Pertunjukan Udara MAKS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pertunjukan Udara MAKS
Pertunjukan Udara MAKS

Belon udara bertulis "Selamat Datang ke MAKS 2009"

Tuan rumah: Lapangan Terbang Zhukovskiy LII
Lokasi: Moscow
Negara: Rusia
Diwujudkan pada: 1992
MAKS-2007
Sebuah pesawat Tupolev Tu-160 Blackjack milik Rusia

MAKS (Bahasa Rusia: МАКС, Bahasa Rusia: Международный авиационно-космический салон, Salun Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa) merupakan satu pertunjukan udara antarabangsa yang diadakan berdekatan lapangan terbang Zhukovskiy LII Moscow, Rusia. Pertunjukan pertamanya, Mosaeroshow-92, telah diadakan pada tahun 1992. Sejak tahun 1993, ia telah dinamakan semula kepada namanya sekarang dan diadakan pada setiap tahun ganjil (MAKS-1993, MAKS-1995, MAKS-1997, MAKS-1999, MAKS-2001, MAKS-2003, MAKS-2005, MAKS-2007, MAKS-2009).

MAKS adalah sebuah acara yang penting di dalam perniagaan Rusia. Meskipun ia bermula sebagai sebuah acara hiburan, pertunjukan ini kemudian menjadi tempat pasaran di mana pengeluar pesawat Rusia dapat mencari kontrak eksport dan pesawat penumpang Rusia boleh mendapatkan kontrak luar negara. Keseluruhan acara menjadi penting kepada negara-negara CIS dan jiran di sebabkan persamaan pasaran.

Acara terbaru iaitu Salun Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa IX telah diadakan pada 18-23 Ogos, 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikinews-logo.svg
Wikinews mempunyai berita berkaitan dengan: