Danok. Kompleks tersebut juga mengendalikan urusan kastam dan imigresen secara pandu lalu, walaupun sebahagian lorong ditukarkan untuk mengendalikan pejalan kaki. Namun demikian, urusan pengisytiharan kenderaan pula memerlukan pemandu turun dari kenderaan dan pergi ke kaunter kompleks tersebut bagi menguruskannya.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]